Advertisement

Wednesday, 22 December 2010

Hukum Bulu Kucing

Assalamualaikum

Hari ni Mj nak cerita pasal bulu kucing. Mesti ramai bela kucing kan. Mj ni pun mula mula takut nak pegang kucing,haha. Lagi lagi kalau kucing yang besar tu. Mj ada sorang seekor kucing dewasa dan empat orang anak buah,hehe. Takut nak pegang sebab takut kena gigit je,hehe. Dan, hari ni dah kena gigit pun dengan si kecik sorang tuh. Tapi, sekarang ni dah mula pegang pegang, belai belai manja gitu,hihi. Haa, masa pegang pegang, belai belai tu mesti ada bulu kucing melekat kat kita kan. Maka, apa hukumnya bulu kucing yang tertanggal nih?

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing je kawan-kawan, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, bab al-Najasah, jil. 1, hlm. 115)

Hubungannya dengan Solat

Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat solat. Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka solat itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil.1, hlm.175)

Maka, marilah kita jaga kebersihan diri kita untuk solat yang sah dan juga kucing kita supaya sentiasa cantik. Sharing is Caring is Loving ^_^

hai, watashi wa Nikki desu. bukan saya ea yang gigit Mj, adek saya yang gigit.
[haha, nanti nak panggil dia Ryo ke Kyo ea macam dalam cter fruit basket tuh]

sumber/credit: Majalah Solusi

nota kecik:
*Mj suka Nikki sebab bulu dia cantik dan banyak kali dia datang dekat Mj [haha,nilah orang kata pilih bulu] dan dia anak kedua sama dengan Mj.hehe.
*Majalah Solusi Bil 27 bakal keluar..tak sabar nak beli..=)

3 comments: