Advertisement

Monday, 28 February 2011

Keyakinan Diri

"Kita akan menang! Jangan gentar," kata seorang panglima.

"Jauh panggang daripada api. Bilangan musuh tiga kali ganda mengatasi kita," kata seorang pemimpin bawahannya.

"Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Dengan kekuatan itu kita akan menang."

"Apa kekuatan rahsia itu?"

Panglima besar itu berkata dengan tenang, " Dalam perjalanan ke medan perang kita akan singgah di sebuah masjid. Di situ kita akan bertemu seorang imam yang sangat terkenal kesolehannya. Dialah yang akan memberi kekuatan rahsia itu kepada tentera-tentera kita."

Sesampai sahaja di masjid berkenaan, panglima besar itu memerintahkan ketua-ketua tenteranya masuk ke dalam masjid. Selepas solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat Hajat dua rakaat, seorang demi seorang dipangggil ke hadapan mihrab untuk bertemu imam yang dimaksudkan.

"Saya akan berikan kamu segulungan kain kecil ini. Kamu dikehendaki melekatkan kain ini pada bendera-bendera pasukan kamu. Insya-Allah, Allah akan memberikan bantuan-Nya," kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu.

Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh imam. Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang. Dalam peperangan itu, setiap anggota tentera berperang dengan begitu bersemangat. Akhirnya, mereka telah mencapai kemenangan.

Masing-masing begitu takjub dengan kesan kain yang mereka bawa itu. "Apa yang ada pada kain ini? Begitu ajaib kesannya."

"Bukalah untuk mengetahuinya..." ujar panglima besar.

"Tuan! Tidak ada apa-apa...hanya kain kosong!" kata ketua-ketua pasukan terkejut.

"Ya, ia memang hanya sehelai kain kosong," jawab panglima.

"Jadi, bagaimana ia menjadi begitu ajaib?

"Kain itu bukan kain ajaib. Dan kita menang peperangan ini bukan kerana keajaiban kain ini."

"Jadi kita menang kerana kekuatan apa?"

"Kita menang kerana keyakinan kita. Kita yakin menang sebab itu kita menang. Allah beri kemenangan kepada orang yang yakin!

Pengajaran : Keyakinan adalah satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kekuatan lahiriah. Orang yang yakin akan menggunakan segala sumber yang ada padanya secara maksimum. Manakala orang yang tidak yakin akan mensia-siakan kekuatan yang ada pada dirinya.

Sumber : Majalah Solusi

Award dari Nelly The Strange

Assalamu'alaikum

Dengan tak segan-segannya, mj mengambil award ni daripada Cik Nelly..hehe
Nelly kata nak ambil, ambil jelah..
Award ni khas untuk semua follower nellydepelik
Terima Kasih banyak ye nelly..
Teruskan berblogging demi mj..haha..

Thursday, 24 February 2011

Belog Mizs Jah dalam Google Chrome

Assalamu'alaikum semua...

itu hari mj ada kata kan, mozilla tu best view untuk sesape yang buat bucu tumpul [bak kata AR-C tigabelas] macam mj ni. sebabnya coding tu khas untuk mozilla je, maka haruslah sape yang guna mozilla je boleh nampak bucu tumpul2 tu. tetapi sekarang...


dah boleh guna google chrome je nak bukak blog, haha. sangat best kan bila dapat guna google chrome yang kemas lagi cun tu, haha. eh, tapi mozilla mj pun da kemas dan cun sekarang. guna tema oren-oren lagi. sekali dengan window 7 ni pun mj tukar jadik oren. cuma mozilla lambat loading T___T

alkisahnya, mj baru terperasan yang blog AR-C Tigabelas tetap ada bucu tumpul walaupun mj guna google chrome masa tu. ni yang tiba-tiba datang rasa ingin tahu yang tinggi. maka!mari kita selidik sebab apa jadik macam tu dan ho yeahh!! dah tahu sebab apa. sudah tentulah ada coding untuk google chrome jugak. masa dulu-dulu tahu ada coding untuk google chrome tapi tak tahu lah coding dia macam mana kan. tapi sekarang dah tahu..ngeee..terimakasih ye cik AR-C Tigabelas sebab tak marah saya rujuk blog sebelum cakap 'aku rujuk blog ko tau'. mj nak edit lagi ni, tapi macam tak tahu nak edit apa. maka, itu sahajalah untuk hari ni punya update.

nota kecik:
*kucing ni kalau tak tido sebelah notebook nih tak sah..grrr..

