Advertisement

Friday, 31 December 2010

:: Day 14_A picture of you and your family ::

Hari 14
Jumaat
22:54
Assalamualaikum

hari ni hari terakhir kita dalam tahun 2010. mesti dah banyak yang kita semua lalui. dan Insya Allah kita akan menjalani tahun 2011 pula selepas diberi kenikmatan hidup pada Muharam ini. kita sebenarnya telah menjalani tahun baru, maka tak perlulah lagi nak beria-ria sambut tahun baru ye. sambut biasa-biasa je dahlah,kan ^_^. maka, hari ni Mj nak mempersembahkan sebuah keluarga yang sangat beerti buat Mj walaupun selalu tak puas hati sesama sendiri,hehe. tapi biasalah kan, air dicincang tak akan putus,kan.

The Jalil's Family
 cik ayah dan incik mak

 puan kaklong

 the lucky laki

the putri-putri

nota kecik:
*selamat tahun baru!!!

Wednesday, 29 December 2010

Contest Nak Menang Header Dan Blog Makeover!!

Assalamualaikum

berita baik!berita baik!



cicak dan labah-labah buat contest?cicak dengan labah-labah bukan ke bukan kawan baik?biar betull..haha. yup, betul dan tak tipu sebab bukan cicak dan lelabah yang buat tapi owner dorang yang buat. mesti sebab cicak dengan labah-labah beliau boring kan,hehe [gurau jek]. hari nih nak meluangkan masa masuk contest. bila jengah blog bloggers lain banyaknya contest!fuhh, rasa nak buat tapi nantilah [gila contest betul Mj nih,haha]. penganjur contest [korang jangan lupa klik link diatas ea] nih seorang yang sangaatttt kreatif. walawehh, cantik semua header yang  beliau buat. memang patut lah korang join contest nih. takkan menyesal lah kalau dapat di makeover oleh beliau. so, korang hanya perlu buat tajuk entry macam Mj punya tajuk ni dan letak banner dan bagitau kenapa korang nak makeover header atau tukar rupa blog korang dan siap!haa, jangan lupa tinggalkan link entry anda di komen cicakdanlelabah ea.

"okeh, kenapa ye nak makeover bagai nih. sebab Mj punya blog takde header yang gempakgilercun. agak kosong disitu sebenarnya ye. Mj nak buat tapi idea taknak datang. lagi lagi bila Mj fikir nak kekalkan minah kamera tu dan takmau cawan lolipop tu ada kat situ [mereka agak comey sbnrnye,hehe]. Mj ada mintak tolong myfrenz, si budaktembamzana buatkan [tenkiu ye kamoo]. tapi tak berapa nak match pulak,hehe. rupa blog Mj pulak dah agak okey,hehe. Mj suka yang simple simple je tapi cun dan nak kaler itamputeh jadik theme yang akhirnya tersasar pilih kaler lain terutama pink!hehe. tapi rasa rasanya blog nih macam dah simple sangat pulak,hehe. macam tak meriah pun ada jugak [nak meriah sampai letak mercun bunga api bagai ke?haha]. maka, Mj rasa cicak dengan labah-labah tu mesti dapat tolong Mj. sebab dorang spesis lain macam sikit.hehe."

dengan ini secara rasminya
akan menyertai contest nih,hehe [sukesukimj je kan]

sayonara~

nota kecik:
*dah lama terperam ini entry..haha..


:: Day 13_A letter to someone who has hurt you recently ::

Hari 13
Rabu
21:46

Assalamualaikum

kehadapan someone yang dah buat aku agak sakit hati..eceh, nak tulis surat la pulak,haha. takde apa la nak cakap kepada sesiapa yang dah buat Mj rasa hati terluka. owhh, bukan terluka. Mj tak pernah terluka pun dengan apa yang sesiapa tu dah buat. cuma rasa agak geram dan geram. dan, malas lah nak ingat apa yang dah terjadi. maka, takde kata-kata atau apa jua perkataan yang sesuai nak bagi kepada sesiapa itu. satu je, minta maaf la kalau selama ni memang aku yang bersalah. the end.

kita dua kawan kan..ngee~~
dah ada 6+1 ekor anak kucing..lepas tu 2 ekor kucing yang org buang + kucing beranak kat dpn rumah, 4ekor. maka, ada 13 orang anak buah..sape nak??hehe..[sukesuki je kejap ekor kejap orang,haha.]

nota kecik:
*entry pendek je sebab tak suka lah nak cerita hal macam ni. tak best tahu,haha.
*yeay!!!Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010. Tahniah!!. tiba-tiba suka khairul fahmi, huahuahua.=p

Tuesday, 28 December 2010

Sayang Mereka!

Assalamualaikum

hari ni subuh-subuh dah bangun [op koz la kan] dan tak terus tidur. biasanya memang Mj tak tidur lepas subuh tapi bila dah duduk duduk rumah jadik lain pulak,hehe. mana taknya, dengan gelap gelita lagi sape la yang tak tergoda kan. lepas tu terus pergi mandi, ha mandi time subuh-subuh kan tau tak sejuk, brrr. tapi mandi time macam ni sangat elok untuk badan kita dan kita memang harus mandi sebelum subuh ni tau. dan lagi, kalau kita mandi lepas dah subuh tu rasa tak air dia lagi sejuk dari yang sebelum subuh tu. tak rasa?haha. Mj sorang jelah kot yang rasa. takpe takpe yang penting mandi oke. tiba-tiba cerita pasal mandi dengan berjelajela. haila..

okeh la nak sambung kemas my almari pulak. sebab semalam dah kemas-kemas sesi buang barang, maka hari ni buang pakaian yang dah tak guna la pulak,kan. malangnya, takde satu baju pun yang tak guna. semuaaaanya Mj guna,haha. walaupun tak selalu pakai tapi elok lagi. kan sayang kalau dibuang,hehe. haa, semalam time kemas-kemas nak buang barang lama terjumpa [bukan terjumpa, memang letak bawah katil pun haha] satu file box nih. file box ni ade macam-macam tahu. file box nih jugak hadiah dapat ape ntah masa form 2 [taknak bagitau pasal apa,haha]. dalam tu ada la macam-macam. macam-macam yang macam sayanggg je nak buang. haa, korang ada tak rasa camtu?kalau ada bagus lah, nanti rumah penuh dengan barang yang sayanggg nak buang tapi tak diguna pun,hehe.

nampak tak ada apa?tak nampak?haha, takpe takpe takyah nampak pun takpe. asalkan nampak macam file box sudah,hehe. ada hanamichi disitu. suka gila anime nih, tapi tak tengok pun ending dia. nanti nak baca online komik la. hari tu baru habis baca hot gimmick. memang tak tidur malam la dok baca komik.ish ish ish. okey, then ada la something yang macam tips/renungan, cerita bahasa arab pun ada tahu [cerita untuk oral bahasa arab time sekolah dulu-dulu,hehee].

maka, hari ni pulak kemas almari yang tak macam almari sebab dalam almari tu bukan ada baju Mj pun. lagipun Mj ada dua almari,hehe. so, bila dah kemas ni Mj asingkan baju-baju kurung letak kat almari yang besar sikit sebab boleh main gantung-gantung. [tak suka lipat baju!hehe]. maka, dalam almari tu adalah barang-barang yang dapat time birthday, yang beli sendiri. ada ke simpan dalam almari baju,haha. yelah taknak bagi adik Mj sibuk dengan barang Mj. nanti mesti dia kata, nak ngah. ewahh, sedap-sedap dia je nak barang orang. tak boleh!ha ha,kedekut tak kedekut.hehe.

nih antara barang yang my adik sibuk nak. comel kan. jam nih beli kat mana pun dah tak ingat,hehe. eh,kejap kejap..dah ingat beli kat mana. haa, dekat pasar/ekspo dekat kuantan. ke masa ada jom heboh ea?hmmm..tiba-tiba konpius kejap. tak kisah la yang penting kat kuantan. lepas tu bila window shopping dekat gift shop nih mula la nampak macam-macam jenis jam. wahh, memang ada niat la nak beli. tapi nasiblah tak beli sebab Mj ada bestfrenzz yang sangat sangat menghalang Mj beli. dia kata camni, 'beli jam loceng pun bukan dengar'. adehh..orang nak beli sebab dia cantik, menarik, bukan sebab nak dengar loceng dia masa pagi-pagi,hikhik [gurau je eh]. seterusnya...

