Advertisement

Thursday, 16 December 2010

:: Day 05_A picture of somewhere you’ve been to ::

Hari 05
Jumaat
22:17
Assalamualaikum semua!

hari ni mood tak berapa nak baik sebab tadi Mj failed lagi!
sayang gilerr tahu gagal kat 3penjuru!
huh, taknak cerita dah sebab tak best..hehe

jom tengok gambar yang Mj pernah pergi. tempat nih best tau, tempat yang banyak meninggalkan nostalgia, memori, kenangan, dan yang sewaktu dengannya lah. walaupun Mj tak rasa yang Mj ada kenangan terindah disini tapi sekurang-kurangnya ia tetap memberi kenangan untuk diingati[cewaahh]. walaupun Mj bukanlah sesiapa disini tapi sekurang-kurangnya Mj dapat menunjukkan sebahagian dari diri Mj kepada mereka yang selalu bersama Mj. tiba-tiba macam touching pulak,haha. okeylah, agak-agak korang apa gambar yang Mj nak tunjukkan ea. haa, sila jawab dalam hati dulu ea. kita tengok siapa yang kena,haha.

jeng jeng jeng


Sekolah Ku Rumah Ku

inilah dia gambar yang Mj pernah pergi dulu sewaktu di alam persekolahan. nih simbolik kepada sekolah-sekolah yang pernah Mj bersekolah dulu [gaya macam banyak sekolah je],haha. dari tadika sampailah ke menengah sampailah masuk kolej. mesti banyak kan kenangan kita bersama-sama kawan sekolah. Mj percaya korang mesti lagi banyak kenangan masa zaman sekolah, ye tak?mengaku jelah..haha..

sekian sahaja cerita gambar Mj..jumpa lagi besok!

nota kecik:
taip cepat2 sebab dah nak masuk hari sabtu..publishh..

No comments:

Post a Comment