Advertisement

Monday, 31 January 2011

:: Day 30_Who are you ::

Hari 30
Isnin

Assalamu'alaikum semua! countdown..3..2...1...DONE!

yeay!hari terakhir untuk cabaran 30hari. macam cantik je habiskan dalam bulan Januari, hehe. dan soalan terakhir kena jawab adalah Who Are You??ada ke patut tanya mj sape sepanjang buat benda nih. malas lah nak cerita lagi. dah banyak sangat cerita dekat cabaran yang lepas, haha.




  saya suka hitam sama putih..


 saya suka wedges dan lagi lagi heels yang bertali

 saya mau kerja, ada kerja kosong?hehe

 L L dan L..haha

nota kecik:
*cerita korea dah nak habis...nasib baik ada ulangan..

Contest Blog Paling Cantik, Comel dan Kemas!

Assalamu'alaikum.

jom join contest! terima kasih cik sya sebab tag mj.

Syarat-syarat penyertaan :

1. Jadi follower FARZANA FARZANTO. (klik nama tu ea)
2. Peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
3. Ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja. . 4. Buat 1 entry tentang contest ni.
5. Tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
6. Letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
7.Setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
8.Penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
9. Dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
 

5 blogger yang ditag : CikguHanini, Cik Fyza, Liyana Nana, Masis, MizzNanas.

nota kecik :
*tinggal lagi sepuluh hari je, cepat join...

Sunday, 30 January 2011

:: Day 29_In this past month, what have you learned ::

Hari 29
Ahad

Assalamu'alaikum

dah sampai hari ke dua puluh sembilan. besok hari ketiga puluh. rasa sedih pulak, haha. drama je lebih.sepanjang buat benda alah ni, macam macam rintangan dan halangan mj jumpa, haha. drama lagi!. ape je ek yang mj belajar..macam macam benda mj belajar. dari blog tak berapa nak cun lama lama jadik cun dah walaupun tak cun sangat. okey lah tu kan, haha. 

 maka, setelah menyibukkan diri dengan dunia blogging banyak perkara yang mj baca dari blogger yang lebih dulu dan berpengalaman. ada perkara yang kita boleh dengan blogging dan ada perkara yang kita tak boleh buat dalam erti kata melanggar etika seorang blogger. antara yang paling tak disukai adalah copy paste entri orang lain dan tak beri kredit pada tuan empunya entri tersebut. benda macam ni boleh jadi isu panas tahu. banyak lagi sebenarnya, tapi malas nak tulis, hehe. takpe kan.

haaa, yang ni mj paling suka. belajar edit blog sampai juling bijik mata hengkau, haha. serius, seronok je rasa bila benda yang kita edit tu menjadi. mj mula edit part mana entah, tapi rasanya bahagian komen kot. lepas tu tukar template blog. yang ni memang giler kejap lah, asyik rasa nak tukar template je, haha. mungkin kekal dengan yang ni kot, hehe, walaupun coding template ni tak sama macam tutorial kebanyakkkan blogger lain tapi mj dah macam agak paham nak edit bahagian mana mana.

sekarang nih pulak mj suka edit header. ni dah jadik macam hobi kot bila tiap kali masuk blog lain mesti nak tengok header dia dulu, haha. mj suka tengok dorang design header blog dorang, cun cun dan mantap-mantap je. wahh, kalah lah blog mj ni. sekarang ni pun rasa macam nak ubah lagi header, haha. ehh, tak kot sebab macam dah cun je, haha. tak jadik tukar, hehe.

selain tu, sudah tentu lah dapat berkenal-kenalan dengan blogger lain. nak kenal blogger lain bukan senang tahu. kenalah rajin blogwalking, komen komen entri dorang. lainlah mj ni hebat dalam menulis blog, kan kan kan hehe. suatu hari nanti pasti boleh jadik hebat, yeah! tapi kena lah hebat dengan cara yang betul, ye tak. dan lagi satu, selama sebulan ni macam-macam contest giveaway mj join. ternyata join contest dekat blog lagi senang, haha.

boleh tak nak tamatkan entri ni macam tu je, hehe. maka, sekian lah dari sukesukimj. selamat bercuti semua!

nota kecik:
*mj belajar menulis jugak, selama ni tak tahu menulis hahaha. =_="

Saturday, 29 January 2011

:: Day 28_A picture of you last year and now, how have you changed since then? ::

Hari 28
Sabtu

Assalamu'alaikum

mak aihh...panjangnya tajuk. malas mj nak pendekkan, haha. maka hari ni tak mau cerita panjang lebar macam tajuk tu. kita terus tengok gambar ye. asyik mintak gambar je, tak mencabar betul, haha. 

gambar ni masa tahun lepas


maka, ini gambar pada tahun ini..


dan juga ini...


banyakkan perubahan..haha. dari manusia bertukar jadik kucing. lepas tu bertukar jadik ayam pulak, hahaha. okey lah macam ni ye, gambar tahun lepas tu maksudnya boleh keluar jalan-jalan sebab tengah belajar lagi di Kuantan. maka, walau tiada kenderaan sekalipun kita still boleh jalan-jalan ke bandar dan ke pantai. untung kan kawan dengan orang yang ada boipren, haha. 

lepas dah habis belajar sesi duduk rumah lah pulak. jaga lah anak-anak buah yang tak reti duduk diam. kan dah kena kurung. mereka kuat makan tahu. sarapan pagi dorang dah makan. lepas tu giliran mj pulak sarapan dorang nak jugak makan lagi. kalau ada cekodok, cekodok lah dorang makan. roti pun dorang makan. kuih-muih pun dorang makan. lepas tu masa tengah hari memang time dorang makan. dah bagi makan pun kadang kadang sibuk mintak lagi. haila..pendek kata apa yang kitorang makan, dorang pun nak join makan jugak. haaa, petang pun dorang makan jugak!

apa kaitan gambar ayam pulak nih?haa, ni nak gambarkan bila duduk rumah jugak sesi makan makan sampai dah tak larat nak bangun pun bermula, haha. lagipun memang hari hari makan ayam. sampai incik mak tak tahu nak masak gaya apa lagi, haha [macam dah pernah tulis je ayat nih, haha]. maka, sekian la transformasi mj ke kucing dan ke ayam. 

nota kecik:
*hari nih edit pic dengan PS dan Photoscape..dah tak main picnik picnik, hehe. [suke picnik lagi tau]. seronok bangat jumpa tutorial edit pic guna PS.

Friday, 28 January 2011

Mengawal dan Menahan Kemarahan

Assalamu'alaikum semua...

hari ni Mj login blog guna google chrome. sebab mood nak guna mozilla dah bertukar. panas hati lah dengan sang mozilla, boleh pulak buat hal lambat nak loading tiba-tiba. memang marah la kan. nasib saya agak penyabar, hehe. kalau tidak habis nabby ni mj kerjakan [sanggup ke?haha]. adakah anda tahu siapa yang tiada perasaan marah adalah tidak normal?haaa, mesti semua ada rasa marah kan. marah yang macam manakah korang?

jangan marah laptop korang, nanti die merajuk sape yang susah..korang jugak..haha..

pagi tadi dengar IKIM.fm cerita pasal mengawal kemarahan. menurut Yg Bhg Ustaz Muhd Sukki Othman, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM marah itu fitrah manusia. haa, jangan ingat cinta je yang fitrah manusia. maka, orang yang takde perasaan marah itu tidak normal lah. hati sejuk beku. tapi, kalau marah yang melampau-lampau pulak lagi lah sakit jiwanya itu. oleh itu, yang paling baik adalah marah yang sederhana.

maka, sape yang suka marah-marah tu boleh kawal kemarahannya. caranya kena banyakkan istighfar. bila marah je ingat Allah, Insya Allah hilang marah tu. kalau tak boleh jugak kita kena beralih tempat. maksudnya kalau kita tengah berdiri masa tu, kita duduk. rasa macam marah je lagi kita baring pulak. rasa marah lagi kita tidur je. tiba-tiba dah tidur pun rasa berapi je lagi, moh ler kita berwudhuk dan buat solat sunat. api haruslah disimbah dengan air, tak gitu. mudah-mudahan marah tu akan hilang perlahan-lahan. ^_^

Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a. daripada Nabi S.A.W. yang bersabda:
sesiapa yang menahan marah sedangkan dia boleh melepaskan kemarahannya, maka pada hari kiamat Allah S.W.T. akan memanggilnya dihadapan semua makhluk, kemudian dia disuruh untuk memilih mana-mana bidadari yang diinginkan olehnya. (Hadis riwayat Imam Tarmizi)

kesimpulan hadis:
1. galakkan supaya memendam kemarahan
2. nilai memaafkan orang lain ketika mampu, sama dengan orang yang insaf.
3. kekuatan mental dan kekuatan fizikal akan jelas terpamer dalam situasi yang tertekan sehingga boleh membangkitkan kemarahan, apabila seseorang itu dapat mengawal kemarahannya dan dapat memendam perasaannya.
(hadis ni keratan akhbar yang mj simpan dulu-dulu berkenaan menahan kemarahan)

argghhh...aku kapak gak korang..(uish, bahaya dia nih)

menurut Ustaz Muhd Sukki Othman lagi, kalau kita nak lepaskan kemarahan boleh. tapi jangan lepaskan kepada sesama makhluk. bila marah je, mj serang adik mj ke kawan mj ke binatang mj ke. itu cara melepaskan kemarahan yang salah dan boleh buat kita berdosa dengan makhluk tu pulak. dan boleh buat orang tu berdosa jugak sebab marah kita balik dan buatnya dia serang mj sebab tension asyik kena marah je, hehe [mj baik tahu, haha]. jangan buat ye kawan-kawan. nak lepaskan kemarahan tu pergilah menjerit kat tempat yang takde orang. nak menjerit dekat batu pun boleh, hehe. haaa, lagi satu ada kan kalau kita marah je rasa nak campak telefon rumah kerusi meja pinggan mangkuk semualah bagi puas hati. yang ni pun tak boleh ye kawan, sebab merosakkan harta benda itu membazir dan membazir itu amalan siapa??korang tahu kan. maka, rasa nak campak barang je bagi mj, hehe.



akhir sekali, bila marah kita kena bersabar, walaupun rasa macam dah tak boleh sabar dah nih. kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar ^_^. dan jangan fikir marah kita je, marah Allah lagi dahsyat tahu. semoga diri ni bertambah rasa kesabaran.

sumber gambar : google =)

nota kecik:
*menjahit salah satu terapi sabar, yeke?. tapi tak suke menjahit sebab mj tak sabar [cakap jelah tak reti menjahit, haha]. nak cari terapi lain yang boleh upgrade sabar. contohnya, bersabar guna sang mozilla ku yang lambat tu, hehe.