cawan-cawan kesayangan Mj. sangat gila kumpul cawan. lagi-lagi cawan yang mulut besar tu. kan ke comel tu,kan kan kan. sebahagiannya dapat masa birthday, masa sekolah dulu, masa beli sendiri, masa beli dekat jom heboh tv3 pun ada. haa, ada satu lagi cawan jom heboh tv3 yang jenis mulut besar tu tapi dekat mak dan ayah Mj lah. ayah Mj buat tempat isi duit syiling. Mj pulak buat tempat isi pen dulu-dulu,hehe. last sekali..

taadaaa...birthday present!masa study je dapat birthday present nih. kalau kat rumah jangan harap lah dapat,hehe. Mj tak kisah pun okey dapat ke tak. haa, tapi yang balang kaler biru bereben-reben tu mak Mj bagi. dalam tu ada potpuri [eh?camtu ke eja dia?]. lepas tu yang semacam telur tu, adik yang sibuk nak semua barang-barang Mj bagi. tiap kali birthday abang-abang dengan kakak dia, dia bagi telur yang ada tulis bulan lahir,haha [motif??]. then, Mj juga suka kapal tuh [thanks ea kamoo yang bagi]. berhajat nak kumpul kapal pulak sebagai hobi baru tapi belum ada kesempatan. nasiblah dapat time birthday,hehe. cawan yang pakai ala-ala topi konvo tu pulak, my bff bagi. tahu tak dia sangat kreatif. dengan sekeping [or beberapa, hehe] kertas je, dia boleh something yang tak dijangka. cayalah. okey, dan itu sahaja cerita almari saya. sekarang dah tak tahu nak letak kat mana barang-barang tu. kena la cari kotak. okey lah, nak jalan-jalan tengok orang.

sayonara~~

nota kecik:
*nak tukar template b&w..tapi lepas buat shoutbox tu rasa macam alahaii, cantik la pulak,huhu. macam mana ni???@_@

Monday, 27 December 2010

:: Day 12_How you found out about Tumblr and why you made one ::

Hari 12
Isnin
20:56

Assalamualaikum

Selamat malam semua. hari ni nak sambung cabaran ke 12. macam mana korang tahu pasal TUMBLR. hah?apa benda tuh. serius, Mj taktau apa itu tumblr tapi tapi pernah dengar okey. cuma tak ambil tahu je tumblr tu pasal apa. so, kalau dah taktau tumblr tu apa, dah sah-sah la saya tak buat tumblr,haha. mengikut kajian dr.Mj [wah, poyo kejap disitu], tumblr nih lebih kurang macam blog jugak lah. nak mengeksperisikan [taktau dah nak eja macam mana,haha] luahan hati korang dengan cara yang sangat amat kreatif gitu. dia ada banyak features yang Mj tak ingat pun,haha [alah,benda-benda biasa, ada posting-posting gitu]. setakat yang Mj tengok, dorang letak banyak pic dalam post. besar besar tahu. haa,maybe tuh kot kelebihan dia boleh letak pic sebesar-besar yang mungkin haha [kalau salah jangan marah eh]. Mj rasa seronok kot tumblr [ada niat nak buat lah tuh],hehe. tapi takpe lah. dah lah dengan facebook yang 24jam tanpa henti tambah blog lagi lepas tu nak buat tumblr pulak?!hentikan la wahai Mj..haha.

okey, disebabkan taktau pasal tumblr kita cerita pasal blog lah ea. Mj tau blog dari mana ea??hmmm, tak ingat. mungkin dari cari maklumat nak buat assingment [eceh..konon] atau pape jelah. lepas tu mestilah kadang-kadang terjumpa blog kan. so, dari situ lah kenal blog. lepas tu mula lah cari ntah sape-sape punya blog nak baca kan. antara first blog yang Mj baca, blog Hanis Zalikha.

haa, sape yang tak kenal dia kan. baru-baru ni dalam suratkhabar siap frontpage lagi Hanis Zalikha atasi Siti Nurhaliza. malangnya, Mj taktau apa cerita disebalik tajuk tu sebab Mj tau dari internet [rasanya kat blog kot] je. memang lambat lah kau Mj,haha. lepas tu blog nurulcakapcakap [tau blog nih dari member Mj]. dia ni pun best kan kan kan. lepas tu mula la teringin nak buat blog walaupun tau kebanyakkan yang tulis blog rata-rata Mj tengok memang berbakat habis la. Mj pulak jenis yang memang tak berbakat habis lah [tapi ada hati nak buat] haha.

tapi satu yang Mj suka pasal blog dorang punya layout. wahh,memang kebabomm la. Mj nak buat camtu jugak la nanti. satu hari nanti pasti akan kedababombombomm...hahahaa. so, secara kasarnya Mj buat blog memang untuk suka-suka. dah kena la dengan trademark tu [sukesukimj] haha. lepas tu nak kata pasal dapat duit dari blog tu taklah jugak. sebab bila tengok nuffnang tu Mj macam ragu-ragu je. bukan setakat nuffnang je, adsense google tu pun [betul ke adsense?hehe]. betul ke tak benda nih,haha. dan Mj tau kalau kita klik kat iklan tu mesti tuan punya iklan dapat duit. sebab tu Mj tak akan tekan iklan [haha,motifnya taknak orang tu dapat duit, takpe tak?]. tapi bila member Mj ada buat nuffnang tu, mula la sibuk tanya dia, haha. maka, orang kata kalau ada rezeki tu ada lah. yang penting usaha, ye dak?. okey lah hari ni kemas bilik, tak siap kemas lagi tu. nak mulakan fasa membuang baju-baju lama pulak. sayonara semua.

nota kecik:
*sambil kemas bilik jumpa barang lama yang sayangnyee nak buang!

Saturday, 25 December 2010

:: Day 11_Another picture of you and your friends ::

Hari 11
Sabtu
^_^
Assalamualaikum

jom ke hari ke 11
yeah, kali ni sibudaktembamzana takde tacing tacing ea..hehe. mula-mula sekali Mj takde pic sama-sama dengan ini budaktembam [haha] kecuali hari last Mj disana. tapi pic tu tak boleh lah nak publish atas sebab-sebab yang munasabah,hehe. maka, Mj letak pic yang takde sama-sama tapi ada Mj [hah?apakah],hehe. gambar dibawah bukan pada tempat dan waktu yang sama tapi nak letak jugak. tak kira!haha. 

masihkah kau ingat??haha
masa ni taktau la Mj buat apa tapi Mj la yang snap pic mereka berdua,hehe. dah lama gila tak nampak dorang nih lagi lagi yang macam control ayu dan berkaca mata itu,hehe. gurau gurau je hajah. yes, her name is Hajah Badarilah. haa,cuba teka Mj panggil dia apa?badarilah?no no no...kalau panggil badarilah kang bapak dia yang datang,hehe. sori pakcik. maka, she is hajah and next to her is zana. last jumpa bila zana?haa, masa majlis tunang hajah [bila ek?hehe] and then tak jumpa dah kecuali cikzana nih [dalam alam maya jelah,haha]

it's me..!![tuh bukan sawah padi ea,hehe]
nih masa zaman remaja gitu,haha. dan macam mana boleh kenal my good frenz dua orang tuh?haa, masa Mj bergelar pelajar unisel, course accounting tahu. yang cik zana tak suke tapi kena suka tu,haha. yang akhirnya dia ditinggalkan oleh Mj dan hajah. yang akhirnya dia berjaya teruskan study tuh walaupun tak suka. syabass my frenz..hehe.[macam ape la plak]. jadi jugak akauntan [yeke?kira akauntan la kan walaupun asst.acc,kan3] walaupun tak capai tahap kemot lagi [nanti aku ajar cara-cara nak jadik kemot,haha]. Mj habiskan study dekat unisel lengkap satu sem tahu. siap ambil exam lagi. tiba-tiba kena angkat kaki,tangan dan segala-galanya lah. siap tau result lagi, ehh tau gred abc je [via sms] sebab dah berhenti kan,haha. apa yang Mj suka pasal unisel?hmm, abg finance yang nampak ensem tapi suara kelakar??haha [tak baik sungguh]. rasanya lah suara dia kelakar ke perlahan. lebih kurang macam tulah,hehe. okey lah setiap tempat belajar ada baik dan buruknya tapi jangan membenci tempat anda belajar ea. ^_^

nota kecik:
*zana, tak payah amek business, tak best. join aku amek acc kat ukm nnt..[hasut kau jap]huahuahua

Rasa Gembira Sebentar

Assalamualaikum

taip entri sambil tersenyum tersengih tak sudah dari tadi,haha. thanks ea lagi sekali cikzanazingaa sebab menemukan daku dengan kembar tak seiras ku,haha. sape pandai tekalah apa yang kembar tapi tak seiras tuh,haha. dan lepas tu secara tak sengaja jumpa pulak blogger yang sama layout dengan kau jugak,haha. memang sangat kebetulan. 

