Advertisement

Thursday, 16 December 2010

Putus Asa Itu Membunuh!

Assalamualaikum

Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk beku itu, tetapi tidak berdaya. Dia menjerit, tetapi tiada siapa yang mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap kedalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya? Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini pekerja itu benar-benar berputus asa. Dalam hatinya terdetik, kali ini matilah aku.

Dirasakannya kedinginan bilik itu semakin menggigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada siapa yang datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis...surat wasiat! Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat kepada isteri dan anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yang mencengkam sampai ke tulang. Keesokkan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja yang lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat di tangan.

Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Kerana kesejukkan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik sejak semalam telah dimatikan!

Pengajaran: Putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati.Malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. Hiduplah selagi hidup. Berusahalah dan berjuanglah berbekalkan satu harapan. Keep hope alive!

credit: Majalah Solusi

6 comments:

  1. oleh itu, jangan pernah kita berputus asa(bak kata org2 indonesia. hehehe)

    ReplyDelete
  2. haha kadang² tanpa sengaja kite TERputus asa. :(

    ReplyDelete
  3. @z a n a
    pas2 tak perasan kite dah TERputus asa..(ada ke cm2?..hehe)

    ReplyDelete
  4. byk typing error ney yunk..
    eheh,,copy paste je eh?
    hehe..

    ReplyDelete
  5. @Fatma Hanizah
    adehh..cane leh tak pasan nih..haha
    xpe2, nih da betolkan..haha
    bkn copy paste..taip semule jek..=p

    ReplyDelete