Advertisement

Wednesday, 22 December 2010

:: Day 09_Something you’re proud of in the past few days ::

Hari 09
Rabu
12:26
Assalamualaikum

nampaknya Mj telah ter'skip satu hari,hehe. biasalah, nabby nih bukan Mj sorang je yang guna walaupun Mj yang punya,kan. so, kenalah tunggu turn nak guna [tak suka betul nak kena tunggu turn]. maka, hari ni lah dapat guna dengan aman sebab hanya ada Mj je di rumah,haha. dan macam biasa la hari ni dengan hari semalam. bangun pagi kemas rumah [sambil ngadap nabby,hehe] bagi kucing makan tolong mak masak tengok korea [semalam baru dapat tengok korea lepas 2hari astro tak hidup]. 

maka, apakah sesuatu yang Mj banggakan dalam beberapa hari yang lepas ea?eemmm,haaa..Mj tolong mak masak dan sekaligus Mj reti lah jugak memasak. senang je kan memasak nih. tinggal lagi nak praktik je. Mj tak berani nak praktik kat rumah. nanti tak pasal-pasal takde sape nak makan,eheh [kata reti tadi,haha]. penting sebenarnya pandai masak ni, kalau tak pandai pun reti masak pun cukuplah. nanti kalau dah duduk sorang-sorang ke kan sape nak tolong masak kalau bukan diri sendiri ye tak. tak kan nak makan kat kedai hari-hari ye tak. tak kan nak masak megi hari-hari ye tak,hehe [megi tak elok tahu!]. haa, jom tengok apa yang Mj dah makan dalam beberapa hari lepas dalam erti kata lain Mj lah jugak yang masak,hehe. [tapi bahan-bahan mak Mj lah yang sediakan]

Ayam Bakar bukan pakcik bakar pnye
[yang nih Mj buat ikut resepi mak]
ayam seekor digaul bersama bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas, lada hitam, kicap, minyak dan madu [kalau nak bagi kilat]. tapi tak kilat pulak ayam Mj nih,hehe. lepas tu boleh perap jap dalam peti sejuk. dan sedia untuk dibakar!

Ayam Goreng Kentang
yang nih simple jek, goreng kentang lepas tu asingkan. goreng ayam pulak, asingkan. lastly, goreng bebawang dan cili kering [kalau nak letak cili api lagi bagus!] dan gaulkan ayam kentang tadi. SIAP!hehe.

Kerang dan Jering berendam Taucu
hahaha, sedap kan nama dia. tapi Mj tak makan lah. tak suka kerang dan jering tapi suka taucu. Mj letak sebab gilerr lah sekejap nak buat dia. tumis bawang2 lepas tu masuk taucu masuk kerang masuk jering dah siap! tapi kerang tu dah direbus dulu lah ea. jering tu pun sama,hehe.

tengok..Mj ingat nak buat macam mana semua semua tuh. sebab tuh la bangga kejap,haha. walaupun semuanya makanan yang simple tapi kadang-kadang yang simple tu la taktau nak buat,kan [yeke??].

okey, jumpa lagi semua.

nota kecik:
hari ni my ayah beli lauk ayam masala, maka takde la memasak hari ni kecuali my mak yang masak terung sambal [lagi satu sayur yang ku tak suke]

8 comments:

  1. ya ampun~ sedapp nyeee...nak jugak~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. @♥cik fyza ♥
    alamak, da abes plak..hihi..fyza leh suruh maksu tembam fyza tuh masakkn..hehe..

    ReplyDelete
  3. ko makan jering ke weh ?? hahaha aq tasuke doe.

    ReplyDelete
  4. @z a n a
    aku p0n tak suke jugakk..xpnh rase p0n..=p

    ReplyDelete
  5. wah MJ masak?boleh buat calon ni..hahaha

    ReplyDelete
  6. @aNnE
    haha, takde la masak sgt pon..=)

    ReplyDelete
  7. wah... sdpnya mija..
    blh ko ajar aku msk nt yea..
    heheheehe aku nk y ayam bkar tue....;-))

    ReplyDelete
  8. @skyline
    ecece..pdhal pndai je die masak..hehe

    ReplyDelete