Advertisement

Monday, 21 February 2011

Bebelan : Game|Kerja....

Assalamu'alaikum

Makin hari makin lambat pulak mj nak siapkan kerja rumah. haila..apa kena ntah. pagi ni bangun awal dah. bangun bangun je terus bukak nabby. dari dua hari lepas lagi nak download cerita jepun. tak sudah sudah jugak. sebab pertama, sambil download main game facebook lepas tu hang terus. kena lah download lagi sekali. sebab kedua, tiba-tiba je connection lost. kena la download dua kali lagi. sebab ketiga, adik abang pinjam nabby biasanya time malam, maka kena la bagi jugak sebab mj dah seharian ngadap. bila dorang dah pinjam, lepas tu dah nak tidur dorang mestilah shutdown je nabby tu. makaaa, kenalah download ketiga kaliii nya. hari ni, berazam nak habiskan sesi men'download'.

sambil tunggu download main game dulu!haha. tak nak bagi kena hang, kena lah main game kat browser lain. mj main online gamehouse kat mozilla. dah lama betul tak main gamehouse punya game. dulu-dulu main kat laptop kawan. mj la tukang install, haha. sekarang ni, tak boleh la nak install2 kita main online je. tapi tadi dah ter'install' satu game, haha. game Chocolatier 2. mj suka kot game ni, tu yang tertekan download. sambil main game gamehouse, mj pun main jugak game dekat fb. apa ntah kemaruk game. habis leka tak buat kerja rumah. sat lagi dengar dah suara incik mak, "Angahhh, tidur lagi ke?". "Taklahhh, bangun dah ni". haruslah pergi meninggalkan game ni, kang tak pasal-pasal kena berdas-das.

kerja apa nak buat ek. macam dah siap je semua, haha. tiba-tiba nampak pulak notebook si adik. notebook adik mj ni dah nyawa-nyawa ikan. semalam langsung tak boleh bukak. lepas tu pagi ni dah boleh bukak gara-gara incik mak. macam mana ntah incik mak boleh hidupkan notebook ni. tapi still kena hantar format. maka, mj pun dengan sukacitanya meng'online'kan diri dengan notebook dia. online guna notebook adik mj ni memang lambat. tak tahu la sebab apa. dah banyak sangat virus agaknya. incik mak kata macam ni, "selama mak kerja tak pernah rosak, hantar format pun sebab nak masuk software baru. korang ni je suka install macam-macam". haruslah mak, angah kan nak main editing kena lah ade ntah apa-apa punya software [cakap dalam hati jek ni,haha]. maka, haruslah bersabar. sambil melayari internet sambil dengar incik mak dan abang dok berborak-borak. ohh, lupa pulak nak bagitau. mj online kat dapur, duduk kat meja makan. maka, sebab tu ada incik mak dan abang [yang tiba-tiba dah habis kerja awal gilaaa].

sebenarnya, mj takut dengar dorang dok berborak-borak. mesti gaya ala-ala perang saudara. yang pastinya, memang mj tak masuk campur lah dalam topik hangat dorang tu. topik yang paling hangat pasal kerja la. lepas tu dalam dorang berborak-borak tu mesti abang sibuk nak kaitkan mj. hishh, tak berkenan sungguh aku. incik mak suruh kerja kedai runcit depan rumah, jadi cashier mj taknak. adik perempuan mj suruh mintak kerja dekat hotel equtorial bangi tu pun mj taknak. kalau boleh mj taknak kerja yang melibatkan diri mj kena jual rokok atau benda-benda yang memang haram lah.

mj dah cari kerja dekat satu butik pakaian ni, tapi orang tu tak tepon2 pun. besok abang kata cari kerja dekat Al-Ikhsan. nanti dia boleh beli murah sikit. waahhh, pandai ko nye. tak kesah la janji kerja tu mj berkenan. tiba-tiba rasa macam diri ni memilih pulak, haha. memilih benda yang patut takpe kot. maka, nak berhenti kat sinilah. saja nak lepas perasaan menaip, haha. mau bersiap-siap pergi buat IC baru yang tak pernah tukar-tukar lagi sejak habis darjah enam. tata~

13 comments:

  1. Ahaha. Semoga apa yg MJ buat skali pun, dipermudahkan urusannya oleh Allah :) Amin

    ReplyDelete
  2. yUP .BETUL KATA wan fakhrul .

    amin ~
    Buat sesuatu dengan ikhlas .hehe

    ReplyDelete
  3. @nelly
    tgh cbe mengikhlaskan diri..huhu..

    ReplyDelete
  4. Haha ..teruskan2 ...
    update entri lagi MJ . . Chayok2 !!
    =)

    ReplyDelete
  5. haha~yup2 memilih tol la MJ ni..hamboi~ tpi ok la MJ~ kita memilih ntok kebaikan kte jugak~ so, keep it on ok~

    ReplyDelete
  6. @♥cik fyza ♥
    bru sedar mj ni memilih rpenye..haha

    ReplyDelete
  7. sy lg la x paham apa2 sbb x xplore lg benda tumpul benda tajam ni hikhikhik..

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan website paparan lebih kemas dgn Mozilla. Tapi kalau nak buffering cepat, sila2 lah pakai Google Chrome :) Dlam Laptop Kee ada tiga3, Mozilla, GC ngan Internet Explorer. Kalau nak masuk student portal, kne pakai IE. Kalau nak tgk YouTube pakai GC. Selebihnya, Mozilla :D

    ReplyDelete
  9. @Halen
    xpe2, pasni boleh xplore..hehe

    ReplyDelete
  10. @Wan Fakhrul Rin
    setuju..mj pun ade semua tu..rase mcm nak buang, tapi tulah mcm kee ckp tdi ade website yg kene gune mozilla, IE, atau GC..mj pun guna GC utk utube..:)

    ReplyDelete
  11. Kalau browse guna google crome lebi baik. Tira suka guna google crome untuk browse dan opera untuk download..

    ReplyDelete
  12. @Miss Tira
    tira ade opera?mj tak pnh gune opera pun..hihi..

    ReplyDelete