Monday, 21 February 2011

Bebelan : Game|Kerja....

Assalamu'alaikum

Makin hari makin lambat pulak mj nak siapkan kerja rumah. haila..apa kena ntah. pagi ni bangun awal dah. bangun bangun je terus bukak nabby. dari dua hari lepas lagi nak download cerita jepun. tak sudah sudah jugak. sebab pertama, sambil download main game facebook lepas tu hang terus. kena lah download lagi sekali. sebab kedua, tiba-tiba je connection lost. kena la download dua kali lagi. sebab ketiga, adik abang pinjam nabby biasanya time malam, maka kena la bagi jugak sebab mj dah seharian ngadap. bila dorang dah pinjam, lepas tu dah nak tidur dorang mestilah shutdown je nabby tu. makaaa, kenalah download ketiga kaliii nya. hari ni, berazam nak habiskan sesi men'download'.

sambil tunggu download main game dulu!haha. tak nak bagi kena hang, kena lah main game kat browser lain. mj main online gamehouse kat mozilla. dah lama betul tak main gamehouse punya game. dulu-dulu main kat laptop kawan. mj la tukang install, haha. sekarang ni, tak boleh la nak install2 kita main online je. tapi tadi dah ter'install' satu game, haha. game Chocolatier 2. mj suka kot game ni, tu yang tertekan download. sambil main game gamehouse, mj pun main jugak game dekat fb. apa ntah kemaruk game. habis leka tak buat kerja rumah. sat lagi dengar dah suara incik mak, "Angahhh, tidur lagi ke?". "Taklahhh, bangun dah ni". haruslah pergi meninggalkan game ni, kang tak pasal-pasal kena berdas-das.

kerja apa nak buat ek. macam dah siap je semua, haha. tiba-tiba nampak pulak notebook si adik. notebook adik mj ni dah nyawa-nyawa ikan. semalam langsung tak boleh bukak. lepas tu pagi ni dah boleh bukak gara-gara incik mak. macam mana ntah incik mak boleh hidupkan notebook ni. tapi still kena hantar format. maka, mj pun dengan sukacitanya meng'online'kan diri dengan notebook dia. online guna notebook adik mj ni memang lambat. tak tahu la sebab apa. dah banyak sangat virus agaknya. incik mak kata macam ni, "selama mak kerja tak pernah rosak, hantar format pun sebab nak masuk software baru. korang ni je suka install macam-macam". haruslah mak, angah kan nak main editing kena lah ade ntah apa-apa punya software [cakap dalam hati jek ni,haha]. maka, haruslah bersabar. sambil melayari internet sambil dengar incik mak dan abang dok berborak-borak. ohh, lupa pulak nak bagitau. mj online kat dapur, duduk kat meja makan. maka, sebab tu ada incik mak dan abang [yang tiba-tiba dah habis kerja awal gilaaa].

sebenarnya, mj takut dengar dorang dok berborak-borak. mesti gaya ala-ala perang saudara. yang pastinya, memang mj tak masuk campur lah dalam topik hangat dorang tu. topik yang paling hangat pasal kerja la. lepas tu dalam dorang berborak-borak tu mesti abang sibuk nak kaitkan mj. hishh, tak berkenan sungguh aku. incik mak suruh kerja kedai runcit depan rumah, jadi cashier mj taknak. adik perempuan mj suruh mintak kerja dekat hotel equtorial bangi tu pun mj taknak. kalau boleh mj taknak kerja yang melibatkan diri mj kena jual rokok atau benda-benda yang memang haram lah.

