Advertisement

Tuesday, 7 December 2010

Berubah-ubah Niat

Assalamualaikum...

Hari ni Mj nak menceritakan suatu kisah. Kisah ni Mj ambil dari majalah solusi isu 26. Tujuan Mj ambil kisah ni bukanlah untuk men'copy' ke apa tapi yelah, memang copy pun..hehe. Takde lah, Mj nak buat macam koleksi kisah pengajaran gitu. Jom baca sama-sama ea.

Kisahnye bermula apabila ada seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir. Tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada pokok, dia berseru lagi, "Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."

Akhirnya dia sampai pada kedudukannya yang lebih rendah dan doanya berubah lagi, "Ya Allah, sekiranya aku selamat, aku akan sedekahkan seekor ayam."

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.

Pengajaran yang kita dapat dari kisah ini adalah manusia akan ingatkan Allah ketika dirinya dalam kesusahan tetapi apabila senang manuia mudah melupakan-Nya. Ironinya, adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya??? Mudah-mudahan Mj dan anda semua sentiasa INGAT akan PENCIPTA kita tidak kira susah mahupun senang,kan. Dan jagalah niat kita.

credit to : Majalah Solusi

nota kecik:
*mari beli SOLUSI kawan2  d^_^b

2 comments:

  1. alahaii sengalnya org tuh. elok jatuh je terus. haha

    ReplyDelete
  2. @z a n a
    tulah kan,xbersyukur bt0l..uhuh..

    ReplyDelete