Advertisement

Monday, 27 December 2010

:: Day 12_How you found out about Tumblr and why you made one ::

Hari 12
Isnin
20:56

Assalamualaikum

Selamat malam semua. hari ni nak sambung cabaran ke 12. macam mana korang tahu pasal TUMBLR. hah?apa benda tuh. serius, Mj taktau apa itu tumblr tapi tapi pernah dengar okey. cuma tak ambil tahu je tumblr tu pasal apa. so, kalau dah taktau tumblr tu apa, dah sah-sah la saya tak buat tumblr,haha. mengikut kajian dr.Mj [wah, poyo kejap disitu], tumblr nih lebih kurang macam blog jugak lah. nak mengeksperisikan [taktau dah nak eja macam mana,haha] luahan hati korang dengan cara yang sangat amat kreatif gitu. dia ada banyak features yang Mj tak ingat pun,haha [alah,benda-benda biasa, ada posting-posting gitu]. setakat yang Mj tengok, dorang letak banyak pic dalam post. besar besar tahu. haa,maybe tuh kot kelebihan dia boleh letak pic sebesar-besar yang mungkin haha [kalau salah jangan marah eh]. Mj rasa seronok kot tumblr [ada niat nak buat lah tuh],hehe. tapi takpe lah. dah lah dengan facebook yang 24jam tanpa henti tambah blog lagi lepas tu nak buat tumblr pulak?!hentikan la wahai Mj..haha.

okey, disebabkan taktau pasal tumblr kita cerita pasal blog lah ea. Mj tau blog dari mana ea??hmmm, tak ingat. mungkin dari cari maklumat nak buat assingment [eceh..konon] atau pape jelah. lepas tu mestilah kadang-kadang terjumpa blog kan. so, dari situ lah kenal blog. lepas tu mula lah cari ntah sape-sape punya blog nak baca kan. antara first blog yang Mj baca, blog Hanis Zalikha.

haa, sape yang tak kenal dia kan. baru-baru ni dalam suratkhabar siap frontpage lagi Hanis Zalikha atasi Siti Nurhaliza. malangnya, Mj taktau apa cerita disebalik tajuk tu sebab Mj tau dari internet [rasanya kat blog kot] je. memang lambat lah kau Mj,haha. lepas tu blog nurulcakapcakap [tau blog nih dari member Mj]. dia ni pun best kan kan kan. lepas tu mula la teringin nak buat blog walaupun tau kebanyakkan yang tulis blog rata-rata Mj tengok memang berbakat habis la. Mj pulak jenis yang memang tak berbakat habis lah [tapi ada hati nak buat] haha.

tapi satu yang Mj suka pasal blog dorang punya layout. wahh,memang kebabomm la. Mj nak buat camtu jugak la nanti. satu hari nanti pasti akan kedababombombomm...hahahaa. so, secara kasarnya Mj buat blog memang untuk suka-suka. dah kena la dengan trademark tu [sukesukimj] haha. lepas tu nak kata pasal dapat duit dari blog tu taklah jugak. sebab bila tengok nuffnang tu Mj macam ragu-ragu je. bukan setakat nuffnang je, adsense google tu pun [betul ke adsense?hehe]. betul ke tak benda nih,haha. dan Mj tau kalau kita klik kat iklan tu mesti tuan punya iklan dapat duit. sebab tu Mj tak akan tekan iklan [haha,motifnya taknak orang tu dapat duit, takpe tak?]. tapi bila member Mj ada buat nuffnang tu, mula la sibuk tanya dia, haha. maka, orang kata kalau ada rezeki tu ada lah. yang penting usaha, ye dak?. okey lah hari ni kemas bilik, tak siap kemas lagi tu. nak mulakan fasa membuang baju-baju lama pulak. sayonara semua.

nota kecik:
*sambil kemas bilik jumpa barang lama yang sayangnyee nak buang!

2 comments:

  1. weh weh weh! hehe.
    menatang tumblr ni best ke ek?? mcm teringin je nk ade 1. tapi takot blogspot diabaikan.. heehe

    ReplyDelete
  2. @nohfee
    try la buat..agak2 best gtau Mj tau..hehe..wat jadual, time nih blog, time tu tumblr..haha..

    ReplyDelete