macam ni, Mj ntah mood apa malam ni sibuk kan diri kat satu contest ni. jumpa contest ni kat blog mera zati. apa lagi, jenguk kejap la [ade hati nak juin ler tuh,haha]. lepas tu, tengok komen para bloggers [kita kena tengok sape pesaing kita,kan..haha]. dari satu link ke satu link Mj terjah. macam Mj la pulak yang jadik juri,hehe. dan sampai lah jumpa satu blog yang memang sama macam cikzana,haha. [aku taktau nak kata apa la weh]. 

dan Mj tak habis terjah lagi nih. gara-gara excited kena tag kat giveaway ni, Mj rasa kena la tulis entri cepat-cepat,haha. dan excited jugak bila my bestfrenz buat blog hari ni. rasa macam jejak kasih je. padahal ada je facebook,haha. maka, agak lengkap la my grup bff [tinggal lagi sorang je,nanti nak hasut dia buat blog..haha]. mesti honey jeles sebab time dia buat blog Mj tak mention dalam entri [jangan tacing tacing ea,hehe]. 

maka, meet my dearies 




selamat berblogging ea. nak sambung terjah terjah.
sayonara~~
credit pic : mr.google

nota kecik:
*honey, jangan lupa balik holiday kena cerita semua benda,okeh.
*buat entri sampai tak tengok 2days 1night, dengar si adik bongsu dok gelak-gelak je.haha.

Friday, 24 December 2010

Blog Teman Udah Setahun GA

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

mula-mula sekali blog Mj belum cukup setahun ye. lambat lagi tau,hehe. okeh, check it out!

klik Nini D laju laju!
syarat dia senang je okey [boleh klik link diatas] dan hadiah dia pun memang best terutama bagi sape-sape yang minat pakai shawl. haa, tau dah kan hadiahnya apa. shawl tau. mesti korang suka kan. jom la join ramai-ramai. wee~~
Tarikh Tutup : 31 Disember 2010

maka, Mj tag
cikzana [trimas la my frenz..haha]

ni referrel Mj:
thank you ye moon tag Mj,hehe..[tak sangka tahu!haha]

nota kecik:
*buat entri sambil tersenyum tak sudah..ngee~ ^____^

:: Day 10_Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad ::

Hari 10
Jumaat
0:00
Assalamualaikum

jom sibukkan diri lagi dengan Mj punya ikut suka,hehe. okey, apa lagu yang Mj dengar bila happy, sedih, bosan, hyped dan marah?haa, meh sini ada satu je lagunya. Balik Kampung! korang nyanyi lah dalam versi gembira [ni dah semestinya lah], versi sedih [nih mesti kes tak dpt balik kampung,hehe], versi bosan, versi hyped dan versi marah ataupun bengang pun boleh kot..hehe [yang nih pandai-pandailah korang nak nyanyi macam mana..hehe].

haha,okey itu semua dusta belaka. yang benar nya, kamu tahu nggak aku ini suka dengar semuaaa lagu yang dalam playlist henpon aku tika happy, sedih, bosan, hyped apa lagi marah..[wahh, speak in indon pulak,haha].   Mj takde lagu spesifik kalau time sedih kena dengar lagu ni, tengah gembira dengar lagu tu. haa,takde2. semua lagu diberi hak yang sama rata..haha. dan akhir-akhir ni suka dengar lagu Aku Masih Sayang Padamu oleh ST12. takde apa-apa makna pun ea, just suka dengar je okey. lagu yang tak boleh miss sudah tentu lah my korean songs lagi-lagi BEAST dengan Lee Seung Gi. tapi kalau time bad mood Mj suka dengar kuat-kuat  [guna earphone ea], memang pekak kejap lah,haha. lepas tu baru cool jap. kat sini Mj nak perkenalkan lagi satu lagu yang Mj suka. lagu ni dah lama lah. tapi sebab kan Invicible Youth guna lagu ni untuk ending song program dorang, terus cari..haha. 
maka terimalah All About You by McFly..

video
cepat tekan play..kita nyanyi sama-sama..haha

Thursday, 23 December 2010

Give Away From The 7th!!!

Assalamualaikum semua!!


selamat petang ye!petang-petang macam ni kalau dapat makan muffin..yummy,memang besttt kan.hehe. nampak tak banner atas tuh, haa..lagi yummy if dapat free..[free je best kan,haha]. mari ramai-ramai kita join giveaway dari The 7th nih, untung-untung korang dapat muffin ke kan.

Maka, 
"Saya inginkan muffin The 7th kerana...saya suka rasa muffin yang lembut lembut gebu tu. MJ boleh masukkan sebijik muffin tuh dalam mulut Mj ni ha,haha. Kemudian akan kunyah-kunyah dan cepat-cepat telan,haha [memang tak bagus nih]. Memang terasa la kenikmatan muffin tu lagi-lagi muffin perisa coklat. Tapi, Mj akan makan jugak perlahan-lahan, tercekik pulak kalau tiap kali makan terus telan,hehe. Mj jugak percaya, muffin The 7th mesti gebu gebu sedap dan tak sabar nak penuhkan mulut Mj dengan Muffin The 7th,yummyy!"

Okey, jangan lupa join ye kawan-kawan! Tarikh tutup dia 31st jan 2011. Korang ada banyak masa nak create slogan paling kreatif. Ganbatte!

nota kecik: 
*thanks zana, memang nak join contest nih..hikhik ^_^

Wednesday, 22 December 2010

Hukum Bulu Kucing

Assalamualaikum

Hari ni Mj nak cerita pasal bulu kucing. Mesti ramai bela kucing kan. Mj ni pun mula mula takut nak pegang kucing,haha. Lagi lagi kalau kucing yang besar tu. Mj ada sorang seekor kucing dewasa dan empat orang anak buah,hehe. Takut nak pegang sebab takut kena gigit je,hehe. Dan, hari ni dah kena gigit pun dengan si kecik sorang tuh. Tapi, sekarang ni dah mula pegang pegang, belai belai manja gitu,hihi. Haa, masa pegang pegang, belai belai tu mesti ada bulu kucing melekat kat kita kan. Maka, apa hukumnya bulu kucing yang tertanggal nih?

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing je kawan-kawan, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, bab al-Najasah, jil. 1, hlm. 115)

Hubungannya dengan Solat

Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat solat. Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka solat itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil.1, hlm.175)

Maka, marilah kita jaga kebersihan diri kita untuk solat yang sah dan juga kucing kita supaya sentiasa cantik. Sharing is Caring is Loving ^_^

hai, watashi wa Nikki desu. bukan saya ea yang gigit Mj, adek saya yang gigit.
[haha, nanti nak panggil dia Ryo ke Kyo ea macam dalam cter fruit basket tuh]

sumber/credit: Majalah Solusi

nota kecik:
*Mj suka Nikki sebab bulu dia cantik dan banyak kali dia datang dekat Mj [haha,nilah orang kata pilih bulu] dan dia anak kedua sama dengan Mj.hehe.
*Majalah Solusi Bil 27 bakal keluar..tak sabar nak beli..=)

:: Day 09_Something you’re proud of in the past few days ::

Hari 09
Rabu
12:26
Assalamualaikum

nampaknya Mj telah ter'skip satu hari,hehe. biasalah, nabby nih bukan Mj sorang je yang guna walaupun Mj yang punya,kan. so, kenalah tunggu turn nak guna [tak suka betul nak kena tunggu turn]. maka, hari ni lah dapat guna dengan aman sebab hanya ada Mj je di rumah,haha. dan macam biasa la hari ni dengan hari semalam. bangun pagi kemas rumah [sambil ngadap nabby,hehe] bagi kucing makan tolong mak masak tengok korea [semalam baru dapat tengok korea lepas 2hari astro tak hidup]. 

maka, apakah sesuatu yang Mj banggakan dalam beberapa hari yang lepas ea?eemmm,haaa..Mj tolong mak masak dan sekaligus Mj reti lah jugak memasak. senang je kan memasak nih. tinggal lagi nak praktik je. Mj tak berani nak praktik kat rumah. nanti tak pasal-pasal takde sape nak makan,eheh [kata reti tadi,haha]. penting sebenarnya pandai masak ni, kalau tak pandai pun reti masak pun cukuplah. nanti kalau dah duduk sorang-sorang ke kan sape nak tolong masak kalau bukan diri sendiri ye tak. tak kan nak makan kat kedai hari-hari ye tak. tak kan nak masak megi hari-hari ye tak,hehe [megi tak elok tahu!]. haa, jom tengok apa yang Mj dah makan dalam beberapa hari lepas dalam erti kata lain Mj lah jugak yang masak,hehe. [tapi bahan-bahan mak Mj lah yang sediakan]

Ayam Bakar bukan pakcik bakar pnye
[yang nih Mj buat ikut resepi mak]
ayam seekor digaul bersama bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas, lada hitam, kicap, minyak dan madu [kalau nak bagi kilat]. tapi tak kilat pulak ayam Mj nih,hehe. lepas tu boleh perap jap dalam peti sejuk. dan sedia untuk dibakar!

