Advertisement

Tuesday, 28 December 2010

Sayang Mereka!

Assalamualaikum

hari ni subuh-subuh dah bangun [op koz la kan] dan tak terus tidur. biasanya memang Mj tak tidur lepas subuh tapi bila dah duduk duduk rumah jadik lain pulak,hehe. mana taknya, dengan gelap gelita lagi sape la yang tak tergoda kan. lepas tu terus pergi mandi, ha mandi time subuh-subuh kan tau tak sejuk, brrr. tapi mandi time macam ni sangat elok untuk badan kita dan kita memang harus mandi sebelum subuh ni tau. dan lagi, kalau kita mandi lepas dah subuh tu rasa tak air dia lagi sejuk dari yang sebelum subuh tu. tak rasa?haha. Mj sorang jelah kot yang rasa. takpe takpe yang penting mandi oke. tiba-tiba cerita pasal mandi dengan berjelajela. haila..

okeh la nak sambung kemas my almari pulak. sebab semalam dah kemas-kemas sesi buang barang, maka hari ni buang pakaian yang dah tak guna la pulak,kan. malangnya, takde satu baju pun yang tak guna. semuaaaanya Mj guna,haha. walaupun tak selalu pakai tapi elok lagi. kan sayang kalau dibuang,hehe. haa, semalam time kemas-kemas nak buang barang lama terjumpa [bukan terjumpa, memang letak bawah katil pun haha] satu file box nih. file box ni ade macam-macam tahu. file box nih jugak hadiah dapat ape ntah masa form 2 [taknak bagitau pasal apa,haha]. dalam tu ada la macam-macam. macam-macam yang macam sayanggg je nak buang. haa, korang ada tak rasa camtu?kalau ada bagus lah, nanti rumah penuh dengan barang yang sayanggg nak buang tapi tak diguna pun,hehe.

nampak tak ada apa?tak nampak?haha, takpe takpe takyah nampak pun takpe. asalkan nampak macam file box sudah,hehe. ada hanamichi disitu. suka gila anime nih, tapi tak tengok pun ending dia. nanti nak baca online komik la. hari tu baru habis baca hot gimmick. memang tak tidur malam la dok baca komik.ish ish ish. okey, then ada la something yang macam tips/renungan, cerita bahasa arab pun ada tahu [cerita untuk oral bahasa arab time sekolah dulu-dulu,hehee].

maka, hari ni pulak kemas almari yang tak macam almari sebab dalam almari tu bukan ada baju Mj pun. lagipun Mj ada dua almari,hehe. so, bila dah kemas ni Mj asingkan baju-baju kurung letak kat almari yang besar sikit sebab boleh main gantung-gantung. [tak suka lipat baju!hehe]. maka, dalam almari tu adalah barang-barang yang dapat time birthday, yang beli sendiri. ada ke simpan dalam almari baju,haha. yelah taknak bagi adik Mj sibuk dengan barang Mj. nanti mesti dia kata, nak ngah. ewahh, sedap-sedap dia je nak barang orang. tak boleh!ha ha,kedekut tak kedekut.hehe.

nih antara barang yang my adik sibuk nak. comel kan. jam nih beli kat mana pun dah tak ingat,hehe. eh,kejap kejap..dah ingat beli kat mana. haa, dekat pasar/ekspo dekat kuantan. ke masa ada jom heboh ea?hmmm..tiba-tiba konpius kejap. tak kisah la yang penting kat kuantan. lepas tu bila window shopping dekat gift shop nih mula la nampak macam-macam jenis jam. wahh, memang ada niat la nak beli. tapi nasiblah tak beli sebab Mj ada bestfrenzz yang sangat sangat menghalang Mj beli. dia kata camni, 'beli jam loceng pun bukan dengar'. adehh..orang nak beli sebab dia cantik, menarik, bukan sebab nak dengar loceng dia masa pagi-pagi,hikhik [gurau je eh]. seterusnya...

cawan-cawan kesayangan Mj. sangat gila kumpul cawan. lagi-lagi cawan yang mulut besar tu. kan ke comel tu,kan kan kan. sebahagiannya dapat masa birthday, masa sekolah dulu, masa beli sendiri, masa beli dekat jom heboh tv3 pun ada. haa, ada satu lagi cawan jom heboh tv3 yang jenis mulut besar tu tapi dekat mak dan ayah Mj lah. ayah Mj buat tempat isi duit syiling. Mj pulak buat tempat isi pen dulu-dulu,hehe. last sekali..

taadaaa...birthday present!masa study je dapat birthday present nih. kalau kat rumah jangan harap lah dapat,hehe. Mj tak kisah pun okey dapat ke tak. haa, tapi yang balang kaler biru bereben-reben tu mak Mj bagi. dalam tu ada potpuri [eh?camtu ke eja dia?]. lepas tu yang semacam telur tu, adik yang sibuk nak semua barang-barang Mj bagi. tiap kali birthday abang-abang dengan kakak dia, dia bagi telur yang ada tulis bulan lahir,haha [motif??]. then, Mj juga suka kapal tuh [thanks ea kamoo yang bagi]. berhajat nak kumpul kapal pulak sebagai hobi baru tapi belum ada kesempatan. nasiblah dapat time birthday,hehe. cawan yang pakai ala-ala topi konvo tu pulak, my bff bagi. tahu tak dia sangat kreatif. dengan sekeping [or beberapa, hehe] kertas je, dia boleh something yang tak dijangka. cayalah. okey, dan itu sahaja cerita almari saya. sekarang dah tak tahu nak letak kat mana barang-barang tu. kena la cari kotak. okey lah, nak jalan-jalan tengok orang.

sayonara~~

nota kecik:
*nak tukar template b&w..tapi lepas buat shoutbox tu rasa macam alahaii, cantik la pulak,huhu. macam mana ni???@_@

8 comments:

  1. hehe bgus jgn tdo pas subuh..hehe

    guna je brg lama slagi boleh guna..keh keh

    tuka template?biru ni pun lawa apa:)

    ReplyDelete
  2. @aNnE
    hehe..betul2..
    feveret kaler b&w tp slalu tersasar plih kaler..hihi..

    ReplyDelete
  3. bgs2 bgn subuh pas solat trus mandi..
    huhu sjuknya..
    byk btl brg mija..
    blh wat koleksi brg2 antik nie hikhik

    ReplyDelete
  4. hehe da juga ehh suka kumpul cawan hehe :D
    emm fatin suka yang smile tu :D
    suka baca buku netball tu(tajuk apa tah x ingt hehe) hehe

    ReplyDelete
  5. @skyline
    hhaha..pas2 msuk buku rekod malaysia..haha..=p

    ReplyDelete
  6. @fatin hanani
    kumpul cwn jugak ke..?msti lgi byk dri Mj kan..nak satu,hehe..netball ea,nk crk la nnt..=)

    ReplyDelete
  7. Ada jugak org kata mandi sebelum subuh bagus , tapi b lupa laaa pulak ap kebaikan dia. Insyaallah nanti b tanya dia b btau MJ ehh.

    ReplyDelete
  8. @azilahaziz
    bkn org je kate..galakkan dari Rasullullah s.a.w jugak..cume Mj lupe je nak tulis kat ctu..hehe..okey, nak tau kebaikkannye lg..boleh tmbh info bru..=)

    ReplyDelete