:: Day 27_Why are you doing this 30 day challenge ::

Hari 27
Jumaat

Assalamu'alaikum..selamat hari jumaat semua!

kenapa saya buat benda alah yang dipanggil 30 day challenge ni atau dalam bahasa sedapnya cabaran 30 hari, hehe. sebab sebab sebab...masa tu saya tertarik dengan blogger yang buat benda ni. dan tiba tiba je rasa nak join sepuluh jari [bukan sekaki tau sebab menaip guna jari, haha]. sebab lain mungkin sebab tak tahu nak tulis apa kot, [huh?]. mana boleh tak tahu nak tulis apa. ish ish ish, tak berbakat sungguh kau ni Mj..haha.

secara kasarnya buat benda ni sebab rasa nak buat lah, hehe. setiap satu hari ada tajuk-tajuk dia. tak payah susah kau nak fikir tajuk. tinggal tulis isi dalam je. tapi dah bagi tajuk pun lama Mj nak siapkan cabaran ni, haha. yelah, kadang kadang  kalau tajuk tu diberi awal-awal rasa macam tensen je nak tulis [apakah?]..haha. macam zaman sekolah dulu-dulu lah. dia bagi tajuk korang buat la karangan mengarut papepun janji menarik. haa, ni yang Mj selalu gagal. dulu Mj lah paling lambat nak buat karangan. terlampau banyak sangat fikir, haha. nak guna bahasa yang bombastik lah konon. alih alih dah sampai tarikh kena hantar, Mj sorang sorang je berjaga tengah malam sibuk siapkan karangan. dan tiba tiba Mj cerita pasal karangan kat korang, haha.

tapi itulah maksud yang nak disampaikan kat sini [korang paham ke tak maksudnya apa?hehe]. Mj memang lemah bab-bab menulis ni. nak tulis kad ucapan pun macam tak tahu nak tulis apa, haha. tapi orang kata latihan jadikannya sempurna [practices make perfect, haha]. kalau kita tak pandai mengarang bunga jiwa bangsa sekalipun, kalau lama-lama menulis mesti ringan je tangan tu nak cerita apa kan. yang penting pemeriksa suka dengan apa yang kita karutkan, haha. nampak kan Mj dah menulis sampai tiga perenggan. hebat hebat!maka, Mj nak berhenti setakat ini sahaja. kalau lama-lama nanti lagi panjang benda yang tak patut keluar, haha. haaa, dan lagi cabaran nih banyak cerita pasal diri Mj. maka, sape-sape yang rasa nak tahu pasal Mj boleh geledah siri cabaran ni, hehe. Mj tak nak cakap 'macam ada je orang nak tahu', kita kena optimis dan positif setiap kali menulis, setiap kali bangun pagi, setiap kali keluar rumah dan semua perkaralah. tak rugi kalau takde sape baca, kan. tapi berbesar hati kalau ada yang baca, hehe.

nampak tak Mj dah memanjangkan perenggan tiga di atas, haha. Mj memang tak pandai nak seimbangkan perenggan penulisan, haha. okey kali ni betul betul berhenti menulis. noktah!

nota kecik:
*eh, tak berhenti lagi..haha. nak pergi makan..daa~ ^_^

Thursday, 27 January 2011

Chocolate Indulge & The Muffin

Assalamu'alaikum..

semalam malam [26 Jan] sambut birthday incik mak yang ke 54. sambut biase-biase je tapi best lah. dapat makan kek. dapat makan muffin. dapat minum air teh [hehe]. hadiah apa Mj bagi kat incik mak?haa, Mj bagi muffin yang diimport khas dari The 7th Muffins [import la sangat]. tu yang dapat makan muffin. sedap tahu. meh nak tunjuk sikit gambar semalam [tak boleh banyak-banyak nanti muak, haha]


tiba-tiba cik ayah bawak balik ni..hehe


choclate indulge yang ada 8 layer..
kotak tu lah ada muffin


sedap tahu ^_^
nak muffin jugak?boleh menjenguk The 7th Muffins

okey..selamat malam!! ^_^

Biodata (?) MJ

Assalamu'alaikum...

 tenkiu cik nanas sebab tag Mj..sape cik nanas?haha..cik yang jual nanas la..hihi, gurau gurau je ek. banyak ni soalan yang kena jawab. kalah exam spm..haha. [tipu tipu!]. mari baca jawapan Mj..haha.


1. APAKAH STATUS ANDA?



2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

Nama Glamer : Mizs Jah aka MJ
Nama Penuh : Orked Puteh [haha]. silalah cari dalam fb kalau nak tau nama penuh..haha.
Umur : 20++
Hari Lahir : love Ogos!
Pekerjaan : kakitegaronline (?)
Rumah : merah [masa sekolah rendah], biru [sekolah menengah]..hoi, bukan rumah sukan lah..owhh..kat selangor je..haha..
Suka : hitam dan putih dan sedikit pink [haha], duduk sorang-sorang sambil berangan-angan mak jah..haha
Benci : benci bilang cinta..haha
Saya : kuat makan sampai sakit-sakit perut

3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

haha..adakah blog mj gorgeous??dah sah sah tak la, kan.

secara keseluruhan blog mj banyak pasal diri sendiri kot..lepas tu join contest sana sini [mana yang terdaya ye, hehe ]. nak buat tutorial?haha..tak mungkinlah kot..mj tak pandai ajar orang. tapi nak belajar boleh. eh, tutorial apa yang kau nak buat??? [haha]


4. APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?



sangat mencabar, penuh dengan warni warni [haha,apakah?], kadang kadang rasa takut dengan dunia blogging ni, boleh kenal blogger lain dan macam dah kenal lama je gaya...haha. yang paling best bila dapat belajar edit blog walaupun susah tapi rasa puas.



5. NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG

sediakan mental dan fizikal korang di tahap yang paling maksima, haha. 

6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA

ohoh, tak tahu la apa yang unik..blog Mj simple je. maka, uniknye blog mj adalah simple..[ apakah?haha]. haa, Mj suka publish post letak timing pelik-pelik sikit, haha. contoh macam sekarang ni lah. [pelikkah?unik kot]

7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG

selagi masih ada permintaan dari peminat-peminat..haha [ perasan perasan!].  selagi Mj rasa terdaya nak menaip ini blog dan impian Mj supaya dapat berjumpa peminat-peminat Mj [perasan lagi perasan lagi!!].

8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL

anda mangsa seterusnya...NELLY ANNE ZANA ANIS SYAMILA
kita tengok jawapan sape paling cun..haha..[ takde mj tipu je, tau korang punye lagi cun]

nota kecik:
*soalan ini telah diubah secara sukesukimj..nak yang ori klik nama cik nanas diatas. [soalan no.2 je pun, hihi]
*sakit-sakit dah hilang, sekarang datang sakit baru..sakit nak edit gambar je keje..haha

Tuesday, 25 January 2011

:: Day 26_What you think about your friends ::

Hari 26
Selasa

Assalamu'alaikum

selamat malam semua. mari sambung sesi cabar-mencabar Mj, hehe. lagi empat hari habislah ini cabaran. dah nak sampai ke penghujung. bravo..bravo Mj..haha. okey, cukup setakat tu intro kita.

sekarang, mari cerita pasal kawan. siapa yang tak pernah ada kawan boleh tinggalkan komen ea, hehe. dulu Mj rasa tak pernah ada kawan. betul tak tipu nih. [ke kau saje nak elakkan diri dari berkawan-kawan Mj?] eh mana ada. dorang yang takut nak kawan dengan Mj, Mj pun takutlah nak kawan dengan dorang jugak, haha. disini saya nak bagitau saya suka berkawan. sila kawan dengan saya! [heh, paksa ke?]haha.

apa ntah merapu. ni nak bagitau pasal kawan-kawan Mj. mereka semua sangat berbeza. yelah, perangai lain-lain kan tapi ada je perangai sama, kan? contoh suka shopping [ahah, paling feveret nih], suka gosip [haa, jangan gosip bukan-bukan ea], apa lagi yang sama ea. tak dapat nak fikir pulak, hehe. memang Mj suka berkawan. tak kisah la dengan sape pun. tapi sejak kenal apa itu talam apa itu dua apa itu muka. terus rasa tak payah ada ramai kawan pun takpe. terus rasa kenapa lah sibuk-sibuk nak kawan dengan orang [kawan lah dengan kucing, haha].

maka, cukuplah Mj ada bff walaupun kitorang tak selalu jumpa pun. pendek kata berkawan boleh tapi tak nak over sangat lah lepas nih [macam sesi luah perasaan pulak, haha]. dan juga kawan-kawan sekelas. dorang semua sangat menyeronokkan, baik je, hehe. kawan-kawan blogger pun baik gitu..hehe. pendek lagi kata, kawan-kawan Mj memang baik baik la semua. taktau nak gambarkan macam mana lagi, hehe.

dapat gambarkan dengan ini je..


nota kecik:
*tiba2 diserang selsema..wuargghh..tak suke2..

"Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB"

Assalamu'alaikum

jom join giveaway ni..=)


Tarikh Tutup : 31 Januari 2011 

Tag:

February Give Away from Ardilla&Aimi

Assalamu'alaikum

hari ni kita ubah sikit cara join giveaway/contest. selalu letak banner penganjur kan. kali ni Mj nak terus perkenalkan diri, takpe kan..?

Mj seorang yang pendiam dan pemalu [tiap kali suruh cerita pasal diri sendiri mesti suka kata macam tu, hehe]. agak garang mengajar orang. boleh jadi kedekut [ biasanya dengan adik beradik, haha ] dan mj seorang yang rajin, teringin nak jadi popular [haha], lagi suka dipimpin dari memimpin, buat kerja sorang-sorang lagi cepat siap [biasanya kerja-kerja yang memerlukan kaki dan tangan(?)]. dan Mj suka ketawa, haha. [hakikatnya, Mj tak suka bila suruh perkenalkan diri kata saya dari sini sini ke sini, anak ke berapa2 semua tu, rasa macam tak best je bagitau, haha.]

ini gambar terbaik dari Mj

 ini gambar terakhir Mj bersama PA kesayangan (Penasihat Akademik). i love both of them.
terima kasih kerana mengajar saya, pensyarah ku yang tersayang.