Ayam Goreng Kentang
yang nih simple jek, goreng kentang lepas tu asingkan. goreng ayam pulak, asingkan. lastly, goreng bebawang dan cili kering [kalau nak letak cili api lagi bagus!] dan gaulkan ayam kentang tadi. SIAP!hehe.

Kerang dan Jering berendam Taucu
hahaha, sedap kan nama dia. tapi Mj tak makan lah. tak suka kerang dan jering tapi suka taucu. Mj letak sebab gilerr lah sekejap nak buat dia. tumis bawang2 lepas tu masuk taucu masuk kerang masuk jering dah siap! tapi kerang tu dah direbus dulu lah ea. jering tu pun sama,hehe.

tengok..Mj ingat nak buat macam mana semua semua tuh. sebab tuh la bangga kejap,haha. walaupun semuanya makanan yang simple tapi kadang-kadang yang simple tu la taktau nak buat,kan [yeke??].

okey, jumpa lagi semua.

nota kecik:
hari ni my ayah beli lauk ayam masala, maka takde la memasak hari ni kecuali my mak yang masak terung sambal [lagi satu sayur yang ku tak suke]

Monday, 20 December 2010

:: Day 08_Short term goals for this month and why ::

Hari 08
Isnin
18:00
Assalamualaikum

salam ceria dan selamat berhari isnin semua. hari ni cuaca agak-agak lembap di tempat Mj. maklumlah, musim hujan. Alhamdulillah, sejuk alam ni kan,hehe. okeh lah hari ni nak cerita matlamat jangka pendek Mj untuk bulan ni. bulan yang dah nak sampai penghujung tahun dan masuk tahun baru ni [mudah-mudahan kita semua diberi kesempatan untuk hidup lagi, Insya Allah]. 

mula-mula sekali adalah untuk dapatkan lesen kereta tapi tak lulus pulak test jpj [2kali tau,huhu]. maka, Mj harus lulus test yang seterusnya sampai lah lulus,hehe. sebenarnya niat hati sampai lesen L tu mati je. kalau dah mati malas la nak ambil lesen lagi. nak tunggu kahwin lepas tuh biar laki Mj je yang bawak Mj pergi mana-mana,hahaha..okey tak. kemudian, Mj kena kerjaaa! kalau tak kerja macam mana tanggung makan minum [eceh..]. lepas ni nak apply kat SPA, tapi biasanya lambat kan nak tau resultnya? tak kisahlah pape pun,hehe. kemudian, nak habiskan mana-mana buku or majalah yang Mj tak habis baca lagi,hehe. [geram novelhlovate saya ada orang pinjam tapi tak pulanggg..grrrr]. matlamat jangka panjang [tiba-tiba] nak kawenn...hahaha.

okey semua..sayonara~~

Sunday, 19 December 2010

:: Day 07_A picture of someone/something that has the biggest impact on you ::

Hari 07
Ahad
21:35
Assalamualaikum

sambil tengok tv. tengok nabby. tengok tv. tengok nabby..haishh, nak buat apa nih,haha. takpelah meh sini Mj nak beritahu satu rahsia besaqqq punya,haha. rahsia yang sangat memberi kesan ke atas diri Mj. betul tau, tak tipu. kesannya tu boleh buat Mj tak tidur malam, tak makan, tak mandi [eh,mandi2]. kalau takde dia memang tak boleh buat apa. Mj akan rasa lemah semacam je, tak bersemangat je. 


taaaa..daaaaaaaaaa...



ngeee...jangan marah haa..

tapi betul la, memang benda dalam gambar tuh ada beri kesan kat diri Mj. tapi takde la besarrr sangat,hehe. Mj dapat nabby pakej sekali dengan bb ni dari my mak. tenkiu my mak,hehe. hari-hari bukak nabby bukak bb, bukak nabby bukak bb. kalau masa study dulu lagi dahsyat. tak tutup-tutup,hehe. eh, tapi Mj bagi dia sleep jugak tau. okey la, nih sebahagian je yang ada kesan dalam hidup Mj. ada lagi yang sangat memberi kesan dalam hidup Mj [mungkin juga Mj masih mencari]. maka, siapakah yang memberi kesan paling besar dalam diri korang?

nota kecik:
bila lama2 ngadap nabby boleh jadik pening,haha @_@

Saturday, 18 December 2010

:: Day 06_Favorite super hero and why ::

Hari 06
Sabtu
20:02

Assalamualaikum semua

Superrr Powerr..muahahaha..oppss..salah pulak. Superrr Herooo...hahahaha. Mj taktau kot kot Mj ade feveret superhero,perlu ke?haha. I have no one of the so called superhero. bukan nak berlagak okey, tapi memang takde nak buat macam mana kan,hehe. tapi tapi sebab nak jugak buat ini cabaran mari kita lihat apa superhero yang sesuai dengan anda. haa, punya lah semangat kan. siap cari lagi kat google : SUPERHERO,haha. kemudian klik la satu benda nih, rupa-rupanya kuiz bukan facebook punya,hehe. apa lagi gedik gedik kejap nak buat. tiba-tiba..hah, hamek engkau..muaaahahahha..

The Hulk!
Mj yang comey ni dia bagi hulk yang hijau hijau nih,ish3..bagi la the flash ke,kan.hehe.

macam jawab cabaran tak??haha. walaupun begitu, Mj suka tengok mereka dibawah ini

'dragon ball...ada tujuh bijik sebenarnya'

'atas nama kebenaran dan keadilan'
[yeke??haha. lupe la]

kira dorang nih pun superhero la gak kan. masa cuti sabtu ahad [ke hari ahad eh?lupe lg] je bukak tv2 nak tengok kartun dua nih je,hehe. kartun dorang best kan, sebab tuh la Mj suka tengok,haha.
selamat berhujung minggu!

nota kecik:
*AFF Suzuki Cup 2010 live di Astro. Malaysia vs Vietnam. my bapak dah semangat tahu nak tengok bola sepak.huhu. [agak2 clash tak dengan timing korea Mj, -_-' ]

Friday, 17 December 2010

Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass

Assalamualaikum

Dengan ini di umumkan, Mj join contest lagi![eh eh, ayat cam tersama plak,hehe]
  
nama kelasss gtu..[mereka berdua nih adik-beradik tahu, tu muka macam sama tapi tak serupa..hehe]
jadi, jika korang pun nak nama yang kelasss gtu..jangan lupa join ye
siapa yang dah ada domain pun buleh join tau. sumijelly.com kata camni ' kira RENEW jer ikut time expired dengan cara bank in duit pada tamat domain sendiri' oke..
semua contest senang [tp senang ke nak menang,haha], cuma perlu tulis entry dengan tajuk  "Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass" dan sertakan sekali banner diatas dan kenapa korang nak domain tu.
peraduan berlangsung dari 4 DISEMBER 2010 - 4 JANUARI 2011
SILA klik link diatas!untuk maklumat lanjut okey
sebelum tuh, arigato gozaimasu sibudaktembamzana sebab tag daku..haha

haa?menatang mende domain nih?
macam mana ea..emmm,aaaa..alah,domain tuh macam kakak dua orang yang dalam banner tuh la yang nama dorang ada dot com dot com tuh..haa,paham kan..hehe
bukan macam blog Mj yang dot blogspot dot com [kan tak comel kan nak sebut panjang-panjang]
maksudnya ada website sendiri dan boleh buat apa sahaja dengan bebasnya [betul tak kakak sumisekilass?]

maka, saya nak domain ini kerana dengan adanya domain ini hidup saya lebih ceria untuk berblogging [even saya tak reti dalam dunia blogging] hehe. dan, saya rasa sangat cool kalau sebut blablabla.com [tak gtu ke]. 

lepas dah jawab soalan ala-ala slogan tuh, tag 3 orang

akhir sekali, selalu kita akan tinggalkan link kat blog si penganjur kan tapi kali kita tukar sikit. sikit je tak banyak,hehe. TINGGALKAN LINK entry korang di sekilass.com [beliau pun penganjur jugak..penganjur bersama,hehe]. penentuan pemenang pula berdasarkan cabutan bertuah. jika, anda rasa anda selalu ada tuah, meh tunjuk tuah anda di sini.haha.

nota kaki:
*nak cari tuah kejap..haha

Thursday, 16 December 2010

:: Day 05_A picture of somewhere you’ve been to ::

Hari 05
Jumaat
22:17
Assalamualaikum semua!

hari ni mood tak berapa nak baik sebab tadi Mj failed lagi!
sayang gilerr tahu gagal kat 3penjuru!
huh, taknak cerita dah sebab tak best..hehe

jom tengok gambar yang Mj pernah pergi. tempat nih best tau, tempat yang banyak meninggalkan nostalgia, memori, kenangan, dan yang sewaktu dengannya lah. walaupun Mj tak rasa yang Mj ada kenangan terindah disini tapi sekurang-kurangnya ia tetap memberi kenangan untuk diingati[cewaahh]. walaupun Mj bukanlah sesiapa disini tapi sekurang-kurangnya Mj dapat menunjukkan sebahagian dari diri Mj kepada mereka yang selalu bersama Mj. tiba-tiba macam touching pulak,haha. okeylah, agak-agak korang apa gambar yang Mj nak tunjukkan ea. haa, sila jawab dalam hati dulu ea. kita tengok siapa yang kena,haha.

jeng jeng jeng


Sekolah Ku Rumah Ku

inilah dia gambar yang Mj pernah pergi dulu sewaktu di alam persekolahan. nih simbolik kepada sekolah-sekolah yang pernah Mj bersekolah dulu [gaya macam banyak sekolah je],haha. dari tadika sampailah ke menengah sampailah masuk kolej. mesti banyak kan kenangan kita bersama-sama kawan sekolah. Mj percaya korang mesti lagi banyak kenangan masa zaman sekolah, ye tak?mengaku jelah..haha..

sekian sahaja cerita gambar Mj..jumpa lagi besok!

nota kecik:
taip cepat2 sebab dah nak masuk hari sabtu..publishh..

:: Day 04_A habit that you wish you didn’t have ::

Assalamualaikum

hari ini cerita pasal habit atau tabiat yang Mj ada dan kalau boleh taknak tabiat tu, orang kata dah buang tebiat pe [eh itu dah tak betol namanya,haha]. jangan..jangan, simpan tebiat tuh ea, kalau buang nanti orang kata dah tak siuman plak,hehe. maka, op koz la habit yang Mj taknak tu jenis yang tak bagus kan. kalau habit yang bagus tiba-tiba kita taknak?gilerr la namanye tuh,haha. okey, tapi Mj taktau apa habit Mj yang tak bagus [konon2 purr-fect r tuh,haha]. mana ada orang yang sempurna,kan.

ish3..kiri kanan troli..nak beli ape lah tuh..haha

jadi, Mj mungkin boros. mungkin jugak 24/7 ngadap nabby tanpa jemu sambil main fb game, tengok korean drama, japanese drama atau apa-apa jelah. janji nabby tu tak boleh kalau tak bukak,hehe. sangat tak bagus kan. mula-mula pasal boros. hmm,boros sangat ke Mj ni. yup, bila duit dah banyak dalam bank [tapi skg tak boros,sebab pinjaman dah stop..T__T]. mula la nak beli macam-macam. beli kasut, beli beg, tapi Mj tak beli baju. taktau la kenapa bila shopping tak beli baju. haa,kire kurang la sikit barang-barang kan. kurang la jugak duit keluar,kan. haa,kan bagus habit tuh..haha. lepas tu beli buku. lepas tu tak baca.haha.
rasanya Mj dah dapat buang kot boros tu. dapat buang sebab hanya duduk rumah sahaja mengadap nabby dan mencipta lagi satu habit yang tak baik.[tapi Mj suke online shopping plak, beli buku..ish3..lepas tu tadi bukak ebay, tengok album Mastermind Beast..nasib takde duit..haha]

Mj sangat sukee main game. tak kesah la game apa-apa pun. bila dah bosan dan fed up dengan game tu tukar plak game lain.hehe. tapi tapi, sekarang Mj dah tak main banyak game tahu. adalah dua je game yang Mj main.hehe. hmm, dan Mj harap Mj taknak gile game. tapi nak gile ngadap nabby 24/7,hehe.
makanya, Mj taknak dua-dua habit tuh ada sebenarnya tapi...macam dah takleh pisah plak,haha.
saya akan berusaha jadi seorang yang berjimat-cermat!yeay!

nota kecik:
saya juga mungkin juga jenis takde perasaan sampai tak perasan perasaan org lain terguris sbb saya. maaf ye sahabat-sahabatku..kite tetap kawan kan..ngee~~

Putus Asa Itu Membunuh!

Assalamualaikum

Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk beku itu, tetapi tidak berdaya. Dia menjerit, tetapi tiada siapa yang mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap kedalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya? Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini pekerja itu benar-benar berputus asa. Dalam hatinya terdetik, kali ini matilah aku.

Dirasakannya kedinginan bilik itu semakin menggigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada siapa yang datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis...surat wasiat! Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat kepada isteri dan anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yang mencengkam sampai ke tulang. Keesokkan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja yang lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat di tangan.

Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Kerana kesejukkan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik sejak semalam telah dimatikan!

Pengajaran: Putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati.Malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. Hiduplah selagi hidup. Berusahalah dan berjuanglah berbekalkan satu harapan. Keep hope alive!

credit: Majalah Solusi

Wednesday, 15 December 2010

:: Day 03_A picture of you and your friends ::

Assalamualaikum

mula-mula sekali..sumimasen!
entry semalam [kot] Mj tulis kanban wa untuk selamat malam/good night yang mana sebenarnya adalah oyasumi nasai,hehe. kanban wa tu untuk good evening/selamat petang [mana ada orang nak tidur sebut selamat petang,kan..ngee~].
lepas check balik buku jepun Mj tu baru perasan yang Mj salah tengok rupenya,haha. [malu sudah].
so, lagi sekali kanban wa! [sesuai guna time ni kan?]

hari ni Mj ingin  mempersembahkan sebuah lukisan,eh eh salah lagi. sebuah gambar atau sekeping gambar??Mj dan kawan-kawan sekelas sekolej sesame street,haha.
taa-daa..
DBM's Student 2010/2011

pic nih masa Mj sem 4. kitorang melancong ke Cameron Highlands. haha,bukan melancong tapi untuk melengkapkan syarat kursus subjek Mj time tuh iaitu subjek pertanian [yeke nama subjek die pertanian,lupelah..hehe.tapi mmg pasal pertanian la] maka lecturer kitorang suruh la pilih mana-mana tempat untuk buat research [konon la] pasal pertanian. dah sampai cameron highlands mana ingat research2 nih,haha. semua ingat nak shopping, snap snap gambar sana-sini adalah,hehe. sebab tu Mj kata melancong,ngee~ yeah, i love Cameron Highlands sebab cuaca dia sejuk walaupun orang kata sekarang dah tak sejuk macam dulu. so,korang takyah la over sangat nak pakai sweater tebal-tebal konon2 sejuk ala-ala korea,hehe. tetapi,haa ade tapi tu, masa pepagi memang sejuk gilerr lah..lantai rumah kitorang dah la yang jubin-jubin tu. bayangkanlah nak pijak tu memang tak sanggup la. memang kena pakai stokin or selipar oke. Mj ada perangai pelik [atau mungkin tak,hehe] pasal sejuk-sejuk nih. walaupun sejuk!Mj still nak pasang aircond. sebab Mj memang sukeee sejuk. walaupun tau 'eh,sejuk la wei' tapi aircond on gak.haha. so,kat sini Mj nak cakap sejuk itu besttt..sejuk itu nikmattt..ngee~~
sekarang, dah habis study. dah tak jumpa muka-muka yang blur, yang ting-tong, yang macam-macam lagilah. tiba-tiba je Mj pandai nak rindu-rinduan kan..haha [sye biasanye seorg yg takde perasaan]
sehingga berjumpa lagi ye teman-temanku. kita ada lagi satu perjumpaan kan, graduation day!

sehingga bertemu lagi..wee~~

nota kecikk:
*hari nih makan ayam bakar..sedapp tahu,hehe.

