Advertisement

Friday, 18 February 2011

Argghhh, Trauma!!!

Assalamualaikum semua.

Dah beberapa hari berlalu. walaupun tiap-tiap hari mj bukak blog tutup blog tetap jugak tak update update. haila, apa sudah jadi maa. takde apa pun yang jadi. perkara biasa dalam rutin harian mj - bangun tidur, kemas dapur, setelkan kucing, mandi, makan, dll - nampak tak betapa tak bestnya kalau hari hari nak citer bnde ni je, kan [tapi kalau pandai olah cerita, bnde biase jadik seronok]. ye ye, tau la saya tak pandai.

setelah berhari hari otak ni memeningkan kepala pikir benda yang tak sudah, maka hari ni nak hilangkan pening tu. kisah ni mj tak nak cerita pun sebenarnya, tapi memandangkan hati ni macam meronta ronta je suruh menaip maka kuturutkan kata hatiku. ecehh~

ni cerita sedih tahu, tu yang tak mau cerita. tapi rasanya dah hilangkan kot rasa sedih tu. maka nk rewind balik kot ingat lagi ke tak cerita tu. kalau ingat balik, maksudnya tak hilang lagi la tu perasaan tutt.

hari ahad yang lepas, member baik mj ajak keluar jalan-jalan ke alamanda [asal keluar je alamanda,haha]. nak meraikan gaji first dia la katakan. haish, orang dah ajak belanja makan takkan nak tolak kan. padahal kalau tak belanja makan pun mj keluar jugak dengan dia. dan kisahnya dia suruh mj bawak kereta. nak bawak kereta susah tu, ingat kereta mainan ke nak main bawak bawak. lepas tu boleh pulak dia suruh praktis ler bawak kereta. eh, boleh ek nak bawak kereta kena praktis dulu?haha. okeh, saya ada lesen tapi still suruh incik mak dan cik ayah hantar kalau nak keluar pergi jalan-jalan dengan member baik saya ni. member baik saya ni bukan orang selangor, dia kerja cikgu tadika dekat putrajaya. dan dia jugak baru je ada lesen macam saya. dannn dia kata, dari tadika dia ke alamanda nanti dia drive.

okeh, dia akan drive dari tadika dia ke alamanda. masalahnya, mj pulak kena la jayakan misi drive dari rumah mj ke putrajaya sana tu dengan jayanya. memang tak praktis lah kan. konon tak payah praktis pun boleh la [kau ingat kau tu berani??]. sebelum pergi tadika dia, mj ada mesej dia kata tengok jelah sape yang drive nanti. maksudnya, maybe memang mj takkan drive pada hari ahad tu. dia pun kata okey je.

maka, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. bangun awal tu nak setelkan kerja rumah cepat-cepat. konon-konon boleh lah pergi tadika dia dalam pukul sepuluh pagi. takde maknanyee. dok la siap lambat-lambat sikit sebab tukar plan nak keluar pukul sebelas. padahal dalam hati berdebar giler nak drive ke tak ni, nak ke taknak. mj ajak la adik bongsu ikut sekali. konon-konon peneman dikala dijalanan lah. budak kecik tu pulak tak mandi-mandi. dekat pukul sebelas lah baru dia nak pergi mandi. mandi kalau sekejap takpe. ni bukan main lagi lama dia. dah sudah mandi nak tunggu dia siap pulak. haishh, budak ni lah kan. takpe takpe.

akhirnya, memang mj yang drive kereta kelisa incik mak. nak keluar dari kawasan rumah pun dah termati enjin, apa kes. mak pun dah macam risau je. takpe mak, anakmu ini okey. lepas tu blah lah dari kawasan rumah mj tu. mula-mula, okey lagi la drive kereta tu. yang adik mj ni pulak cakap, kau boleh bawak ke tak ni Ngah?dengan selambanya mj menjawab, tak boleh bawak. kau duduk je lah diam diam. jalan kat situ berbukit bukit tahu. boleh pulak mj lambat nak tekan minyak. memang la kau macam lembap je kan nak naik bukit. nasib tak mati enjin ke terundur ke, kan. setakat tu mj okey je.

sampailah ke tempat member mj ni segalanya jadi haru. haru dan kacau bila mj salah masuk simpang. arghhh, dah lah tak jumpa jalan nak pusing balik. ikut jelah mana mana signboard. alih-alih masuk kawasan putrajaya betul. siap jumpa signboard nak ke alamanda bagai. memang dah sesat ni. lagi tak suka kat situ sebab situ ada banyak trafic light tahu. wargggghhh..memang mj tak lepas kalau kat trafic light ni. dan memang tak lepas pun bila dua kali mati enjin. nasib baik takde sape hon. lepas tu pusing balik jalan yang sama, hailaaa.

