Advertisement

Saturday, 8 August 2015

Tips bekerja di kilang.

tips bekerja di kilang atau tips bertahan di jabatan aku - SABAR.

hari berikutnya....
"you better leave from this company, you're not suitable for this job".

tak sempat nak sabar dah disuruh berhenti. hurmmm sabarlahh nakkk..

p/s: setahun sudah di kilang ni. sabarlahhh sikit lagiii.

Saturday, 25 April 2015

Pekerja kilang bahagian 2

Assalamualaikum......

Haaa gituu kemain ada pulak sambungan pekerja kilang. Dari september tahun lepas hari ni baru nak buat sambungan..? Hek elehhhh sangat. 

Ceritanya terkejut juga boleh bertahan lama di kilang aluminium yang mana jabatan dalam tu tak seronok. Hurmm dalam keluar masuk intern kat situ kami bertiga ni jugalah yang sangkut kerja kat situ. Intern lain bila ditanya taknak pun sambung kerja situ. 

Kerja dalam bidang eksport takdelah tak seronok. Seronok dan mencabar sikit pon ada. Yang tak seronok orang dalam tu je. Kehkehkeh. Sekarang ni banyak pegang shipment bawah si G (takleh eja full, bahayaaaaa..haha). Macam2 benda jadi dalam ofis ni. Dari drama swasta cina sampailah episod bai berhenti kerja. lepas ni takdelah orang yang aku boleh perli/sakat sukati hati.

Hurm...ke aku patut buat by bulan apa yg jadik ek. Banyak benda nak cerita tapi taktau nak start dari mana. okay mari tengok bulan januari ada apa ye.

januari - bulan ni rasanya si intern berdua tu masuk tak silap. ouh haa sebelum tu tahun lepas ada sorang pekerja masuk tapi tak sampai seminggu ke dua minggu gitu dia berhenti dah sebab dapat offer jadi pensyarah kat tempat praktikal dulu. aku suka budak ni comel je pandai bergaya pakai speck lagi. hehehe. so, intern berdua tu pon nak habis dah internship dorang hujung april ni. jeradine (lebih kurang supervisor lah dia ni) nak suruh ejurah kerja sini, si ejurah siang siang cakap taknak tapi jeradine tak paham, bertambah dia taknak bila kerja bawah joe (dan juga si G. hahaha. si ejurah ni memang takde niat nak kerja pon. nak duduk rumah je katanya tapi nak shopping selalu. hailaaa..

februari - hurmm, dalam ofis ni yang selalu cari kerja lain bai amal dan aida. dan selalu pergi interbiu bai dan amal. dan yang kerap dapat panggilan interbiu adalah bai. aku? kerap online zalora. hahaha. jadi februari adalah cerita bai dan juga maggie dan juga miss tan. ouhh masa ni miss lai dah dalam proses tunggu hari terakhir kerja kat sini. jadi nak dijadikan cerita bai dapat tawaran baik punya dekat shah alam ke klang eh. lupa dah..haha ( oh ye aku memang ada short term memory..kejap je memori tu tersimpan). tapi lepas kitorang tau dia nak keje cuma ermm beberapa bulan sebelum kawen, kitorang pon dok hasut dia takpayah berhenti. hahaha jahatkan. sori baii. dia tulis resigned letter pastu dia buang balik. hahaha.

mac - cerita maggie start kat sini la aku rasa..hehe. sinilah bermulanya drama swasta cina tu. maggie tiba tiba berhenti. hari yang sama tu jugak sepatutnya admin team ada mini meeting sebab bulan april kan dah start gst, so ada briefing sikit la. tiba tiba jeradine dia pandang je bai lepas tu terus cakap u nanti masuk sales team. waaaaaaaaa...!!giler ah tak pasal pasal je. ceritanya kitorang memang taksuka nak kerja kat sales tu. nak taknak bai tukar tempat dengan miss tan. miss tan dok sebelah aku, bai dok sebelah zati sebab situ memang area sales cume si miss tan dorang tak nak kredibiliti buat kerja tu yang dia buat kerja kerja admin je. dan bulan ni kot rasanya miss tan lari menghilangkan diri. dan juga bulan ni jugak bai hantar surat berhenti dengan nekadnya walaupun kena tolak dua kali.

april - dan semalam hari terakhir bai. dan bai pon dah dapat kerja lain yang lagi tinggi gajinya. dan budak ni tak jumpa aku pon masa last dia! grrrrr ini budak kan...! takpelah nanti ada makan makan boleh jumpa. so apa jadi dalam bulan april? GST. serabut juga kitorang nak pahamkan apa yang dah berubah dalam sistem. bulan ni paling banyak isu dengan bahagian IT. ouhh ye lupa pulak kitorang juga paling banyak isu dengan HR terutama dengan office boy.

jadinya itu je kot yang jadi sepanjang empat bulan ni. oh dan kitorang ada staff baru bahagian sales. tu taktau la berapa lama bertahannya sebab dua hari dah tak nampak dia kat ofis. jangan lari juga dah lah.

sampai jumpa lagi nanti! sayonara!

p/s: rasa macam makin lama takda selit selit gambar dah blog aku ni..gomenasai kalau bosan.

Friday, 12 September 2014

Pekerja kilang.

Secara rasminya aku dah jadi pekerja kilang. Heh. Ye bukan pekerja kilang tapi bahagian pejabat la. Hehe. Kilang yg dulunya aku rasa macam tak sanggup nak praktikal sangat tu. Haaa kilang tah jadik tempat kerja aku sekarang. Tapi dalam masa yang tengah mencari kerja lain jugak ni. Haha. 

p/s: sedang tunggu bapak ambik balik kerja.