Advertisement

Sunday, 9 January 2011

I am Ready for the Digi Done Right Camp!

Assalamualaikum

selamat pagi dan selamat sejahtera semua! tahun 2011 ni Mj nak sibuk join contest dari Nuffnang pulak la. mula-mula Mj macam tak berapa yakin je nak masuk contest dari Nuffnang ni. sebab macam segan, takut, haa?takut?apa nak takut kan. bukan mr.nuffnang makan orang, ye tak. maka, tiada salahnya kalau ingin mencuba. dan mencuba bukan semata-mata saja suka-suka. kali ni, Mj nak tetapkan matlamat untuk menang contest. walaupun begitu, Mj tak akan meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. yang penting semangat majulah sukan untuk negara! apa-apa jelah Mj. maka, sesiapa yang berminat boleh klik link dibawah. cepat join sebelum 11.59pm 11 January 2011!


mari berkenalan!nama penuh Mj ialah Mizs Jah. nama sebenar Mj biarlah rahsia mr.nuffnang je, hehe. Mj mula berblogging dalam tahun 2010 bulan berapa ea?kejap eh, nak pergi check,hehe. okeh Mj mula blogging Mei 2010. masa tu biasa-biasa je. tak ketagih sangat sebab takde laptop dengan broadband, haha. sekarang dah ada notebook [amboi nak notebook je] dengan broadband dah jadi gila ketagih pulak.

kalau ikut umur blog baru lapan bulan sembilan hari. haaa sangat muda tau, ehh, bukan sangat muda tapi sangat baru lagi. maka, banyak lagi perlu ditingkatkan untuk blog Mj ni dan diri Mj juga. jadi nya sekarang ni Mj dah berumur 22 tahun tapi tak cukup hari dan bulan je lagi, hehe. dan sekarang ni masih menanti untuk menggenggam segulung diploma pengurusan perniagaan dan Insya-Allah akan sambung lagi study. tak sabar nak buat permohonan walaupun kemasukkan adalah pada bulan September. ye, bulan September tahu, fuhh lama betul kan nak tunggu. tapi pejam celik celik pejam, sekejap je dah sampai bulan sembilan tu, sekejap je dah masuk tahun baru lagi, sekejap je diri ni bertambah tua usia lagi,kan.

Mj tinggal di sebuah tempat di Selangor yang kalau sebut pun orang tak akan tahu lah punya. melainkan orang tu pernah tinggal atau lalu di kawasan tersebut, hehe. senang cerita Mj tinggal dekat dengan Bangi. apa?taktau jugak?tak tau takpe. nanti pergi bukak peta dunia cari mana Bangi, kalau takde peta pergi beli sekarang, hoho. Mj saje tak nak suruh korang cari dekat google, haha [asyik-asyik google, tak adventure tau].

dari kecik sampailah dah besar ni tinggal dengan incik mak dan cik ayah. niat hati memang rasa nak pindah tapi mampu ke?tinggal dengan incik mak dan cik ayah lagi best tahu walaupun selalu kena pantau, selalu kena buat kerja rumah, selalu kena marah [hehe], selalu tak boleh keluar rumah sesuka hati tapi Mj suka semua tu sebab kalau tinggal sendiri la kan sudah tentu Mj rasa terlampau bebas [lagi-lagi Mj ni kalau tak kawal boleh jadik bahaya tahu,haha] dan senang sangat terpengaruh dengan benda-benda tak elok. kecuali lah kalau kita ni memang pandai jaga diri, dan kuat imannn,hehe.

Mj juga seorang pengguna tegar digi. dan Mj mula guna handphone bila sambung study tau. kalau tak sambung study takdelah handphone dalam hidup Mj, yang ada hanyalah telepon awam je,haha. [ye sangat la tu,haha]. dan...yeah!hidup kuning, haha. walaupun keliling Mj ramai pengguna bukan digi,eheh tapi Mj rilek je balas-balas mesej dorang. hebat tak digi?hoho.

maka ini adalah sebab kenapa saya nak jadi sebahagian dari Digi Done Right Camp

yang pertama sekali, Mj tak pernah libatkan diri dengan mana-mana kem. maka, nak cuba rasa pengalaman pergi kem ni. nak tahu apa aktiviti yang menarik sangat orang buat dekat kem. dan Mj percaya mesti Digi Done Right Camp ni dah sediakan macam-macam aktiviti yang best. hish..tak sabarnya nak menang. haha, tiba-tiba excited nak menang pulak.

hey Mj! jom main kat sini!!

i want to meet other Digi Angels!haha. Mj nak tahu sape lagi pengguna digi selain daripada incik mak, cik ayah dan si adek bongsu. so, boleh lah kenal dengan lebih dekat lagi. mana tau kot-kot jumpa sape-sape yang berkenan di hati ke kat sana, kan [ada hati lagi tu]. haha, tipu je.

hai Digi Angels!!wanna my autograph?
[haha, yellowman boleh sign ke??]

Mj nak belajar bergaul dengan orang luar. nak tingkatkan la keyakinan tu bagi tinggi sikit. dan Mj suka berkawan sebenarnya, cuma kadang-kadang [bukan kadang-kadang, memang pun] Mj tak pandai nak mulakan, hehe.
emm,hoii..jom kwn dengan saya?hehehe...

and this is my 'longest' facebook discussion ever!haha.

jgn klik..i malu..haha..

dan ini pula apa yang saya ingin lakukan...


i will going to Digi Done Right Camp!!

Yeah! 

credit pic: google,blogspot

mota kecik:
*byk kali preview kot,haha.

4 comments: