Advertisement

Saturday, 1 January 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Assalamualaikum

terkejut seketika. Al-Fatihah buat  Allahyarham Faizal Yusof. Mj terkejut sebab baru je semalam tengokdia berlakon drama kat tv2 cerita Mak Yah Pening. tup-tup tadi bukak fb, ada member Mj post pasal Allahyarham. kemudian Mj terus cari maklumat lain dengan menggoogle secepat mungkin. menurut sumber ini, Allahyarham Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 2.30 petang tadi di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diberikan keampunan serta rahmat daripada Nya. Al-Fatihah.

dalam kita menyambut tahun baru ni, kita mungkin tak sedar apa yang dah terjadi kat orang lain, kan. maka, kita harus bersyukur dengan apa yang kita alami. macam Mj hari ni, Mj mungkin terasa hati sebab asyik dan kerap kali Mj yang akan buat kerja rumah, tolong mak masak dan sebagainya. walaupun, berkali-kali hati ini dipujuk supaya sentiasa bersabar namun seringkali perasaan tak puas hati nak jugak datang. Astaghfirullahalazim. 

kemudian, tiba lah masa untuk makan tengah hari, dan masa makan tu incik mak cakap macam ni, 'orang yang selalu tolong mak senang masa depan dia nanti, lagi bila dah kahwin nanti. sebab senang je nak buat kerja tak payah kena suruh-suruh. sendiri paham kena masak, kemas semualah'. masa tu Mj rasa macam ntah lah, lega ada berbaloi ada,hehe. masa tu dah macam tekad, taknak dah ada rasa tak puas hati kena buat kerja sorang-sorang ke. kan, nak jadik isteri solehah yang berjaya,eceh..hehe. walaupun Mj tak reti memasak kalau sorang-sorang, tapi bila dah lama-lama nanti [maksudnya macam time kahwin je,haha] mesti dah tau nak buat apa, ye dak?. maka, sempena tahun 2011 ni Mj taknak perasaan yang negatif tu datang, shuh shuh main jauh-jauh sana,haha.

nota kecik:
*dalam proses nak buat header...^_^
*selalu mention pasal kahwin, tp xdak calon pun..huahuahua..=)

6 comments:

  1. btul cakap adik. subhanallah :|

    ReplyDelete
  2. @Aimi Razman cube m'jadi positf smpena thun baru ni..mcm klaka je pggl Mj adik..hehehe...=)

    ReplyDelete
  3. nasib baik nohfee bukak page mj. baru taw, arwah meninggal. baru je tengok cerita tiramisu hari tu.. innalillah..

    ReplyDelete
  4. @nohfee
    al-fatihah buat allahyarham..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah...
    smga arwah berada diklngan org2 yang beriman dan solehah

    ReplyDelete