Tuesday, 14 December 2010

:: Day 02_The meaning behind your Blog name ::

Hari 02
Selasa
0:20
Assalamualaikum

alhamdulillah, berjumpa lagi kita dalam alam yang penuh dengan coding ni,hehe. wahh..prepare entry awal giler. lepas tu nak publish jam enam petang hari selasa, okey tak?haha. haaa, keputusan kawaii gadget contest dah pon diumumkan. tahniah kepada semua yang menang. pemenang utama mashimaro memang betul-betul layak. kisah dia betul-betul dan bukan main-main dan sebab tu dapat mashimaro,hehe. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. cuma kadang-kadang sebelum nak nampak hikmah tu akan lalu jalan-jalan yang berduri [eh,sejak bila jalan ada duri ea,hehe].dan, kenapa tiba-tiba Mj tulis ayat-ayat sedap macam tu [mungkin sebab misapple itu independent dan honey juga independent]. dan, tiba-tiba ada honey?haha (betullah kot apa yang kita diskus kat ym tu). nampaknya dah lari dari tajuk cabaran ni,haha. sekali sekala takpe kan.

okey, ada apa dengan nama?tentulah ada maksudnya,kan. jadi, kenapa itamputehduniaku menjadi nama yang di dot blogspot-kan?dan kenapa pula letak nama blog s.U.k.E.s.U.k.E.m.J dengan ada tanda kurungan begini [  ]? jawapannya...besok jelah. sebab macam tak syok pulak nak tulis sekarang [sebab tak rasa macam hari selasa lagi,hehe]. nak jalan-jalan sebelum tidur, ngee~~
konban wa! 
- 0:57 -


15:19
Shinen omedeto gozaimasu!selamat petang!

sekarang barulah rasa macam hari selasa,hehe. okey, jawapan kepada persoalan semalam. penat jugak fikir kenapa Mj letak nama tu,haha. sebab pertama, Mj suka hitam dan putih dan tiba-tiba je rasa nak letak duniaku,hehe. tapi lepas tu ada la sikit rasa macam apsal panjang sangat url aku nih,haha. takpelah benda dah jadi. sebab kedua, jawapan paling senang sekali..ikut suke Mj la [sebenarnya tak tau nak letak nama apa] haha. dan lama-lama Mj rasa taknak dah tukar nama blog. lepas tu nak bagi cantik sikit letak la tanda kurungan,haha. [konon la cantik]. selesai.wee~~

#semalam cerita Oh My Lady dah tamat dan ending dia boleh tahan,hehe. tapi cerita dia best. suka tengok si Ye Eun anak Song Min Woo (Si Won Suju). muka dia tembammm. dah la tak bercakap dalam cerita [ada dua kali je dia bercakap] tu. lepas dah tengok Si Won berlakon mungkin Mj akan sukakan Super Junior. mungkin juga Mj dah terpikat dengan Si Won,haha. Gae Hwa [Chae Rim kot nama dia, tak ingat] si heroin dalam cerita tu memang tua daripada Si Won tp dia cantik kot,hehe. so,malam ni tengok cerita You're Beautiful. dapat jugak Mj tengok. mula-mula tengok dekat mysoju. tapi sebab nak loading sangat sangat sangat lama. maka ku batalkan saja niat nak tengok [tapi cerita my gf is gumiho boleh pulak tengok sampai habis,hehe]. lepas tu minggu depan ada Mary Stayed Out All Night kat Astro KBS [tapi kat KBS tajuk dia lain]. Dua-dua cerita baru ni ada Jang Geun Seuk!suka tengok eksperi muka dia yang variasi tu [tapi still sayang bangett leeseunggi,haha]. tiba-tiba je masuk korea. excited lebih.hahaha.

comeyy kan budak kecik nih...grrr..

nota kecik:
*nak belajar bahasa korea tapi asyik tulis jepun je,haha.
*jwpn utk mksd nama blog pndek je..haha [mmg boleh buat semalam lagi,tp tak nak. nak wat mcm mne,huahuahua]

Monday, 13 December 2010

:: Day 01_ A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself ::

Hari 01
Isnin
13:09
Assalamualaikum

cabaran yang pertama adalah [ sgt mencabar kan,heh] gambar Mj baru-baru ni. hmmm,Mj tak snap gambar p0n sejak duduk di rumah ibunda dan ayahanda [bergaye tak tulis mcm tu,hehe] jadi nak pilih gambar lama jadi gambar baru-baru ni boleh tak,hihi. okey lah,kejap cari dulu dalam file camera album sony ericsson k618 ni. yeah,dah jumpa dan ia memang agak baru jugak. here the picture...

pekebun berjaya

a recent picture of YOU tak semestinya pic kita sendiri kan,hehe. maka, Mj telah menculik budak ini.hahaha. budak ini adalah adik Mj. masa ni kitorang sedang berkebun.hehe. tolong mak berkebun ler.cabut rumput, siram pokok, letak baja [tapi sejak akhir-akhir tak siram pokok sebab hujan], mak tanam pokok baru [atau lebih tepat pindahkannya dari pasu ke tanah]. dan sekarang ni, adik Mj ni takde dirumah sebab kena hantar pulang ke negara asal Jawa,Indonesia,haha. okey, dia duduk kampung dengan dua orang lagi adik laki Mj. jadi peladang kelapa sawit.haha.

seterusnya lima belas fakta menarik tentang Mj adalah
  1. akan cakap sedap pada semua masakan yang dimasak oleh mak bila disuruh cuba rasa, sekalipun ia masin, tawar, pedas dan tidak kalau manis.
  2. masa study kat kuantan, suka beli air anggur. masa kat rumah, menu air tetap adalah sirap [tanpa jemu]. masa keluar makan dengan family, order milo ais [sebab bapak yang bayar,haha dan semuanya favourite Mj ]
  3. pandai simpan rahsia [ mungkin ]
  4. sukakan bau buku baru. dan suka beli buku atau majalah tapi tak terus baca. dan kadang kadang sampai terlupa nak baca bagi habis.hehe. tapi exception kalau komik atau majalah ntahapeapentah. mula ada koleksi novel dari penulis yang sama [sebelum ni Mj tak excited pun nak kumpul-kumpul novel]
  5. boleh mengadap mizsnabby satu hari suntuk sampailah tertidur-tidur depan dia.eheh.[ adakah itu menarik?haha ]
  6. tak kesah kalau tiba tiba kena buat kerja berat macam angkat kotak yang dipenuhi dengan pinggan atau kotak yang penuh dengan buku-buku lama sebab dah biasa tolong kemas rumah kena angkat kotak-kotak yang berat, pasu-pasu bunga mak yang boleh tahan besar dan berat.
  7. tidur pakai stoking, ke stokin eh?mana-mana jelah..hehe[baru je mula ] dan sepatutnya memang tidur kena pakai stoking sebab Mj pernah terbaca tentangnya. sangat selesa tahu pakai stoking time tidur.hehe. dan, sepatutnya juga pakai setiap kali keluar kemana-mana [akan mencubanya,pasti]
  8. suka kombinasi warna putih dan hitam. tapi akan beli barang yang warnanya putih je. suka juga beli barang warna oren dan ada beberapa koleksi yang berwarna oren seperti sepit rambut oren, hanger oren, getah rambut oren [ada 3], sikat oren ke sikat kaler kuning keoren-orenan eh?tak kesah la mana- mana pun. dan, tak tahu macam mana tiba-tiba Mj ada lagi banyak barang yang berwarna pink berbanding hitam atau putih.hehe.
  9. tak suka business tapi study dip in buss. management,heh. dan tak pernah rasa nak suka dengan business thing dan selalu cakap, 'aku tak minat la nak biznes2 nih' tapi tiba-tiba rasa nak mula buka business sendiri [ kesan dari final sem punya tugasan la nih] hehe.
  10. jika Mj buka business, mungkin Mj taknak pegang jawatan ketua/bos/pengarah syarikat sebab lagi suka buat kerja yang disuruh daripada menyuruh orang buat kerja.[rasa macam sakit hati kot kalau suruh buat kerja tapi tak buat]. walaupun tahu bos boleh pecat sesiapa yang dia suka.
  11. bukan seorang yang penyabar tapi masih lagi boleh bersabar.[hmm,macam mana tu?]haha
  12. suka perhatikan orang sekeliling. kadang kadang boleh tergelak sorang-sorang bila tengok gelagat orang,kan.hehe. dan boleh ingat akan kegiatan orang tu contohnya dia selalu lepak kat mana, course apa, siapa bf/gf dia pun mj tahu,haha.[yang ni masa kat kolej la]. memang boleh jadi PI profesional la.haha.
  13. cepat terasa atau emo atau sensitif [yeke] tapi masih boleh sorokkannya lagi. kira macam tak tunjuk perasaan sebenar la. dan Mj selesa begitu sebab mungkin kesan daripada maksud nama Mj sendiri yang membawa erti kegembiraan dan sewaktu dengannya.hehe. dan boleh lupakannya macam tu saja tapi tak bermakna perasaan itu telah hilang.[orang kata tak elok pendam pendam nanti jadi barah,kan]
  14. cepat gelabah,haha. kelam kabut pon ada juga. Mj rasa macam Mj saja-saja kot buat gelabah atau kelam kabut sebab rasa macam best tapi lama lama adik Mj kata, 'ko memang kelam kabut pon' [yeke?] dan rasanya honey pon cakap macam tu jugak,lebih kurang macam ni, 'rileks mija,rileks' [haha]. sebab mj akan berpeluh kalau gelabah. [nampaknya memang betullah,haha]
  15. Mj suka berfikir tapi tak pandai menulis. Mj suka snap gambar tapi tak pandai posing. Mj suka akaun tapi tak pandai matematik. Mj suka shopping tapi takde duit. Mj nak ada duit tapi tak suke kerja.haha. dan Mj ada sahabat-sahabat baik yang walaupun tak selalu bersama tapi mereka senantiasa ada. ^_^
hmmm,apsal Mj rasa macam tajuk 15 perkara menarik tu macam tak kena dengan isi ye?. ia macam lebih kepada 15 perkara tentang anda. korang rasa macam mana?hehe. tapi tak kesah lah kan. asalkan Mj rasa macam menarik sudah.hehe. [harap dapat buat berturut-turut tanpa tertinggal satu hari,hehe]

nota kecik:
*sambil buat entry ni, Mj pergi renew lesen utk test jumaat ni.
*see..lama kan Mj buat entry ni..sebab Mj berfikir..haha.dan juga tunggu proses download pic siap.patutnya buat awal2 tadi..takde la kena tunggu lama2 macam nih..huhu..[connection failed!huh,patutlah]

Cabaran 30 Hari (30 Days of Challenge)

Assalamualaikum

Cabaran 30 hari. buat untuk suka suka je, dah nama pon sukesukimj kan. Mj jumpa di blog seseorang ini (dia pon boleh tahan feymes) dan jumpa blog seseorang itu daripada blog yang feymes ini. macam mana Mj boleh rasa nak buka blog beliau [beliau disini adalah 'seseorang ini' diatas] sebab Mj memang suka main tekan tekan klik klik ikut suka Mj [sukesukimj-lah kan..haha]. dan, Mj jumpa dah lama atau lebih tepat lagi beliau punya entry pasal cabaran 30 hari ini sudah berbulan-bulan lamanya [masih dalam tahun ini tapi]. cuma tidak berkesempatan untuk menyahut cabarannya.hehe. dah bookmark juga. oleh itu, malam yang agak agak tenang [sebab takde nyamuk dan line sangat ok] ini mj cuba hendak buat cabaran ini.[pengenalannya sahaja]hehe. inilah cabaran tersebut. sekali lagi, hanya sekadar isi masa kosong yang tak berteman.haha.[lebih kepada tiada idea sebenarnya]


30 Days of Challenge
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name 
Day 03- A picture of you and your friends 
Day 04- A habit that you wish you didn’t have 
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to 
Day 06- Favorite super hero and why 
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you 
Day 08- Short term goals for this month and why 
Day 09- Something you’re proud of in the past few days 
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad 
Day 11- Another picture of you and your friends 
Day 12- How you found out about Tumblr and why you made one 
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently 
Day 14- A picture of you and your family 
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play 
Day 16- Another picture of yourself 
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why 
Day 18- Plans/dreams/goals you have 
Day 19- Nicknames you have; why do you have them 
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future 
Day 21- A picture of something that makes you happy 
Day 22- What makes you different from everyone else 
Day 23- Something you crave for a lot 
Day 24- A letter to your parents 
Day 25- What I would find in your bag 
Day 26- What you think about your friends 
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge 
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then? 
Day 29- In this past month, what have you learned 
Day 30- Who are you 

cabaran ini akan dimulakan pada hari isnin.[padahal hari ni je dah masuk hari isnin,hehe]. macam cool je nak buat hari isnin.kan. untuk hari ini atau lebih tepat lagi tika ini hanyalah selamat malam. konban wa!
~..sayonara..~

nota kecik:
*cool tak blockquote Mj..(dlm hati : 'apsal jdk gtu blockquote aku!!'huh) takpe2, nnt Mj akn carik apa masalahnya.T___T
*tibe tibe gaya menulis mcm pelik,haha (kalau tak perasan takpelah..T__T )

Sunday, 12 December 2010

Edit Photo Contest



Assalamualaikum
ish,tiba tiba Mj bertukar wajah la..haha
bukan bertukar wajah tapi......hehe
jom! kita edit gambar sambil menang menang
ho yeah!!!

nampak tak keghairahan Mj menyibukkan diri join contest..haha
contest nih best tahu, tak tahu takpe..meh Mj bgtahu
senang je contest nih (semua contest ko kata senang,kn)hehe
dia suruh kita edit gambar kemudian post kan ke rumah Mj..haha
oke,jangan merapu lagi sambil makan ikan kerapu
okey,the rules is u have to put the picture above in ur post n linkback to her contest
pergghh..ckp omputih yg mmg tak boleh blah..huahuahua
and your title is : EDIT PHOTO CONTEST
jangan gatal gatal mau tukar tajuk entry anda ye
nanti cik qaseh dalia adelia nih reject..hamik k0..hehe
ha?kenapa dia pulak nak reject?(ikut suke hati dia la,haha)
beliau lah penganjur contest nih okeh..
okeh2,enough..cukup..
kemudian,korang bolehlah baca syarat2 dia disini ea..hihi..(pemalaskn ko nak tulis)
hadiahnya dapat topup..woww!topup tu..sape taknak jangan join..haha

mari zoom gambar Mj dibawah..
ish3...kaki sape la tuh kan,merosakkan kan betol..
jom kita potong sama itu kaki..haha..

.

..

...

....

.....

......


ta-daaa...Mj taknak edit over sangat
nanti tak nampak natural pulak..ha ha ha..
gambar ni diambil masa hari raya aidilfitri tahun ni ye
dan first time pakai shawl..giler tak reti pakai benda alah nih..haha
^_^
okey..macam biasa kena la tag blogger lain
tag 4 orang ye(kalau tak de 4 orang?emm..boleh kot,kan qaseh kan?..hehe)
mereka yang bertuah adalah:
*oke tak senang sbnrnye nk edit pic lg2 gne scra online,mmg rasa la hangin satu bdn sbb line asyik asyik takde..grrr....geram tahu >_<"
*tak boleh post tgh mlm,kang line takde..haru je..hehehe

Saturday, 11 December 2010

Wae?Wae?Wae?

Assalamualaikum

wae?wae?wae??!!!
apsal lah macam ni
jangan lah macam ni
wahai broadband kuh..
huhuhu..T____T
dah dua malam dua hari dia buat hal 
tak bagi aku Mj online dgn tenang langsung
kejap kejap ada
kejap kejap hilang

orked puteh..^_^
itu sahaja..-__-"

Tuesday, 7 December 2010

Berubah-ubah Niat

Assalamualaikum...

Hari ni Mj nak menceritakan suatu kisah. Kisah ni Mj ambil dari majalah solusi isu 26. Tujuan Mj ambil kisah ni bukanlah untuk men'copy' ke apa tapi yelah, memang copy pun..hehe. Takde lah, Mj nak buat macam koleksi kisah pengajaran gitu. Jom baca sama-sama ea.

Kisahnye bermula apabila ada seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir. Tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada pokok, dia berseru lagi, "Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."

Akhirnya dia sampai pada kedudukannya yang lebih rendah dan doanya berubah lagi, "Ya Allah, sekiranya aku selamat, aku akan sedekahkan seekor ayam."

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.

Pengajaran yang kita dapat dari kisah ini adalah manusia akan ingatkan Allah ketika dirinya dalam kesusahan tetapi apabila senang manuia mudah melupakan-Nya. Ironinya, adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya??? Mudah-mudahan Mj dan anda semua sentiasa INGAT akan PENCIPTA kita tidak kira susah mahupun senang,kan. Dan jagalah niat kita.

credit to : Majalah Solusi

nota kecik:
*mari beli SOLUSI kawan2  d^_^b

Hati Yang Kau Sakiti vs Breath

hati yang kau sakiti by rossa - mood Mj hari ni..haha..-

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

maafkan jika memang kini
harus ku tinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa

ku menangis
membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis
melepaskan kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

ku menangis
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti
-end-
Jom layan Breath by Beast..(oke,tau takde kaitan dgn lirik diatas..haha)

video

nota kecik:
*sgt suke suara yo seob dlm nih..^_^

Monday, 6 December 2010

Kotak Komen Dah Kecikk

Assalamualaikum..

mari kita cerita terus. yeay!akhirnye kotak komen Mj kecikk. memang makan masa la nak cari cara nak comelkan kotak komen ni. bila dah jumpa...alahai, kat situ je ke.hehe. biasa ler,baru belajar kan. puas la godek2 kat coding yang comment box ada kaler2 tu tapi satu pun tak berubah. hari ni baru jumpa dekat mana coding yang betul.hehe. mula mula Mj buat tutorial cantikkn comment box, ada profil pic tapi tak berkenan dihati dan Mj biarkan je(drpd takde,kn..hihi). kemudian bila dah tukar template yang sekarang ni,pic pulak takde..haila..macam macam dugaan kan..hehe. puas jugak la men'google' akhirnya jumpa macam mana nak letak pic tu betul betul berkenan dihati.haha. tapi dah tak ingat kat mana Mj jumpa tutorial tu..hehe..thanks ye tutorial tu. kemudian,bila bukak belog hari ni,and check komen tiba2 kotak komen tu melampau2 pulak sampai tak nampak tulisan.huhu..mula la gabra jap.haha. tanpa melengahkan masa, Mj pun men'google' dan terus menggali..eh..gali pulak..yelah,gali maklumat kan..hehe. sampai jumpa website ni..haha..lepas ni nak godek la web ni..akhirnye agak paham jugak la apa itu margin dan sekutu2nya,hehe..agak paham je ye..bukan dahh paham..haha. maka bertukar la kotak komen ku..yeay..sangat gumbira tahu..okey tu sahaja..adioss..=)


#comments-block .comment-body { width:520px;
 besarkan width die..haha..skrg da comeyy..ngee~~ 

nota kecik:
*tutorial kat belog mommy senang nak paham..hehe
*lps nih nak apply deg multimedia la..haha..

Saturday, 4 December 2010

Test JPJ

Assalamualaikum

oh tidakk..Mj dah gagal test jpj. macam mana entah boleh gagal.haha. oke,ia bukan macam mana entah boleh gagal, tapi sebab kereta tu la.sape suruh brek dia macam tak makan. ke Mj yang tak makan.haha. okey2, jangan salahkan kereta yang memang taktau apa apa tu. tak baik tau salah sendiri salahkan orang lain. haa,tapi kesimpulannya (siap ade kesimpulan gtu), Alhamdulillah lulus juga bawa kat atas jalan raya bersama hencik jpj yang bajet garang dan cool tersebut.hehe. ehh...sekejap gagal, sekejap lulus pulak..haila2,mana satu nih.haha. yup,Mj gagal tang yang naik bukit tu,huh. memang bukan feveret la bukit tu, patutlah pun tak lepas kan.hehe. patutnya dia test la parking dulu ke kan,sekurang kurangnya nanti if gagal bukit pun,kena retest bukit jelah, kan kan kan.sukesukimj je kan.

then tunggu giliran untuk test jalan raya pula. mula mula,memang nervous la. tapi lama lama rasa mengantuk tahu!bila lah cik puan jpj nak panggil nama kan.akhirnya...saat yang ku tunggu telah tiba.hehe. konon tak gemuruh la nak bawa kereta kat atas jalan raya yang macam best tu. sebenarnya Mj jeles ngan kaum lelaki yang boleh rileks je bawa kereta even mereka baru pertama kali bawa. hmm,cikgu asfa kata sebab lelaki ada satu keberanian, walaupun mereka tak reti tapi mereka peduli hape,kan lelaki.haha. yeah,i have to admit it. well done para lelaki sekalian. oke,sambung balik. kemudian check la signal kiri kanan,side mirror tu semua. masa untuk bergerak.ho yeah. tapi Mj tertinggal satu step time nih, nasib tak kena potong markah.hehe.

oke,bawa slow2,up sikitmeter. haa,kau..sampai la kat traffic light. part ni pun Mj tak suka. yelah kalau tak reti bukit mestilah tak reti kat sini jugakan. Alhamdulillah kereta tak mati. berbunge2 jap dalam hati.hehe. then bawa la sampai naik betul2 bukit pastu turun bukit pastu pusing roundboard(erk,cm2 ke eja die??sori kalau slh..hihi). ye,time nih memang sangat sangat sangat gelabah oke.lagi sikit je tahu bumper depan nak kena divider bulatan yang cantik tu. kalau kena tak pasal pasal Mj kena turun situ juga. memang bawa macam apa la kan time tu.haha. then,cool balik sampai la kat traffic light balik. ada ke patut Mj tak bersedia nak gerak.haha. nasib baik la kereta tak buat hal kan.haha. akhirnya sampai la kembali ke tempat belajar memandu Mj tapi bila nak belok masuk tu pulak ntah kenapa macam tak betul pulak.haila..hencik jpj yang senyap tu terus berkata-kata time tu.hehe. itulah pengalaman Mj di jalan raya. lulus juga walaupun rasa macam banyak salah.hehe. lepas ni kena buat retest untuk bukit jelah. part ni yang tak best sebab Mj terpaksa renew lesen jugakkk..uwaaa...macam membazir je (kalau lulus test).hihi.

zanaa,aku p0n ade sotongmerah..huahuahua

nota kecik:
*hmm,berani ke nak bwk kereta betul2 nih..

Friday, 3 December 2010

Hati


Assalamualaikum

tatkala bersendirian
hati ini mula berbicara...
hati ini kadang kadang terluka dengan sikap sebegitu
hati ini kadang kadang kecewa dengan balasan sebegitu
hati ini juga kadang kadang cuba memberontak memprotes keadaan
seringkali saja ia tersasar dari landasan
lantas berfikir,
kenapa aku harus jalani kehidupan sebegini
kenapa aku harus mempunyai mereka yang sebegitu
namun, tatkala itu juga hati sempat kembali ke pangkalnya
memberikan kata kata semangat
memberikan kata kata nasihat
supaya ia tetap bersyukur mempunyai sebuah kehidupan yang lebih baik dari insan kurang bernasib yang lain
supaya ia tetap bersabar dalam menjalani sebuah kehidupan yang sebenarnya amat indah
supaya ia tetap menghargai setiap insan yang hadir dalam kehidupannya
hati ini berdoa supaya senantiasa bersyukur kepadaNya walau senang mahupun susah
hati ini berdoa supaya tidak tersasar dari landasan yang dikurniakanNya
hati ini juga berdoa supaya diberikan kesabaran untuk hidup yang maha indah ini






Tuesday, 30 November 2010

Corat-coret Mj

Assalamualaikum

apa khabar semua?ye semua sihatkan,yang tak sihat p0n buat2 la macam sihat..hehe. sejak duduk rumah lepas dah habis belajar ni makin cepat mengantuk pulak.huhu. tak bestnye mengantuk. Mj tak suke tak suke.sebab tak dapat nak mengatastaliankan diri..haha.. on9 ye semua. lepas je habis tengok drama korea kt 8tv, tengok pulak drama korea kat KBSWorld. tapi time tu mata mula lah buat hal. kadang kadang tak tahan Mj tidurrr je. sebab siaran kat KBS ade ulangan, kat 8tv takde ulangan..hihi.naseb takde siaran jepun, kalau tak memang sapu habis la tengok cerita2 macam ni. tapi time kecik2 dulu ada cerita jepun, nape sekarang dah takde?huhu. apa yang menariknya cerita2 mereka ye?hmmm,yang paling utama sekali op koz la para pelakon dorang yang sangat2 ensem,kawaii,dan kadang2 tu jalan cerita dorang macam hampir same je tapi still nak tengok jugak..haha. Mj tengok drama2 gini bukan sebab sape yang berlakon sangat sebenarnya,tapi sebab cerita die best dan pelakon dia p0nn best.hihi. then,dari situ Mj start hafal dorang tu sape ape semua..haha. hafal tu yang tak boleh blah. tapi macam sesetengah orang contohnya adik sepupu Mj,dia tengok sebab ada artis yang dia kenal.emm,mcm ni,dorang kenal music band dulu then baru tgk cerita tu if ade sape2 dalam band tu berlakon.Mj pulak dah tengok cerita baru tau,ooo penyanyi rupenye dia.ooo,mc rupenye dia..haha. oleh kerana itu lah setakat ni band yang Mj sangat2 suka adalah BEAST. sebab dorang BE2T..hihi.

sekian saje-saje..^_^

nota kecik:
*test jpj jumaat nih..fuhh..rilek Mj..
*kena cari keje cepatt..huhu