Advertisement

Tuesday, 4 January 2011

:: Day 16_Another picture of yourself ::

Hari 16
Selasa

Assalamualaikum

tak nak buang masa membebel [padahal taktau nak merapik apa] jom tengok lagi gambar Mj. entah kenapa lah, dekat blog ni lah Mj suka pulak nak letak gambar Mj.ish ish ish...

taa-raaaa


pernah dengar kan orang kata kalau ambil gambar kucing nanti mesti kucing tu mati. tapi kalau dah ajal kucing tu nak buat macam mana kan. macam tu lah yang Mj cakap kat adik-adik Mj sebab dorang kata mak tak bagi ambil gambar kucing. Mj tau incik mak tak bagi, sebab tu lah ambil sorok-sorok atau masa incik mak takde baru ambil,haha [tak baik sungguh]. 

tapi lepas nih dah taknak ambil gambar kucing [kot]. sebab kena dengar cakap incik mak lah kan. kalau tak ikut cakap mak nanti mesti jadik benda tak elok,kan. lepas tu mesti incik mak cakap macam ni, 'tu lah tak nak dengar cakap mak', tak pun 'kan mak dah kata, taknak dengar'..haha..lebih kurang macam tu lah. 

tadi tanya incik mak kenapa tak boleh sangat-sangat nak ambil gambar kucing ni?lepas tu incik mak pun menjawab, 'kan kucing ada sel-sel, nanti mati lah kalau ambil gambar dia'. hmmm, Mj tak kaji lagi pasal yang tu. tapi yang buat Mj konpius, kenapa yang ada pertandingan kucing tu rileks je dorang gambar,kan?korang pun mesti rileks je ambil gambar kucing,kan. takpelah, baik ikut cakap incik mak je, haha.

nota kecik:
*seekor kucing dah mati..dah la dia sihat je sebelum ni tiba-tiba pagi besok tengok dia dah tak boleh bangun. T___T

No comments:

Post a Comment