Advertisement

Monday, 28 February 2011

Keyakinan Diri

"Kita akan menang! Jangan gentar," kata seorang panglima.

"Jauh panggang daripada api. Bilangan musuh tiga kali ganda mengatasi kita," kata seorang pemimpin bawahannya.

"Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Dengan kekuatan itu kita akan menang."

"Apa kekuatan rahsia itu?"

Panglima besar itu berkata dengan tenang, " Dalam perjalanan ke medan perang kita akan singgah di sebuah masjid. Di situ kita akan bertemu seorang imam yang sangat terkenal kesolehannya. Dialah yang akan memberi kekuatan rahsia itu kepada tentera-tentera kita."

Sesampai sahaja di masjid berkenaan, panglima besar itu memerintahkan ketua-ketua tenteranya masuk ke dalam masjid. Selepas solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat Hajat dua rakaat, seorang demi seorang dipangggil ke hadapan mihrab untuk bertemu imam yang dimaksudkan.

"Saya akan berikan kamu segulungan kain kecil ini. Kamu dikehendaki melekatkan kain ini pada bendera-bendera pasukan kamu. Insya-Allah, Allah akan memberikan bantuan-Nya," kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu.

Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh imam. Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang. Dalam peperangan itu, setiap anggota tentera berperang dengan begitu bersemangat. Akhirnya, mereka telah mencapai kemenangan.

Masing-masing begitu takjub dengan kesan kain yang mereka bawa itu. "Apa yang ada pada kain ini? Begitu ajaib kesannya."

"Bukalah untuk mengetahuinya..." ujar panglima besar.

"Tuan! Tidak ada apa-apa...hanya kain kosong!" kata ketua-ketua pasukan terkejut.

"Ya, ia memang hanya sehelai kain kosong," jawab panglima.

"Jadi, bagaimana ia menjadi begitu ajaib?

"Kain itu bukan kain ajaib. Dan kita menang peperangan ini bukan kerana keajaiban kain ini."

"Jadi kita menang kerana kekuatan apa?"

"Kita menang kerana keyakinan kita. Kita yakin menang sebab itu kita menang. Allah beri kemenangan kepada orang yang yakin!

Pengajaran : Keyakinan adalah satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kekuatan lahiriah. Orang yang yakin akan menggunakan segala sumber yang ada padanya secara maksimum. Manakala orang yang tidak yakin akan mensia-siakan kekuatan yang ada pada dirinya.

Sumber : Majalah Solusi

7 comments:

  1. Cerita yang buat muhasabah diri kat sini ..
    =)

    tq

    ReplyDelete
  2. @nelly
    yup,muhasabah diri mj jugak..=)

    ReplyDelete
  3. @sitihanisahali
    mak mj siap buat koleksi lg..yg lme2 tak abes bce pon lg,dah beli yg baru..hehe..

    ReplyDelete
  4. sama-sama kita muhasabah diri ..hehe

    ReplyDelete
  5. sgt setuju! keyakinan tu sgt la penting. buat muka confident pon dikira keyakinan jgk kn? hehehe

    ReplyDelete