Mj tag kawan-kawan baru Mj:


 Giveaway ini dianjurkan oleh Ardilla dan diadili oleh Kak Aimi




Closing Date : End Of February

nota kecik:
*mereka yang berminat pun boleh join. ^_^

Sunday, 23 January 2011

:: Day 25_What I would find in your bag ::

Hari 25
Ahad

Assalamu'alaikum
selamat berhujung minggu semua. korang pergi jalan-jalan ea. bestlah dapat pergi jalan-jalan. Mj ni habis-habis jalan depan rumah je takpun belakang rumah sebab sidai kain, haha. jalan-jalan la jugak tu kan. haa, korang jalan-jalan bawak beg tak?tak kesah la handbag ke, beg plastik ke, beg sekolah ke, hehe. apa yang korang letak dalam beg korang?mesti macam-macam korang sumbat dalam handbag kan. kalau laki yang bawak beg pulak?dorang isi apa eh. hmm, besenya laki bawak beg galas yang letak laptop dorang dalam tuh, kan kan kan.

Mj pulak letak apa dalam beg?haaa,nih nak cerita ni. Mj tak pernah guna handbag. masa kat kolej pun guna beg yang tali panjang tuh. tak pernah pakai beg yang macam ala-ala perempuan nih, hehe. lepas tu start sem 2 ke 3 barulah pakai beg yang ala-ala perempuan selalu bawak pergi kolej tu. tu pun puas kena bahan dengan member, haha. lepas tu lama-lama obses dengan beg pulak. setiap kali keluar je nak beli beg baru, haha. sekarang nih dah ada beg tangan kecik tapi tak guna sangat pun. suka guna handbag yang besar. maka, apa yang ada dalam beg Mj itu?


haruslah ada dompet kan walaupun takde duit dalamnya..haha

ni model henpon mj..ni la yg byk berjasa mengambil gambar..
ni pun model henpon mj..kalau nak sumbat lagu banyak-banyak guna henpon ni la..hehe

        sekarang guna lipbalm je..hihi..
mj baru guna pixy ni, sebelum ni guna silky girl
tapi bedak pixy tu pecah-pecah apsal ntah
 yg ni pun ada tahu dalam beg Mj..haha.

last sekali...


haaa..yang ni mesti ada lah kan tapi kadang-kadang selalu lupa nak bawak..hehe..

maka, hanya itu sahaja lah yang ada dalam beg Mj. kadang-kadang tu Mj tak bawak beg pun keluar. just bawak ic dengan duit je, hehe. kalau masa belajar dulu ada kunci rumah tapi sekarang dah takde kunci2 ni. tunggu kunci kereta jelah nanti, haha.

sumber gambar-gambar dalam ni adalah pencarian melalui Google dan juga mana-mana Blog yang terlibat. Terima Kasih ea d^_^b

nota kecik:
*nak sibuk masuk contest tapi masih mencari ilham..haha..
*nak jalan-jalan belakang rumah sekarang. tata~~

Saturday, 22 January 2011

:: Day 24_A letter to your parents ::

Hari 24
Sabtu

Assalamu'alaikum,
untuk cik ayah dan incik mak,
angah sayang kalian berdua sangat-sangat,
walaupun angah tak tunjukkan perasaan tu.
tak ada apa yang leih berharga daripada memiliki dua insan yang sangat menjaga angah.
i love u so so so so so much.



(harap mereka baca nih secara tak sengaja, hehe. atau patut mj tunjuk je kat mereka?takpelah biar sampai disini je.^_^)

Friday, 21 January 2011

Alhamdulillah - Perkataan Syukur yang Dilupai

Assalamu'alaikum..hari ni Mj nak kongsi artikel dari iluvislam.com. sape2 yang belum baca boleh lah baca. yang dah baca pun boleh baca lagi sekali..=)

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"

Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..
Artikel iluvislam.com

nota kecik:
*semoga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat Allah..=)

Terima Kasih dan Award

Assalamu'alaikum

semalam satu hari tak singgah blog cantik ni..haha [cantik ker??]. sebab semalam Mj pergi Kuantan setel kan pasal borang tamat pengajian dan ambil transkrip. ke hulu ke hilir la nak isi borang tu punya pasal. terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar Mj sampai dah habis belajar ni. terima kasih juga kepada kolej tempat Mj belajar. terima kasih jugak cik ayah dan incik mak dan honey yang teman Mj. jasamu dikenang lah, hehe. dan, terima kasih juga kepada Cik Sya sebab tag Mj atas award ni. tak pernah-pernah dapat tahu. tiba-tiba je i dapat you, hehe. terima kasih!



dan juga ada soalan..wajib jawab tahu! jom check jawapan.

1. Apakah nama betul anda dalam surat-beranak?
haila..kenapa suka tanya nama betul,hehe..nama saya hamizah binti abdul jalil

2. Sudah berapa lamakah anda berblogging dalam dunia blogger ini?
emmm, tak sampai setahun lagi..adalah dalam 9bulan..

3. Ape impian anda untuk menjadikan blogger ini pada tahun 2011?
lebih menarik mungkin..hehe

4. Kritikan dan pandangan anda tentang blog cik Syamila?[cik sya kata kena jujur, tak boleh tipu tahu..haha]
blog cik sya comel, ada info2 jugak..bagus lah berbanding blog mj nih..haha

5. Anda nak tak jadik pengikut setia cik sya? haha..jwb2!
apa eh..nak ke tak nak eh..haha..op koz la nak jadik pengikut..tapi setia ke tak tu tahu la lgi..haha..[gurau je]