mj dah cari kerja dekat satu butik pakaian ni, tapi orang tu tak tepon2 pun. besok abang kata cari kerja dekat Al-Ikhsan. nanti dia boleh beli murah sikit. waahhh, pandai ko nye. tak kesah la janji kerja tu mj berkenan. tiba-tiba rasa macam diri ni memilih pulak, haha. memilih benda yang patut takpe kot. maka, nak berhenti kat sinilah. saja nak lepas perasaan menaip, haha. mau bersiap-siap pergi buat IC baru yang tak pernah tukar-tukar lagi sejak habis darjah enam. tata~

Sunday, 20 February 2011

Saya nak Join Bloglist Nelly The Strange

Assalamu'alaikum..

mari meriahkan bloglist NellydePelik..


Ada kategori tahu untuk korang pilih :  Otai, Sempoi, Cool
maka, mj nak pilih..em, tak tahu deh..
nak kata otai, jauh panggang dari api
nak kata sempoi, sempoi ka?
cool??macam tak je..
maka, nelly pilihkan ye..hehe..

Tag : 

Tarikh Tutup :
29 Mac 2011

Saturday, 19 February 2011

INSPIRE DESIGN's 1st GIVEAWAY

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua!

wah wah, pepagi lagi dah join giveaway. takde keje ler tu. bukan takde kerja, ada je tapi saje nak mengelat jap. mj diajak oleh nabilamedan untuk join giveaway ni. terima kasih ye nabila.


Tag :

Tarikh Tutup : 
3 MAC 2011 [suke tarikh ni..hihi]

nota kecik:
*okeh dah nak pergi buat kerja..ngee~~

Friday, 18 February 2011

Argghhh, Trauma!!!

Assalamualaikum semua.

Dah beberapa hari berlalu. walaupun tiap-tiap hari mj bukak blog tutup blog tetap jugak tak update update. haila, apa sudah jadi maa. takde apa pun yang jadi. perkara biasa dalam rutin harian mj - bangun tidur, kemas dapur, setelkan kucing, mandi, makan, dll - nampak tak betapa tak bestnya kalau hari hari nak citer bnde ni je, kan [tapi kalau pandai olah cerita, bnde biase jadik seronok]. ye ye, tau la saya tak pandai.

setelah berhari hari otak ni memeningkan kepala pikir benda yang tak sudah, maka hari ni nak hilangkan pening tu. kisah ni mj tak nak cerita pun sebenarnya, tapi memandangkan hati ni macam meronta ronta je suruh menaip maka kuturutkan kata hatiku. ecehh~

ni cerita sedih tahu, tu yang tak mau cerita. tapi rasanya dah hilangkan kot rasa sedih tu. maka nk rewind balik kot ingat lagi ke tak cerita tu. kalau ingat balik, maksudnya tak hilang lagi la tu perasaan tutt.

hari ahad yang lepas, member baik mj ajak keluar jalan-jalan ke alamanda [asal keluar je alamanda,haha]. nak meraikan gaji first dia la katakan. haish, orang dah ajak belanja makan takkan nak tolak kan. padahal kalau tak belanja makan pun mj keluar jugak dengan dia. dan kisahnya dia suruh mj bawak kereta. nak bawak kereta susah tu, ingat kereta mainan ke nak main bawak bawak. lepas tu boleh pulak dia suruh praktis ler bawak kereta. eh, boleh ek nak bawak kereta kena praktis dulu?haha. okeh, saya ada lesen tapi still suruh incik mak dan cik ayah hantar kalau nak keluar pergi jalan-jalan dengan member baik saya ni. member baik saya ni bukan orang selangor, dia kerja cikgu tadika dekat putrajaya. dan dia jugak baru je ada lesen macam saya. dannn dia kata, dari tadika dia ke alamanda nanti dia drive.

okeh, dia akan drive dari tadika dia ke alamanda. masalahnya, mj pulak kena la jayakan misi drive dari rumah mj ke putrajaya sana tu dengan jayanya. memang tak praktis lah kan. konon tak payah praktis pun boleh la [kau ingat kau tu berani??]. sebelum pergi tadika dia, mj ada mesej dia kata tengok jelah sape yang drive nanti. maksudnya, maybe memang mj takkan drive pada hari ahad tu. dia pun kata okey je.

