Advertisement

Monday, 13 December 2010

:: Day 01_ A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself ::

Hari 01
Isnin
13:09
Assalamualaikum

cabaran yang pertama adalah [ sgt mencabar kan,heh] gambar Mj baru-baru ni. hmmm,Mj tak snap gambar p0n sejak duduk di rumah ibunda dan ayahanda [bergaye tak tulis mcm tu,hehe] jadi nak pilih gambar lama jadi gambar baru-baru ni boleh tak,hihi. okey lah,kejap cari dulu dalam file camera album sony ericsson k618 ni. yeah,dah jumpa dan ia memang agak baru jugak. here the picture...

pekebun berjaya

a recent picture of YOU tak semestinya pic kita sendiri kan,hehe. maka, Mj telah menculik budak ini.hahaha. budak ini adalah adik Mj. masa ni kitorang sedang berkebun.hehe. tolong mak berkebun ler.cabut rumput, siram pokok, letak baja [tapi sejak akhir-akhir tak siram pokok sebab hujan], mak tanam pokok baru [atau lebih tepat pindahkannya dari pasu ke tanah]. dan sekarang ni, adik Mj ni takde dirumah sebab kena hantar pulang ke negara asal Jawa,Indonesia,haha. okey, dia duduk kampung dengan dua orang lagi adik laki Mj. jadi peladang kelapa sawit.haha.

seterusnya lima belas fakta menarik tentang Mj adalah
  1. akan cakap sedap pada semua masakan yang dimasak oleh mak bila disuruh cuba rasa, sekalipun ia masin, tawar, pedas dan tidak kalau manis.
  2. masa study kat kuantan, suka beli air anggur. masa kat rumah, menu air tetap adalah sirap [tanpa jemu]. masa keluar makan dengan family, order milo ais [sebab bapak yang bayar,haha dan semuanya favourite Mj ]
  3. pandai simpan rahsia [ mungkin ]
  4. sukakan bau buku baru. dan suka beli buku atau majalah tapi tak terus baca. dan kadang kadang sampai terlupa nak baca bagi habis.hehe. tapi exception kalau komik atau majalah ntahapeapentah. mula ada koleksi novel dari penulis yang sama [sebelum ni Mj tak excited pun nak kumpul-kumpul novel]
  5. boleh mengadap mizsnabby satu hari suntuk sampailah tertidur-tidur depan dia.eheh.[ adakah itu menarik?haha ]
  6. tak kesah kalau tiba tiba kena buat kerja berat macam angkat kotak yang dipenuhi dengan pinggan atau kotak yang penuh dengan buku-buku lama sebab dah biasa tolong kemas rumah kena angkat kotak-kotak yang berat, pasu-pasu bunga mak yang boleh tahan besar dan berat.
  7. tidur pakai stoking, ke stokin eh?mana-mana jelah..hehe[baru je mula ] dan sepatutnya memang tidur kena pakai stoking sebab Mj pernah terbaca tentangnya. sangat selesa tahu pakai stoking time tidur.hehe. dan, sepatutnya juga pakai setiap kali keluar kemana-mana [akan mencubanya,pasti]
  8. suka kombinasi warna putih dan hitam. tapi akan beli barang yang warnanya putih je. suka juga beli barang warna oren dan ada beberapa koleksi yang berwarna oren seperti sepit rambut oren, hanger oren, getah rambut oren [ada 3], sikat oren ke sikat kaler kuning keoren-orenan eh?tak kesah la mana- mana pun. dan, tak tahu macam mana tiba-tiba Mj ada lagi banyak barang yang berwarna pink berbanding hitam atau putih.hehe.
  9. tak suka business tapi study dip in buss. management,heh. dan tak pernah rasa nak suka dengan business thing dan selalu cakap, 'aku tak minat la nak biznes2 nih' tapi tiba-tiba rasa nak mula buka business sendiri [ kesan dari final sem punya tugasan la nih] hehe.
  10. jika Mj buka business, mungkin Mj taknak pegang jawatan ketua/bos/pengarah syarikat sebab lagi suka buat kerja yang disuruh daripada menyuruh orang buat kerja.[rasa macam sakit hati kot kalau suruh buat kerja tapi tak buat]. walaupun tahu bos boleh pecat sesiapa yang dia suka.
  11. bukan seorang yang penyabar tapi masih lagi boleh bersabar.[hmm,macam mana tu?]haha
  12. suka perhatikan orang sekeliling. kadang kadang boleh tergelak sorang-sorang bila tengok gelagat orang,kan.hehe. dan boleh ingat akan kegiatan orang tu contohnya dia selalu lepak kat mana, course apa, siapa bf/gf dia pun mj tahu,haha.[yang ni masa kat kolej la]. memang boleh jadi PI profesional la.haha.
  13. cepat terasa atau emo atau sensitif [yeke] tapi masih boleh sorokkannya lagi. kira macam tak tunjuk perasaan sebenar la. dan Mj selesa begitu sebab mungkin kesan daripada maksud nama Mj sendiri yang membawa erti kegembiraan dan sewaktu dengannya.hehe. dan boleh lupakannya macam tu saja tapi tak bermakna perasaan itu telah hilang.[orang kata tak elok pendam pendam nanti jadi barah,kan]
  14. cepat gelabah,haha. kelam kabut pon ada juga. Mj rasa macam Mj saja-saja kot buat gelabah atau kelam kabut sebab rasa macam best tapi lama lama adik Mj kata, 'ko memang kelam kabut pon' [yeke?] dan rasanya honey pon cakap macam tu jugak,lebih kurang macam ni, 'rileks mija,rileks' [haha]. sebab mj akan berpeluh kalau gelabah. [nampaknya memang betullah,haha]
  15. Mj suka berfikir tapi tak pandai menulis. Mj suka snap gambar tapi tak pandai posing. Mj suka akaun tapi tak pandai matematik. Mj suka shopping tapi takde duit. Mj nak ada duit tapi tak suke kerja.haha. dan Mj ada sahabat-sahabat baik yang walaupun tak selalu bersama tapi mereka senantiasa ada. ^_^
hmmm,apsal Mj rasa macam tajuk 15 perkara menarik tu macam tak kena dengan isi ye?. ia macam lebih kepada 15 perkara tentang anda. korang rasa macam mana?hehe. tapi tak kesah lah kan. asalkan Mj rasa macam menarik sudah.hehe. [harap dapat buat berturut-turut tanpa tertinggal satu hari,hehe]

nota kecik:
*sambil buat entry ni, Mj pergi renew lesen utk test jumaat ni.
*see..lama kan Mj buat entry ni..sebab Mj berfikir..haha.dan juga tunggu proses download pic siap.patutnya buat awal2 tadi..takde la kena tunggu lama2 macam nih..huhu..[connection failed!huh,patutlah]

4 comments:

  1. ohoh..pkai stokin best ek?
    nnt nk mle alek laa =)
    kire 15 interesting things about you ney cm biodata kite gak la ek?
    hehe
    nnt honey nk wat gak,,bley? =p

    ReplyDelete
  2. @Fatma Hanizah
    op koz la best..rse nyaman gtu..haha..
    haa..wat lah..taram je pape p0n..hehe

    ReplyDelete
  3. haha aq pena try tido kai stokin kalau kat camping n hotel. sejuk wehhhh

    ReplyDelete
  4. @z a n a
    time sejuk mmg kene la pkai kn..tp aku ske sejuk kot..haha

    ReplyDelete