6. Tag kepada 11 orang yang rajin
kak aimi, kak nad, nohfee, nelly, kak farhah, anne, ayu, si comot yg comel, zana, cik fyza, anis.

update: huhu lupe nak cakap perkataan keramat nih..TERIMA KASIH kepada yang sudi meninggalkan komen di blog mj nih..kepada yang jadi follower pun terima kasih jugak. sama-samalah kita mengeratkan lg hubungan ni..kerana dirimu begitu berharga..=)

Wednesday, 19 January 2011

Mozilla vs Chrome

Assalamualaikum..

selamat petang semua. amboi, tajuk macam nak bagitau kelebihan Mozilla dengan Chrome je. tak tak, bukan macam tu ye. macam ni Mj dah bertukar hari ni. bertukar apakah? sebelum tu nak tanya ni, korang pakai Chrome atau Mozilla?mesti ramai pakai Mozilla kan. oke, Mj sebenarnya nak tergelak pun ada, bukan nak gelakkan korang ye. nak gelakkan diri sendiri, hahaha. itulah, orang kata best view guna Mozilla tak nak dengar. nak jugak guna Chrome kesayangan tuh, haha. kan sekarang dah nampak perbezaan dia apa.

perbezaan 1
ini comment box yang selalu Mj nampak sepanjang guna chrome


perbezaan 2
 ini pulak bila guna mozilla the best view
(sila lah klik kalau tengok mozilla baru saya, hehe )

sebenarnya Mj tau ada tutorial yang akan kata tutorial tu best view dia guna Mozilla. tapi Mj ingatkan takde la perbezaan dia kalau guna Mozilla ke Chrome ke,kan. dan kalau tutorial tu kata best view dia Mozilla memang Mj tak buat lah, hehe. tapi disebabkan Mj buat tutorial cantikkan comment box anda daripada liyanalunia, Mj taktau pulak sebenarnya box tu rounded, haha. hari ni bila check semua blog yang Mj follow, wahhhh semua rounded rupanya, hahaha. haila..apalah kau Mj. tatak mau dengar langsung. 

Mj tak guna Mozilla sebab dekat nabby Mj nih, loading dia sangat lama, malas nak tunggu. lepas tu Chrome lagi menawan, takde bar bar yang menyerabutkan tu. bukan Mj guna semua bar yang ada. Mj just guna search bar je. sebab tu lebih prefer Chrome. walaupun tau boleh dibuang bar bar tersebut, still tak mau guna. tapi hari ni segalanya mengubah pendirian Mj, haha. baru nampak kenapa orang suruh guna Mozilla, hehe. terima kasih ye semua orang.

lagi satu Mj edit template blog member Mj guna Mozilla dan ikut tutorial amaramirah sepenuhnya. dan member Mj pun guna Mozilla, maka sedang elok lah tuh. masa edit member punya blog memang nampak la jadik rounded kat part-part tertentu. masa tu tak pikir pun Mj punya blog ada rounded, haha. tiba-tiba je hari ni, Mj bukak blog guna Mozilla, member Mj punya bukak guna Chrome. masa tu lah segala kebenaran terserlah, hahaha. lepas tu mula lah edit mozilla ni bagi cun kejap. set background dia [sebelum ni background kaler hitam rama-rama sekarang dah jadik hijau ladybird, ahaks]. buang bar yang tak guna tu. set google jadi home page.

kesimpulannya, guna Mozilla kalau kau rasa nak nampak rounded bagai tuh. guna Chrome kalau tiba-tiba mood kau berubah nak tengok petak-petak pulak, hehehe. dan guna Mozilla untuk blog, guna Chrome untuk fb dan youtube.

nota kecik:
*comment box tu dah diedit jadik bulat semua, sebelum ni tak bulat kan semua?hehe.
*ada cara nak lajukan load page mozilla tak??
*blog member Mj tak habis edit lagi sebab ada satu masalah yang tak diketahui, huhu.

Tuesday, 18 January 2011

:: Day 23_Something you crave for a lot ::

Hari 23
Selasa

Assalamualaikum

semalam berehat kejap dari blogwalking. Mj nak blogwalking selang sehari. okey tak?haha. padahal semalam nak habiskan tengok Hello Baby SHINee. gara-gara junior Mj lah nih. terus ketagih nak tengok sampai habis malam tu jugak sampai tertidur-tidur. bila tersedar, sambung balik tengok..haha. akhirnya tak tahan, tidur la jugak. tu pun sekejap je kot tidur. haa, agak-agak pukul berapa Mj tidur ea?hehe. sekarang nih nak habiskan lima episod yang ada lima bahagian! setiap satunya.fuuuhhh.

tinggalkan pasal Hello Baby tu sebab sekarang nih video dia tak habis proses loading lagi [ line takde!tak suke tak suke! ]. entry sebelum ni dah mengarut dalam bahasa omputih, dan banyak salah, hehe. nasib baik korang paham kan kan kan. adess, bila ntah nak pandai bahasa si omputih nih. takpe lah, kita sambung cabaran hari ini. hmmm, kena fikir dulu yang mana satu yang Mj nak sangat sangat. banyak nih. emmm,haaa..Mj nak sangat sangat kawen..huahuahua.. takdelah, sape yang tak nak kawen kan. [tapi jadi surirumah tangga memang penat..percayalah]. tolak tepi kawen tu, apa ntah suka sangat dengan kawen kawen nih.