maka, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. bangun awal tu nak setelkan kerja rumah cepat-cepat. konon-konon boleh lah pergi tadika dia dalam pukul sepuluh pagi. takde maknanyee. dok la siap lambat-lambat sikit sebab tukar plan nak keluar pukul sebelas. padahal dalam hati berdebar giler nak drive ke tak ni, nak ke taknak. mj ajak la adik bongsu ikut sekali. konon-konon peneman dikala dijalanan lah. budak kecik tu pulak tak mandi-mandi. dekat pukul sebelas lah baru dia nak pergi mandi. mandi kalau sekejap takpe. ni bukan main lagi lama dia. dah sudah mandi nak tunggu dia siap pulak. haishh, budak ni lah kan. takpe takpe.

akhirnya, memang mj yang drive kereta kelisa incik mak. nak keluar dari kawasan rumah pun dah termati enjin, apa kes. mak pun dah macam risau je. takpe mak, anakmu ini okey. lepas tu blah lah dari kawasan rumah mj tu. mula-mula, okey lagi la drive kereta tu. yang adik mj ni pulak cakap, kau boleh bawak ke tak ni Ngah?dengan selambanya mj menjawab, tak boleh bawak. kau duduk je lah diam diam. jalan kat situ berbukit bukit tahu. boleh pulak mj lambat nak tekan minyak. memang la kau macam lembap je kan nak naik bukit. nasib tak mati enjin ke terundur ke, kan. setakat tu mj okey je.

sampailah ke tempat member mj ni segalanya jadi haru. haru dan kacau bila mj salah masuk simpang. arghhh, dah lah tak jumpa jalan nak pusing balik. ikut jelah mana mana signboard. alih-alih masuk kawasan putrajaya betul. siap jumpa signboard nak ke alamanda bagai. memang dah sesat ni. lagi tak suka kat situ sebab situ ada banyak trafic light tahu. wargggghhh..memang mj tak lepas kalau kat trafic light ni. dan memang tak lepas pun bila dua kali mati enjin. nasib baik takde sape hon. lepas tu pusing balik jalan yang sama, hailaaa.

si adik dah panas panas dalam kereta. sebab kereta tu aircond dia rosak. tambah pulak dah tengah hari time tu. lepas tu dia suruh berhenti tepi jalan kejap. mj pun berhentilah kat tepi jalan besarrr. suka hati je kan. masa tu lah tepon cik ayah cakap sesat apa semua. nasib ler cik ayah tak marah [time tu] dan suruh je tunggu sampai dia datang. mak aihh, memang lama la mj tunggu sampai pukul satu lebih kot. sesat je dah lebih kurang satu jam, tunggu cik ayah lagi??memang terbakar la dok dalam kereta tu kan.

masa tunggu cik ayah sampai, borak jap dengan member cerita macam mana boleh sesat apa semua. kalau tanya member mj ni pun, dah sah sah la dia taktau nak ikut jalan mana kan. mj lagi lah taktau [kata orang selangor, apa daaa]. mj bukan orang putrajaya, haha. dah habis borak-borak tu mj tanya adik mj kot-kot ada ke orang yang sama lalu situ dan perasan kitorang kat situ bukan main lama lagi. dia pun cakap tak kan lah dorang nak lalu situ banyak-banyak kali kot. em, yelah kan.

sekaliii, ada orang berhenti tepi jalan. lelaki tahu. haishh, nak apa pulak orang ni. lepas tu, dengan tak takutnya bukak la tingkap. orang tu pun tanya, kereta rosak ke dik?eh tak lah, tengah tunggu ayah ni. mj pun cakap la mj sesat apa semua. orang tu pun dengan baik hatinya nak tunjuk jalan keluar dari situ la kan. lagipun berhenti kat situ bahaya. patutlah ada je orang nak main hon-hon. yelah, i follow u. masa ikut orang tu lalu trafic light lagi. si adik dah kata, macam mana ni Ngah, kau jangan mati enjin lagi. masa tu pulak dah banyak kereta. rilek rilek, sekali hah kau..terundur jap kereta tu. memang kena hon lah kan. hailaa, cepat la blah dari trafic light ni. lepas tu, orang tu pulak berhenti kat bus stop sebab dia ada hal ke apa ntah. orang tu pegang walkie talkie time tu. ntah kerja apa la, baju biasa je. tak kesah la, janji bukan tepi highway. lepas tu tepon cik ayah balik cakap ada kat bus stop apa semua. masa tu macam dah dapat agak je cik ayah marah, huhu.

mak aihhh..panjangnyaaa cerita...[mj preview jap post nih]. takleh jadik ni, kang korang taknak baca pulak. ha, dipendekkan cerita cik ayah sampai dan mj pun follow lah sampai la sampai rumah mj balik. dan aktiviti hari tu terbatal macam tu je sampai mj menangis teresak-esak. bukan sebab tak dapat keluar ye, ada sebab lain. lepas tu dah macam trauma je nak drive lagi. dan tiba-tiba nak mogok senyap dengan cik ayah bagai. tapi tak mogok pun, haha. ohhh, mj ni bukan pedendam rupanya,bagus bagus..haha. tak pernah-pernah mj nangis depan adik-adik mj, hari tu je ternangis pulak. haishh, tak best betul.

maka, cerita pun tamat. taktau la trauma lagi ke tak ni.

nota kecik:
*ape ntah kejap saya kejap mj.
*cerita panjang tanpa gambar..nak google malas pulak.

Tuesday, 15 February 2011

Kelebihan Berselawat

Assalamu'alaikum semua.

Hari ni adalah hari yang sangat bersejarah buat kita semua sebagai umat Islam. bukan semalam ye hari bersejarah tapi hari ni 12 Rabiulawwal 1437 Hijrah, Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. maka marilah kita sama-sama berselawat ke atas Baginda SAW. banyak tau kelebihan berselawat.

  1. merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. boleh menghapuskan dosa dan kesalahan.
  3. jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
  4. menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. selamat daripada huru-hara hari kiamat.
  6. menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
  8. menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak.
  10. kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
disini mj sebutkan beberapa hadis yang menceritakan kelebihan berselawat.

Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesunggguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku."

"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husainb. Ali r.a)


semoga kita sentiasa mengingati Baginda SAW dalam apa jua hari pun. =)
 
sumber info: Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

nota kecik:
*14 feb adalah birthday adik saya..tapi takde kek2 pun, haha. kesian dia.

Saturday, 12 February 2011

Saya Manusia, Bukan Kambing..!

Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar-ketar ketakutan. Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."

Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing. Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.

"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar.
"Saya manusia."
"Bukan kambing?"
"Bukan, saya manusia."
"Cuba ulang." pinta doktor.
"Saya manusia. Saya manusia. Saya manusia."
"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi."

Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi ramai.
"Takut. Takut. Saya nak pulang."
"Eh, kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing."
"Ya, ya, saya yakin saya memang manusia. Tetapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih menganggap saya sebagai kambing?"

Pengajaran : Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Dia sentiasa rasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.

Sumber : Majalah Solusi

nota kecik:
*sampai sekarang tak drive kereta lagi..huhu..macam mana ni??

Friday, 11 February 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

Assalamu'alaikum

mj dengan sendirinya merajinkan diri join contest dari blog sophie al-yahya. bahasa cik sophie guna pun best je. jumpa blog cik sophie ni dekat blog zana zingaa. saje nyibuk nak tau sape kat shoutbox dia. sekali ada contest la. wahh, hadiah die cokelat tahu, walaupun boleh beli sendiri kat kedai depan rumah tapi kalau dapat free kan ke la syok [itu kalau menang]. 

maka tanpa segan silu




Owh, so wonderful!

