Advertisement

Friday, 28 January 2011

Mengawal dan Menahan Kemarahan

Assalamu'alaikum semua...

hari ni Mj login blog guna google chrome. sebab mood nak guna mozilla dah bertukar. panas hati lah dengan sang mozilla, boleh pulak buat hal lambat nak loading tiba-tiba. memang marah la kan. nasib saya agak penyabar, hehe. kalau tidak habis nabby ni mj kerjakan [sanggup ke?haha]. adakah anda tahu siapa yang tiada perasaan marah adalah tidak normal?haaa, mesti semua ada rasa marah kan. marah yang macam manakah korang?

jangan marah laptop korang, nanti die merajuk sape yang susah..korang jugak..haha..

pagi tadi dengar IKIM.fm cerita pasal mengawal kemarahan. menurut Yg Bhg Ustaz Muhd Sukki Othman, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM marah itu fitrah manusia. haa, jangan ingat cinta je yang fitrah manusia. maka, orang yang takde perasaan marah itu tidak normal lah. hati sejuk beku. tapi, kalau marah yang melampau-lampau pulak lagi lah sakit jiwanya itu. oleh itu, yang paling baik adalah marah yang sederhana.

maka, sape yang suka marah-marah tu boleh kawal kemarahannya. caranya kena banyakkan istighfar. bila marah je ingat Allah, Insya Allah hilang marah tu. kalau tak boleh jugak kita kena beralih tempat. maksudnya kalau kita tengah berdiri masa tu, kita duduk. rasa macam marah je lagi kita baring pulak. rasa marah lagi kita tidur je. tiba-tiba dah tidur pun rasa berapi je lagi, moh ler kita berwudhuk dan buat solat sunat. api haruslah disimbah dengan air, tak gitu. mudah-mudahan marah tu akan hilang perlahan-lahan. ^_^

Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a. daripada Nabi S.A.W. yang bersabda:
sesiapa yang menahan marah sedangkan dia boleh melepaskan kemarahannya, maka pada hari kiamat Allah S.W.T. akan memanggilnya dihadapan semua makhluk, kemudian dia disuruh untuk memilih mana-mana bidadari yang diinginkan olehnya. (Hadis riwayat Imam Tarmizi)

kesimpulan hadis:
1. galakkan supaya memendam kemarahan
2. nilai memaafkan orang lain ketika mampu, sama dengan orang yang insaf.
3. kekuatan mental dan kekuatan fizikal akan jelas terpamer dalam situasi yang tertekan sehingga boleh membangkitkan kemarahan, apabila seseorang itu dapat mengawal kemarahannya dan dapat memendam perasaannya.
(hadis ni keratan akhbar yang mj simpan dulu-dulu berkenaan menahan kemarahan)

argghhh...aku kapak gak korang..(uish, bahaya dia nih)

menurut Ustaz Muhd Sukki Othman lagi, kalau kita nak lepaskan kemarahan boleh. tapi jangan lepaskan kepada sesama makhluk. bila marah je, mj serang adik mj ke kawan mj ke binatang mj ke. itu cara melepaskan kemarahan yang salah dan boleh buat kita berdosa dengan makhluk tu pulak. dan boleh buat orang tu berdosa jugak sebab marah kita balik dan buatnya dia serang mj sebab tension asyik kena marah je, hehe [mj baik tahu, haha]. jangan buat ye kawan-kawan. nak lepaskan kemarahan tu pergilah menjerit kat tempat yang takde orang. nak menjerit dekat batu pun boleh, hehe. haaa, lagi satu ada kan kalau kita marah je rasa nak campak telefon rumah kerusi meja pinggan mangkuk semualah bagi puas hati. yang ni pun tak boleh ye kawan, sebab merosakkan harta benda itu membazir dan membazir itu amalan siapa??korang tahu kan. maka, rasa nak campak barang je bagi mj, hehe.



akhir sekali, bila marah kita kena bersabar, walaupun rasa macam dah tak boleh sabar dah nih. kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar ^_^. dan jangan fikir marah kita je, marah Allah lagi dahsyat tahu. semoga diri ni bertambah rasa kesabaran.

sumber gambar : google =)

nota kecik:
*menjahit salah satu terapi sabar, yeke?. tapi tak suke menjahit sebab mj tak sabar [cakap jelah tak reti menjahit, haha]. nak cari terapi lain yang boleh upgrade sabar. contohnya, bersabar guna sang mozilla ku yang lambat tu, hehe.

10 comments:

  1. baru td marah2 kat jalan raye dgn sikap pemandu yg agak kurang ajar. huhuhu... normal lg la saya ni... =)

    ReplyDelete
  2. uik ?
    nelly panas baran tak ye ?
    pkir jap .
    ye kot .
    hehehe
    nice info MJ !
    I like . ..

    ReplyDelete
  3. ayu pon ade panyakit panas baran nih...adeih.....kene belajar control nih

    ReplyDelete
  4. @Ainna mardhiah Ahmad Faizul
    normal2..tp jgn sampai marah tu mengundang padah..xelok..hehe..

    ReplyDelete
  5. @nelly
    mj pun cpt marah..tp cpt sejuk jugak..hihi..pasni kene la belajar sabar..=)

    ReplyDelete
  6. @ayulunera
    yeah!mudah2an dpt control marah..kalau asek marah hilang ayu..hihi..=)

    ReplyDelete
  7. @ayulunera
    yeah!mudah2an dpt control marah..kalau asek marah hilang ayu..hihi..=)

    ReplyDelete
  8. hehe . .
    samalah kita . .

    mesti dan wajib .
    hahaha

    ReplyDelete
  9. galakkan supaya memndam kemarahan? adoi~~
    lagi byk pendam, boleh jadi DENDAM woo.

    ReplyDelete
  10. @nohfee
    tu bhye gak tu..kalau yg cm2 xleh pendam, lepaskan je..hehe..tp msti lepaskan dgn cara yg betul..=)

    ReplyDelete