kali nih betul betul punya. Mj nak sangat sangat sangat Nikon DSLR. mula-mula tu nak D5000. lepas tu fikir jap, wahh dah hebat sangat ke nak pakai D5000. maka, sekarang tak kisah la mana-mana pun asalkan Nikon DSLR. okeh tu sahaja. rasanya semua faham kan kenapa someone tu nak kamera sangat-sangat kan, haha.


ada sape-sape nak buat giveaway dia kamera tak???


nak letak jugak Minho..haha

Minho appa dan Yoogeun  ^_^


nota kecik:
*Mj suka polaroid camera dengan lomo camera [ lomo,kan?hehe]. sebab unik. nih addict dengan gambar ke dengan kamera??haha..
*Hello Baby tu variety show dekat korea. satu program dimana dorang ambil artis untuk jaga budak kecik. yang Mj tengah tengok nih kumpulan SHINee . Mj tengok sebab ada Minho..haha.
*Insya Allah nanti dapat kerja dah. nak buat bajet sekarang..![mj memang suka buat bajet2 nih]

Sunday, 16 January 2011

:: Day 22_What makes you different from everyone else ::

Hari 22
Ahad

Assalamualaikum. selamat malam semua. how your cuti cuti minggu?ada best tak? macam biasa cuti cuti Mj takde lah best pun. hanya duduk duduk di rumah melayan nabby, hehe. maka, what makes me different from everyone else. hmm, i don't know. am i different?or strange? or maybe..


adehh, how come you don't know about yourself Mj?!okey, what i really know is i am a shy girl and silent mode person haha. know what?since in Tadika Abim i never talked. just talked when i have to talked and usually to teacher only. see, how PENDIAM is Mj. 

then, enter SKSML i want to change [kononnya]. guess what, i never talked from Standard 1 until 6 until i enter SAMSMEL, haha. see, how different is me from everyone else. then, started form 4 i become talkative. by this time my school was SAMBBST, which is from SAMSMEL transferred to Salak Tinggi. hmm, it just move to a new place and new building and far from my home too!. the teachers, ustazah, ustaz, principal and student is still remain same. 

so, i have to stay at hostel which is first time for me. and i'm not homesick okey!haha. its take time to be talkative, haha. and i just talk with my dorm mates! at school, Mj is change to SILENT MODE, haha. and i just talked to boys little or very little. after that, went to college. at college i really really really talkative with my classmates, and BFF [of course la, hehe]. and, if you ask to my friends is it true that i am a quiet person?they maybe laugh or don't believe it. so the conclusion is kadang kadang dia boleh jadi banyak sangat cakaptanpahenti. kadang kadang dia juga boleh diamsepiseribubahasa. 

hey!come here you little 'poyo' bird!haha.

nota kaki:
*tiba-tiba jadik english, haha. sorry guys if have any mistake. =)
*tulis entry pun boleh tertidur..hahaha..

Ulang Tahun Pertama Blog Sembang Hari2

Assalamualaikum


mari join contest dari blog sembang hari2
apa yang disembangkan?
haaa, blog nih share maklumat tentang peribadi, keluarga minat, hobi, percutian, pelaburan, peluang perniagaan, tip-tip kesihatan dan pengalaman hidup saudara sembang hari2 ni di Mukah Sarawak secara santai santai je tau.

jom tengok hadiah contest nih. best tahu hadiah dia, dapat rileks2 kat homestay gitu.

Hadiah-hadiahnya:


Tempat pertama:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM50
Rebat Tunai RM50 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Tempat Kedua:
3 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2


Tempat Ketiga:
2 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM20
Rebat Tunai RM20 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Hadiah Mingguan (5 minggu):
1 unit Cloth Diapers (Baby Land)
(Diberikan untuk blog yang banyak menjadi pendorong untuk rakan blog lain menyertai contest ini)

Hadiah Pendorong terbanyak:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2


untuk makluman korang pemenang tempat petama hingga ketiga akan dipilih oleh saudara blog sembang hari2 dan juga isteri beliau

hadiah mingguan pula akan diberikan pada pendorong terbanyak pada minggu tersebut dan dikira berdasarkan bilangan pendorong yang ditulis pada hari Isnin jam 6.00 pagi hingga Ahad jam 12.00 tengah malam. maka, Mj kena taip benda nih laju2 sebab nak bagi nelly menang!!hehe.

Mj tag:
Kak Nad
Nohfee
Kak Noremy


terima kasih kepada nelly 
pendorong kepada Mj untuk join contest nih

Tarikh Tutup: 31 Januari 2011!!

nota kaki:
*fuhh..berdebar2 gak buat contest nih sampai tertekan publish..ehehe...


Saturday, 15 January 2011

Orang Lidi ke Ape Nih?

