Advertisement

Sunday, 9 January 2011

Gunakan gambar Menutup Aurat sebagai profile picture

Assalamualaikum.


gambar dapat menceritakan segala-galanya. maka, rakan-rakan blogger juga mesti pahamkan apa yang nak disampaikan dengan gambar kempen diatas. sama-samalah kita menjaga aurat kita. mudah-mudahan dengan menjaga aurat kita, Allah akan menjaga kita juga. Insya Allah. walaupun korang rasa macam hipokrit pulak nak tutup aurat semata-mata nak buat profil pic, takpe. mana tau lama-lama korang akan kekal dengan menutup aurat, Insya Allah.

Mj pernah baca satu artikel ni, Mj tak ingat kat mana Mj baca. rasanya dekat Azzariyat.com [kalau tak salah ea]. dekat situ dia bagi contoh, kenapa seorang pelakon boleh berlakon dalam drama atau filem untuk jadi seorang yang baik, yang elok menutup aurat dan dia akan beri jawapan demi drama atau filem tu dia sanggup lakukan. demi drama, dia berlakon atau berpura-pura atau hipokrit jadi seorang yang elok terjaga auratnya. tapi bila dah habis berlakon kenapa tak boleh nak tutup aurat demi Allah?bila Mj baca artikel tu, Mj terfikir betul jugak contoh yang diberi. maka, jomlah kita jadi seorang yang hipokrit demi Allah. hipokrit dalam konteks yang betul ea. jangan risau, kalau kita paksa diri kita untuk tutup aurat, Insya Allah lama-lama kita akan rasa rela hati je nak tutup aurat, rasa rilek je, ye tak.

kempen ini dibawakan khas oleh woot woot.

nota kecik:
*maaf kalau ada yang tersinggung.
*Mj juga insan biasa yang cuba jadi 'baik'..=)
*currently addicted dgn blog woot woot n iman mutiara..

5 comments:

  1. berpesan-pesan kepada kebaikan.....
    nice entry MJ... =)
    keep it up.....

    ReplyDelete
  2. bagus kempen ni...betol gak...hipokrit positif...lame2...mane tau dapat hidayah Allah

    ReplyDelete
  3. hello, we are from the 7th,
    we're having our opening big deals!!
    and we've found that you are eligible for 30% discount as a rewards for joining our contest.
    As for that you will get 30% off for any muffin package at The 7th.
    Valid till the end of January only!!
    Have a look and choose your muffins package and fill up the order form!

    Happy muffins all!

    With love,
    www.t7th.blogspot.com
    -The 7th-

    ReplyDelete
  4. bagus mj..insaf anne..lepas ni nak berubah jd lagi baik..:)

    ReplyDelete
  5. kempen yang sangat menarik ~

    ReplyDelete