Advertisement

Saturday, 8 January 2011

Tip Berani untuk 'Takut'

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya lulus juga ujian JPJ Mj pagi jumaat tadi. memang rasa excited sangat bila dah lulus. masa tunggu turn nak test, rilek lagi la sebab lambat lagi kan nak test,hehe. borak-borak dengan kawan yang baru kenal [tak sempat tanya nama pun,haila] kejap. tiba-tiba je, alamak dah nak sampai giliran la. fuhh, debar dia jangan cakap la. dengan takutnya lagi, yelah dah dua kali gagal kan. kali ni memang pasang niat tak nak gagal. kesian incik mak kena bayarkan untuk Mj. berkat doa incik mak, Mj lulus!

okey laa hari ni Mj nak kongsikan tip berani untuk TAKUT. haa, nak takut pun kena berani. tip ni sesuai untuk Mj yang kadang-kadang tu suka sangat takut tak tentu pasal. macam kes ujian JPJ ni lah. orang kata kita kena hadapi ketakutan tu kalau nak hilangkan rasa takut, kan? jom baca sama-sama ea.

1. Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa.
tak salah untuk takut. malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani.

2. Analisa ketakutan anda.
apakah takut yang anda rasa itu pada perkara, maa dan keadaannya? jika tidak, anda tak perlu takut tau.

3. Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu.
sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. dan terus laksanakan. jangan bertangguh!

4. Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi.
terima secara mental. dan conggak persiapan yang perlu dilakukan sekiranyaitu benar-benar berlaku. sediakan pelan B.

5. Berdoa, bertawakal.
bersangka baik, apa yang anda fikirkan tidak akan berlaku dan sekalipun berlaku, semoga Allah memberi anda kekuatan untuk menghadapinya dan peluang untuk mencuaba dengan kaedah yang baru.

"tidak bertindak dan bertangguh-tangguh akan menyebabkan kita hilang pengalaman dalam menghadapi kegagalan, kesakitan dan perkara-perkara yang tidak kita ingini. sedangkan pengalaman ini sangat penting. apabila kita kurang pengalaman akibat tidak bertindak untuk mengahadapi ketakutan, maka kita akan terus 'jahil' - terus tidak tahu bagaimana untuk menghadapi ketakutan dalam hidup".
dan,

"belajarlah untuk tersenyum pada perkara-perkara yang remeh dan terimalah ketidaksempurnaan sebagai suatu yang 'biasa-biasa' sahaja dalam hidup".
sumber: majalah solusi

nota kecik:
*result exam dah keluar!orang dah sibuk-sibuk sambung study, Mj baru nak tau result,haha. Kuantan here i come..yeah! 

6 comments:

  1. tips yang bagus untuk nelly nanti .
    hahaha

    ReplyDelete
  2. @nelly
    mudah-mudahan dpt praktikkan..=)

    ReplyDelete
  3. haha tahniah. finally lulus gakkk. wehh watpa p kuantan lak ??

    ReplyDelete
  4. @z a n a
    yeah!tenkiu2..
    p kuantan isi borg berhnti belajar n tgk result..hoho

    ReplyDelete
  5. congratz...dah lulus....yeay...
    ayu pon penakut jugak...tapi ayu selalu tak pikir bad effect kalo tak try ni...
    at last...rugi dri sendiri..hehhehhe

    ReplyDelete
  6. @ayulunera
    trimas..hehe..
    biase lah tu, tak cube tak tau..dah cube baru tau..hehehe..

    ReplyDelete