Advertisement

Tuesday, 15 February 2011

Kelebihan Berselawat

Assalamu'alaikum semua.

Hari ni adalah hari yang sangat bersejarah buat kita semua sebagai umat Islam. bukan semalam ye hari bersejarah tapi hari ni 12 Rabiulawwal 1437 Hijrah, Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. maka marilah kita sama-sama berselawat ke atas Baginda SAW. banyak tau kelebihan berselawat.

  1. merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. boleh menghapuskan dosa dan kesalahan.
  3. jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
  4. menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. selamat daripada huru-hara hari kiamat.
  6. menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
  8. menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak.
  10. kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
disini mj sebutkan beberapa hadis yang menceritakan kelebihan berselawat.

Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesunggguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku."

"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husainb. Ali r.a)


semoga kita sentiasa mengingati Baginda SAW dalam apa jua hari pun. =)
 
sumber info: Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

nota kecik:
*14 feb adalah birthday adik saya..tapi takde kek2 pun, haha. kesian dia.

11 comments:

  1. Nice entry :) Salam Maulidur Rasul :)

    ReplyDelete
  2. Orang yang selalu berzikir ini akan mendapat ketenangan. Sesungguhnya zikir itu pemusnah kepada api kemarahan.

    Singgah-singgah blog Tira ye :)

    ReplyDelete
  3. insyaallah akan lebih byk berselawat. ;)

    ReplyDelete
  4. banyakkan berselawat..dapat syafaat nnt..insya-Allah..hehe :)

    ReplyDelete
  5. @Zana Zingaa.
    mudah2an kte tak lpe utk berselawat..

    ReplyDelete
  6. selawat utk mengingati baginda insyaalah dpt syafaat nye nanti :)

    ReplyDelete
  7. Part benti kete tu yg xleh blah tu. siap ade org benti lagi tanye, menunjukkan betapa baik hati org Malaysia ni.. Wuhuhu

    ReplyDelete