Pelangi Pagi

Life is Like Rainbow
You Dont Always Know Whats on The Other Side but You Know Its There


Well Sometimes
We Hate
We Fight
We Laugh
We Learn
We Brag
We Love
Its Just Life in The Form of a
RAINBOW 

Sang pelangi yang hanya akan muncul dengan kehadiran sang hujan dan sang matahari. 
Setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada kegembiraan yang bakal terjadi. walaupun mungkin pelangi tidak akan muncul selepas berhentinya hujan, selepas terbitnya matahari, percayalah bahawa pelangi itu telah muncul di suatu tempat yang lain tempat dimana ada lagi mereka yang masih memerlukan pelangi. 

Friendship is Wonderful Like a Rainbow and Its Never End

Tarikh tutup : 20 Feb 2011
nota kecik:
*oohh, tidak..saya tak pandai berbahasa bagai nih...ngee~~
*terlepas contest yang nelly join tu..huhu..

Thursday, 10 February 2011

Bila Lama Tak Online

Assalamu'alaikum...

apa khabar korangg..apa khabar belog mizs jah?!wahh..lama benar engkau menghilang ye mj. nak kata busy dah kerja, kerja pun belum lagi. almaklumlah, guna broadband kan, tak bayar haruslah dipotong, haha. lepas tu kena lah ehem ehem bayarkan.

maka, selama mj tak online ni apa je yang boleh dibuat dengan nabby ni. adehh, takde benda lain kot selain daripada main game yang ada [dan juga tengok cerita]. mj ada online kejap guna adik punya broadband tapi kalau nak online blog memang sakit jiwa ler kan. dapat online fb je untuk main game. itupun lama jugak nak tunggu loading tahu. tapi time adik-adik mj yang lain guna untuk main game dorang boleh pulak. ish, tak patut tak patut.

maka, mainlah game Plant vs Zombi yang macam hapa hentah tu [ceh, main jugak]. mj memang ada satu je game sebab kalau install banyak boleh hang ini nabby. susah ler kan. lepas tu main game kat komputer rumah pulak sebab ada lah dalam dua tiga jenis game yang best macam pacman [tak pernah dapat lepas level 1 dengan senang,huh], tumblebugs, luxor, pinball [ni paling best]. main guna komputer rumah memang kena sabar lah. kejap kejap kang die shutdown sendiri. baru je on ni, pap!mati balik. memang jenuh lah kan, haha.

tapi, semalam mj dapat main dengan lamanya. wahh, hebat tahu. bukan senang komputer tu nak bertahan lama-lama. semalam mj layan game Pinball [yeke nih nama die?]. mj suka game ni sebab muzik dia gempak kot dengan lampu dia liplapliplap [yeke?haha]. mula-mula memang tak reti tak tahu apa motif main game nih. lepas tu, barulah faham lepas baca misi yang dia suruh. selama ni tak baca sebab tengah main kan, mana ada masa nak baca benda yang berkelip-kelip kat bahagian tepi tu, haha. dari situ mulalah eksaited je nak main. mulut kalau tak bising memang tak sah, haha.

nak selesaikan misi dia tu susah kot. tapi bila dah setel dan bola tu pun tak jatuh-jatuh mulalah bertambah-tambah eksaited. tiba-tiba time tu jugak lah bola tu nak jatuh dan terus kalah, huh. selalu mj dapat skor adalah dalam ratus ribu. ingatkan memang tahap tu la paling tinggi tapi tak rupa-rupanya. adik laki mj main skor juta-juta. giler lah. mana entah dia dapat juta-juta tu. maka, semalam tu jugak lah mj nak pecah rekod dapat juta-juta jugak, haha. dan akhirnya dapat jugak!walaupun adalah dalam satu juta lebih je. lagi sikit kot nak dapat dua juta. takpe takpe nanti main lagi. highscore penuh dengan nama mj je, haha. tak dapat nak tunjuk sebab komputer rumah tiba-tiba takleh detect pendrive. baru nak menunjuk, haha [ tulah niat tak baik, ish3 ]

mj pinjam jelah pic ni kat sini
korang mesti lagi hebat kan..share lah tips nak main game ni, hehe.

nota kecik:
*thanks pada yang sudi follow, nanti mj jengah korang ea..=)
*game pinball ni takde yang versi windows 7 ke??

Tuesday, 1 February 2011

Cross Out Personality Test

Assalamu'alaikum semua!

terima kasih kak aimi tag mj. nak buat tag pun ambil masa lama, hehe. sebenarnya mj konpius nak buat personality test yang mana satu sebab kak aimi ada bagi lagi link lain dan resultnya tak sama macam kak aimi punya. maka, setelah berfikir-fikir yang nilah harus mj buat, kan. nanti mj bagi link lagi satu tu ea. jom main pangkah-pangkah, haha. sila buat dengan jujur ye..

My Personality:
I'm down-to-earth
People like me because I am so straightforward and real.
I’m loud (around certain people)
I’m cocky
I'm a true romantic
I cry easily
I'm listen to my own instincts
I have a bad temper
I’m easy to get along with
I have more enemies than friends
I’ve smoked and it is fun actually
I'm unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean
I clean my room
I drink coffee daily
I'm an efficient problem solver because I will listen to both sides of an argument
I'm very competitive
I made fun of someone in the past week
I'm not afraid to say something to someone else’s face
I tend to think people are a bit jealous of you
I've made someone cry by just saying something to them
I'm very good with words
I want to be successful in life
I love to win

My Appearance:
I'm Hijab
I wear eyeliner
I wear eye-shadow
I wear lip gloss
I wear lipstick
I often wear Baju Kurung
I prefer wear leggings than jeans
I wear a piece of jewelry at all times
I love vintage style
I love simple 
I wear glasses
I have braces
I change my hair colour often
I straighten my hair often
I have piercings
I bring my handbag when I'm outside
I love wearing high heels

Relationships:
I have boyfriend/girlfriend
I'm married
I’m in a relationship now
I’m single
I’m crushing
I’m in love
I’m always scared of being hurt
I hate marriage
I still waiting the best one in my life
Relationship sucks and I have learned to stop loving someone
An ex has physically abused me, at least once
I’ve told someone I loved them when I didn’t
I’ve told someone I didn’t love them when I did
I’ve been in love more than two times
I believe in love at first sight
I'm very serious about relationships and aren’t interested in wasting time with people I don’t really like

Friendships:
I have a bestfriend
I have a two-faced best friend
I’ve gotten a phone call in the last 48 hours from a friend
I’ve been in a serious fight with a friend
I can trust at least five people with my life
I’m still iffy about my trust.
Friendship sucks!
I don't trust my friend actually
I like helping others who needs help
I love cam-whore with my friends
My friends and I are like brothers and sisters
I don't have any best friend
Best friend is just my enemy

Family Life:
I get along with both of my parents
My parents are seperated
My biological parents are still together
I have at least one brother
I have at least one sister
I am the only girl in my siblings
I have at least one step brother/sister
I have at least one half brother/sister
I’ve been kicked out of my house
I’ve ran away from home
I’ve made my parents cry
I’ve lied to my parents
I’ve lied to my parents about where I am
I’ve lied to my parents about what I’m doing
I’ve walked out when I’ve been grounded
I don’t live with my parents
Parent(s) are screwed up and gone
My family is everything to me
I'm not close with my father
I love listening music loudly when my parents are not at home

School/College:
I’ve yelled at a teacher/lecturer
I’ve been suspended
I’ve had an in-school suspension
I’ve been sent to the principals office
I’ve walked out of class
I’ve skipped an entire day of school
I’ve skipped a whole month of one certain class
I’ve failed a test
I’ve cheated on a test
I’ve helped someone else cheat on a test
I’ve failed math
I’ve failed science
A teacher has called my parents

dan mj tag 6 orang ni zana masis nelly nohfee kee cikguhanini. sila buat dengan gembira..=)

boleh cuba yang ni jugak..http://www.personaldna.com/tests.php

nota kecik:
*broadband dah kena potong..maka mungkin agak lama menyepi...tata semua..