Advertisement

Friday, 28 January 2011

:: Day 27_Why are you doing this 30 day challenge ::

Hari 27
Jumaat

Assalamu'alaikum..selamat hari jumaat semua!

kenapa saya buat benda alah yang dipanggil 30 day challenge ni atau dalam bahasa sedapnya cabaran 30 hari, hehe. sebab sebab sebab...masa tu saya tertarik dengan blogger yang buat benda ni. dan tiba tiba je rasa nak join sepuluh jari [bukan sekaki tau sebab menaip guna jari, haha]. sebab lain mungkin sebab tak tahu nak tulis apa kot, [huh?]. mana boleh tak tahu nak tulis apa. ish ish ish, tak berbakat sungguh kau ni Mj..haha.

secara kasarnya buat benda ni sebab rasa nak buat lah, hehe. setiap satu hari ada tajuk-tajuk dia. tak payah susah kau nak fikir tajuk. tinggal tulis isi dalam je. tapi dah bagi tajuk pun lama Mj nak siapkan cabaran ni, haha. yelah, kadang kadang  kalau tajuk tu diberi awal-awal rasa macam tensen je nak tulis [apakah?]..haha. macam zaman sekolah dulu-dulu lah. dia bagi tajuk korang buat la karangan mengarut papepun janji menarik. haa, ni yang Mj selalu gagal. dulu Mj lah paling lambat nak buat karangan. terlampau banyak sangat fikir, haha. nak guna bahasa yang bombastik lah konon. alih alih dah sampai tarikh kena hantar, Mj sorang sorang je berjaga tengah malam sibuk siapkan karangan. dan tiba tiba Mj cerita pasal karangan kat korang, haha.

tapi itulah maksud yang nak disampaikan kat sini [korang paham ke tak maksudnya apa?hehe]. Mj memang lemah bab-bab menulis ni. nak tulis kad ucapan pun macam tak tahu nak tulis apa, haha. tapi orang kata latihan jadikannya sempurna [practices make perfect, haha]. kalau kita tak pandai mengarang bunga jiwa bangsa sekalipun, kalau lama-lama menulis mesti ringan je tangan tu nak cerita apa kan. yang penting pemeriksa suka dengan apa yang kita karutkan, haha. nampak kan Mj dah menulis sampai tiga perenggan. hebat hebat!maka, Mj nak berhenti setakat ini sahaja. kalau lama-lama nanti lagi panjang benda yang tak patut keluar, haha. haaa, dan lagi cabaran nih banyak cerita pasal diri Mj. maka, sape-sape yang rasa nak tahu pasal Mj boleh geledah siri cabaran ni, hehe. Mj tak nak cakap 'macam ada je orang nak tahu', kita kena optimis dan positif setiap kali menulis, setiap kali bangun pagi, setiap kali keluar rumah dan semua perkaralah. tak rugi kalau takde sape baca, kan. tapi berbesar hati kalau ada yang baca, hehe.

nampak tak Mj dah memanjangkan perenggan tiga di atas, haha. Mj memang tak pandai nak seimbangkan perenggan penulisan, haha. okey kali ni betul betul berhenti menulis. noktah!

nota kecik:
*eh, tak berhenti lagi..haha. nak pergi makan..daa~ ^_^

9 comments: