Advertisement

Wednesday, 5 January 2011

Banjir Oh Banjir!!!

Assalamualaikum

lebatnya hujan petang tadi. dan lebatnya memang macam hari-hari biasa. yang tak dijangkalah akan membuatkan kitorang satu keluarga cemas tak tentu pasal. dan memang bestlah kan kalau tidur. tiba-tiba! incik mak kejut sambil cakap, 'banjir ngah!' [masa ni Mj tengah tidur,hehe]. huish, memang terus bangun la kan. tengok-tengok kat luar air dah naik.

apalagi mulalah kemas apa-apa yang patut. habis semua angkat letak atas katil. walaupun tak masuk lagi air tu, kena ambil langkah berjaga-jaga lah kan. ada sebuah rumah jiran dah banjir, then rumah Mj pulak memang nampak air tu dah melepasi longkang. tapi rumah jiran sebelah tak naik air nya, maybe sebab Mj punya depan rumah agak mencuram sedikit. maka, senang je lah kot kalau nak banjir. memang cuak tak hengat lah kan.

lepas dah angkat semua barang, kucing!! cepat cepat selamatkan kucing. dorang dah mengiau ngiau garang kat luar sebab dah basah kuyup,hehe. kesian korang.

masuk je azan maghrib, hujan dah mula reda. air pun dah surut. Alhamdulillah, tak banjir. tapi rumah jiran Mj tu jelah kot yang kena banjir. rumah jiran Mj ni rumah first kat tepi jalan. tepi jalan tu pulak jenis berbukit. bila hujan lebat memang air akan turun terjah kawasan perumahan yang kat bawah macam rumah jiran Mj tu dan jugak rumah Mj.

kitorang terkejut sebab dah lama rumah Mj tak kena banjir. last kena banjir pun dah tak ingat bila. incik mak dan cik ayah kata mesti sebab orang buang sampah campak je tepi jalan, longkang pun tersumbat lah. memang makin menjadi-jadi orang yang buang sampah kat tepi jalan ni. padahal dah terang-terang tulis amaran dilarang buang sampah.

tapi memang hampir tiap-tiap tahun kawasan perumahan Mj kena banjir dulu. biasanya dalam hujung tahun. masa tu belum upgrade sangat pun kawasan Mj ni, maka senang jelah kena banjir. hujan pulak lebat je tiap-tiap petang. mula-mula tak jangka pun akan banjir, tapi lepas dah kena sekali memang berjaga-jagalah bila hujan lebat lagi. ada tu sampai dua kali kot kena banjir. sampai pernah masuk tv3 lah kes banjir ni,hehe.

pernah sekali tu, memang tak sedar langsung tiba-tiba je air dah sampai muka pintu. kalau bukak je memang kena serang la dengan air. dengan barang yang tak angkat lagi, mula lah cemas masing-masing. incik mak pun apalagi cepat-cepat suruh cari selimut untuk hadang air tu daripada terus masuk sementara nak angkat semua barang ke tempat yang selamat. masa tu Mj ada katil double decker, haa, campak lah semua barang kat atas tuh,haha. tapi air tu kuat kan, sekejap je dah banjir rumah. banjir tu boleh naik sampai paras lutut dan ala-ala pinggang. bila dah banjir tak boleh buat apa dah lah. tinggal tengok jelah barang-barang yang tiba-tiba terapung atas air, lepas tu cepat-cepat selamatkan,hehe.

kemudian bila dah surut banjir, kena lah bersihkan rumah jam tu jugak. kalau tak nak tidur mana. memang penat lah, biasanya sampai tengah malam bersihkan rumah. tu baru bersihkan lumpur kat dalam rumah. belum lagi barang-barang yang kena banjir. memang sambung pagi besok la jawabnya. rumah Mj nih pulak banyak barang. ntah barang apa yang banyak pun taktau,hehe.

masa banjir nilah boleh buang barang tanpa rasa simpati,haha. alah, biasanya kain buruk tu je pun yang dibuang, dvd pun kena buang jugak. habis koleksi cerita mak lampir tu rosak, koleksi cerita senario, cd karoke nasyid. sejak tu memang dah tak beli cd/dvd nih. padahal dvd player ade je lagi [dan rosak tak lama kemudian,haha]. lepas tu rumah Mj memang banyak set pinggan mangkuk, memang patah pinggang la nak cuci. masa banjir dulu tu rumah Mj tak renovate lagi. ada satu bilik yang penuh dengan barang-barang. haaa, memang gempak lah kan nak cuci dia. kadang-kadang rasa macam rumah Mj je yang tak habis cuci lagi,hehe.

memang kenangan la banjir tu. dan tak sanggup jugak kalau kena lagi. sebab nanti kena cuci sampai tak hengat dunia,haha. tapi bagus jugak sebenarnya banjir nih kan. banjir ni secara tak langsung tolong kita buang apa-apa barang yang memang tak patut ada dalam rumah,hehe. jangan main air banjir sampai tak hengat dunia sudahlah.

nota kecik:
*ingatkan nak snap gambar banjir, tapi tak sempat pulak dah surut.hehe..^_^

8 comments:

  1. kat penang ni panas yang amat! tunggu masa nk hitam balik je.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. @nohfee
    da time dia la tuh nk panas..hehe..ehh, hitam itu manis..haha

    ReplyDelete
  3. banjir wehhh ??? bahaya nyeeee. jaga barang baik² aww. jaga diri ko skali ehh. ;p

    ReplyDelete
  4. @z a n a
    nyaris2 lah nak kena banjir semlm..huhu..kena jge2 lah pasni..=)

    ReplyDelete
  5. mj kene banjir jugak erk..jaga diri jgn main bnjir..walaupun dah surut..haha :)

    ReplyDelete
  6. @aNnE
    tak sempat nak main banjir, dah kena kemas barang..haha..

    ReplyDelete
  7. mj...! nohfee culture shock.. hr tu panas dekat penang, now asek hujan je kat selangor. aduh~

    ReplyDelete
  8. @nohfee
    sbb die tau nohfee nk sejuk la die hujan..hehe..hujan itu best..=)

    ReplyDelete