si adik dah panas panas dalam kereta. sebab kereta tu aircond dia rosak. tambah pulak dah tengah hari time tu. lepas tu dia suruh berhenti tepi jalan kejap. mj pun berhentilah kat tepi jalan besarrr. suka hati je kan. masa tu lah tepon cik ayah cakap sesat apa semua. nasib ler cik ayah tak marah [time tu] dan suruh je tunggu sampai dia datang. mak aihh, memang lama la mj tunggu sampai pukul satu lebih kot. sesat je dah lebih kurang satu jam, tunggu cik ayah lagi??memang terbakar la dok dalam kereta tu kan.

masa tunggu cik ayah sampai, borak jap dengan member cerita macam mana boleh sesat apa semua. kalau tanya member mj ni pun, dah sah sah la dia taktau nak ikut jalan mana kan. mj lagi lah taktau [kata orang selangor, apa daaa]. mj bukan orang putrajaya, haha. dah habis borak-borak tu mj tanya adik mj kot-kot ada ke orang yang sama lalu situ dan perasan kitorang kat situ bukan main lama lagi. dia pun cakap tak kan lah dorang nak lalu situ banyak-banyak kali kot. em, yelah kan.

sekaliii, ada orang berhenti tepi jalan. lelaki tahu. haishh, nak apa pulak orang ni. lepas tu, dengan tak takutnya bukak la tingkap. orang tu pun tanya, kereta rosak ke dik?eh tak lah, tengah tunggu ayah ni. mj pun cakap la mj sesat apa semua. orang tu pun dengan baik hatinya nak tunjuk jalan keluar dari situ la kan. lagipun berhenti kat situ bahaya. patutlah ada je orang nak main hon-hon. yelah, i follow u. masa ikut orang tu lalu trafic light lagi. si adik dah kata, macam mana ni Ngah, kau jangan mati enjin lagi. masa tu pulak dah banyak kereta. rilek rilek, sekali hah kau..terundur jap kereta tu. memang kena hon lah kan. hailaa, cepat la blah dari trafic light ni. lepas tu, orang tu pulak berhenti kat bus stop sebab dia ada hal ke apa ntah. orang tu pegang walkie talkie time tu. ntah kerja apa la, baju biasa je. tak kesah la, janji bukan tepi highway. lepas tu tepon cik ayah balik cakap ada kat bus stop apa semua. masa tu macam dah dapat agak je cik ayah marah, huhu.

mak aihhh..panjangnyaaa cerita...[mj preview jap post nih]. takleh jadik ni, kang korang taknak baca pulak. ha, dipendekkan cerita cik ayah sampai dan mj pun follow lah sampai la sampai rumah mj balik. dan aktiviti hari tu terbatal macam tu je sampai mj menangis teresak-esak. bukan sebab tak dapat keluar ye, ada sebab lain. lepas tu dah macam trauma je nak drive lagi. dan tiba-tiba nak mogok senyap dengan cik ayah bagai. tapi tak mogok pun, haha. ohhh, mj ni bukan pedendam rupanya,bagus bagus..haha. tak pernah-pernah mj nangis depan adik-adik mj, hari tu je ternangis pulak. haishh, tak best betul.

maka, cerita pun tamat. taktau la trauma lagi ke tak ni.

nota kecik:
*ape ntah kejap saya kejap mj.
*cerita panjang tanpa gambar..nak google malas pulak.

10 comments:

  1. he seyes pnjg.. =P
    apapun berhati2 ye next time..
    pasnie psg gps klu tkot sst lagi.. huhu..

    ReplyDelete
  2. wehh ko jangan berani² follow orang. bahaya wehhhh. :(

    ReplyDelete
  3. @ch!natsu
    tak mampu ler nk psg gps..hukhuk..

    ReplyDelete
  4. @Zana Zingaa.
    itulah pasal..ntah nape berani pulak nk follow org itu...nseb takde pape..

    ReplyDelete
  5. gps itu satu kemestian, mj!
    hehehe

    *agak la panjang. =p

    ReplyDelete
  6. @nohfee
    takpe nnt mj upah driver je..haha..

    *konon2 nak buat pendek je, sekali terover plak pnjg..

    ReplyDelete
  7. @aNnE
    eh, mj nak trauma smpai ble2..biar org tolg hntrkan..haha..

    ReplyDelete