Advertisement

Saturday, 29 January 2011

:: Day 28_A picture of you last year and now, how have you changed since then? ::

Hari 28
Sabtu

Assalamu'alaikum

mak aihh...panjangnya tajuk. malas mj nak pendekkan, haha. maka hari ni tak mau cerita panjang lebar macam tajuk tu. kita terus tengok gambar ye. asyik mintak gambar je, tak mencabar betul, haha. 

gambar ni masa tahun lepas


maka, ini gambar pada tahun ini..


dan juga ini...


banyakkan perubahan..haha. dari manusia bertukar jadik kucing. lepas tu bertukar jadik ayam pulak, hahaha. okey lah macam ni ye, gambar tahun lepas tu maksudnya boleh keluar jalan-jalan sebab tengah belajar lagi di Kuantan. maka, walau tiada kenderaan sekalipun kita still boleh jalan-jalan ke bandar dan ke pantai. untung kan kawan dengan orang yang ada boipren, haha. 

lepas dah habis belajar sesi duduk rumah lah pulak. jaga lah anak-anak buah yang tak reti duduk diam. kan dah kena kurung. mereka kuat makan tahu. sarapan pagi dorang dah makan. lepas tu giliran mj pulak sarapan dorang nak jugak makan lagi. kalau ada cekodok, cekodok lah dorang makan. roti pun dorang makan. kuih-muih pun dorang makan. lepas tu masa tengah hari memang time dorang makan. dah bagi makan pun kadang kadang sibuk mintak lagi. haila..pendek kata apa yang kitorang makan, dorang pun nak join makan jugak. haaa, petang pun dorang makan jugak!

apa kaitan gambar ayam pulak nih?haa, ni nak gambarkan bila duduk rumah jugak sesi makan makan sampai dah tak larat nak bangun pun bermula, haha. lagipun memang hari hari makan ayam. sampai incik mak tak tahu nak masak gaya apa lagi, haha [macam dah pernah tulis je ayat nih, haha]. maka, sekian la transformasi mj ke kucing dan ke ayam. 

nota kecik:
*hari nih edit pic dengan PS dan Photoscape..dah tak main picnik picnik, hehe. [suke picnik lagi tau]. seronok bangat jumpa tutorial edit pic guna PS.

4 comments:

  1. Comellah Mj .
    hehehe

    ayam tu yang lapar jadinya . .

    ReplyDelete
  2. @nelly
    sape yg tak lapar kalau ltak ayam,kan..ihih

    ReplyDelete
  3. sume kucing mj ke?manyak nye...tomeiiiii

    ReplyDelete
  4. @sitihanisahali
    yup..dan kucing mj kate meeoowww (tenkiuuuu)hehe..=)

    ReplyDelete