Assalamualaikum

petang ni tak nak bebel panjang lebar. just nak share orang lidi yang tak berapa nak jadi nih dengan korang. ada tutorial lagi tahu nak buat orang lidi ni macam mana. apa?korang dah tau. kalau dah tahu bagus. kalau belum tahu dan nak tahu boleh belajar kat sini. disebabkan mj ni memang jenis sibuk jugak lah kalau nampak sesuatu yang menarik. maka, sibuk lah jerit kat kotak chat tu. maka, dapatlah belajarlah daripada farhahzaidah cara-cara nak buat orang lidi. sebenarnya main cantum-cantum dan jadilah macam orang lidi. macam tulah kata kak farhah [mj panggil kak takpe ea, walaupun beza setahun..hehe]. jom tengok orang lidi Mj walaupun tak secantik kak farhah dan tak sehebat zackzukhairi. *tak bebel panjang lebar konon!


orang lidi dekat taman

kalau korang nak gelak, silakan. Mj tak marah, haha
dan tak nampak macam taman pun, haha
still tak pandai nak main dengan color dalam adobe photoshop tu, huhu.
Mj rasa orang lidi Mj ni tak bercantum betul-betul sebab tulah color asyik tak jadi je
sudahnya buat matahari dengan lolipop je, hahaha..dengan batu-batu tu [korang ingat budak tu main ape hah]


siapa nak boleh ambil ni dan tampal dalam belog korang. perasan sudahh..hahaha.
tapi Mj suka kot yang ni. yang ni semua buat guna photoscape.
mula-mula buat putih je. lepas tu..



nak buat hitam pulak!haha


suka dua-dua ni sebab kena dengan jiwa gitu. kata feveret hitam putih
korang boleh pilih nak lolipop ke ais krim ke kamera ke, kan
dan kenapa nak lukis lolipop ntah padahal tak suka pun..hahaha
[ sebab senang nak lukis je, hehe ]

nota kecik:
*mula-mula try buat guna tulisan comic sans, kali kedua baru mix comic sans dengan complete in him..^_^
*thanks kak farhah!
*lupe nak buat border utk yang hitam tu, hehe. eksaited lebih..haha.

Friday, 14 January 2011

:: Day 21_A picture of something that makes you happy ::

Hari 21
Jumaat

Assalamualaikum semua!selamat bercuti kepada blogger yang dah kerja dan juga yang study. mesti lega kan dapat cuti. macam Mj ni, memang hari-hari lega dapat cuti, hehe.

hmmm, gambar yang buatkan Mj happy ea. apa ya?macam..macam..macam semua gambar buat Mj hepi je, haha. apa ntah suka bagi jawapan selamat. sukesukimj la, kan. lagi-lagi kalau gambar korean or japanese artist, haha. lagi sekali?tak kan nak letak pic dorang lagi kot Mj. yelah, tak letak pun,grrrr..[tahan geram jap].

kalau ikutkan memang semua gambar yang diambil hanya menggunakan kamera henpon Mj ni, semuanya kalau tengok balik rasa seronok je. sebab Mj memang suka ambil gambar. Mj nak ambil gambar alam semulajadi ciptaan Allah. haa, ada impian tau. meh nak bagitau, impian Mj nak snap kilat dengan guruh berdentum dentam. oke, dengan guruh dentum dentam tu tipu je,hehe. dan pernah jugak bercita-cita nak jadik photographer jabatan forensik. konon-konon macam CSI la, haha. dasat tak dasat lah kan impian tu. tapi yang part nak snap pic kilat tu, betul betul rasa nak buat. agak-agak bahaya tak?huurrmmm..

oleh itu! antara gambar yang rasa seronok dan sejuk dan best dan apa lagi..haa, sebut je..

taaaa....daaaaa....


pelangi pagi satu

pelangi pagi dua

pelangi pagi tiga
opss, salah..ni batu pantai TC

tempat gambar : Kuantan
masa gambar : lain hari lain masa
tempat edit : Picnik, Photoshop

nota kecik:
*still suka picnik [dan picasa dululah] nk edit pic jdk macam pelangi tu. picasa dah hilang, malas nk install lagi
*tak reti lagi nak guna semua benda dalam photoshop tu, setakat bikin header yang biasa-biasa bolehlah
*soklan survey lagi! korang nampak pic tak kat entry Sengih Sekejap : Tanda-tanda Stress??

Thursday, 13 January 2011

:: Day 20_someone you see yourself marrying/being with in the future ::

Hari 20
Khamis

Assalamualaikum semua!

yihaa..dah sampai hari ke 20. tinggal sepuluh je lagi. kalau kau buat hari hari MJ, mesti dah siap! eh eh, takpelah tak buat hari-hari pun, kan. haha, dulu konon-konon nak buat hari-hari la, sekarang dah main lompat lompat pulak. bukan apa, kadang tu bb ni takde connection. kadang tu Mj ngantuk sangat terus tidur depan nabby [sekarang senang ngantuk sbb makan banyak kot,eheh]. kadang tu sibuk godek tutorial je. ish ish ish.

siapakah dia???

Mj nakkk kahwin dengan lelaki yang selalu Mj berangan [kuat berangan ni]. lelaki tu Mj taktau sape. angan-angan Mj selalu dengan lelaki yang memang tak wujud la watak dia dalam realiti. maksudnya takde berangan nak kahwin dengan leeseunggi ke yoseob ke, haha. nak korea je. eh ade lagi, matsujun ke ikuta toma ke. ish kalau nak senaraikan memang tak siap entry ni, hahaha. maka, Mj taktau dengan siapa. [ tak suka laki yang busy! ]

tapi!!haa, Mj nak berjumpa dan berkawan dengan 








nak berkawan dengan dorang aje, ish ish ish. =_="

nota kecik:
*nak survey jap..korang guna template designer or old template??kenapa?