Advertisement

Sunday, 27 March 2011

Cerita Sikit Sebelum Tidur

Assalamu'alaikum

mata dah ngantuk ngantuk ayam nih tapi ada hati nak menaip lagi [ suka hati je simpulkan bahasa sendiri ].

sasaran jualan hari ni tercapai. alhamdulillah, banyak la jugak dapat.

part paling best bila dapat jual set bersalin, haha. sebab rasa macam puas sangat benda tu terjual dan harga dia memang ratus-ratus la kan, hihi [ sape taknak barang yang dijual laku, kan ].

yelah, set bersalin tuuu...ingat senang ke nak terangkan kat pelanggan. dapat pelanggan yang banyak tanya mula la menggelabah kejap [ biasa terjadi kalau mj jaga kedai sorang-sorang ].

lepas tu daripada tak ingat harga terus ingat semua harga set bersalin tu [ tapi ada satu yang tak ingat harganya sebab mj jarang sebut ]. tinggal nak kena ingat fungsi-fungsinya je dan tingkatkan ilmu kira-kira mj [saya memang lemah bab kira-kira]

okai, mahu tidur sudah. entri pendek maka kenalah selang-selang, kan.

Pause.Relax.Breath

nota kecik :
*lagi satu, mj memang cepat menggelabah. bila datang je gelabah tu mula la rasa macam menggigil tangan.
*kerja ni boleh buat orang yang lemah math pandai math..mj harap sangat dapat pandai math, Insya Allah.

Saturday, 26 March 2011

Jangan Buat Macam Tu Tahu

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua!!

Hari ni dah masuk hari sabtu. macam korang tak tau pulak kan. maka, selalu hari sabtu korang buat apa?jalan-jalan cuci mata cuci tangan habis semua. al maklumlah, bagi yang dah bekerja mesti dah gaji kan, yang pinjaman mesti duit dah masuk kan. haaa, saya pun cuci mata jugak tahu hari sabtu. cuci mata tengok ragam pelanggan atau pengguna. sepanjang bekerja dari minggu pertama hingga lah minggu ketiga nih, macam-macam ilmu dah diperturunkan. terima kasih ye kak farah dan kak ika [walaupun tetap gak lupa harga barang..hehe]

maka, meh saya bagitau ilmu apa itu. pertama sekali, kalau korang terutamanya perempuan lah takde masa nak beli barangan kosmetik korang seperti Le Rose Solution, Le Rose Solution 2, Sabun Natasya Gold, Sabun Susu Beras Citra dan yang sewaktu dengannya sila janganlah suruh laki atau kawan kawan korang belikan ye. kecuali korang dah bagi nota dekat dorang dengan jelas dan terang barang apa yang korang nak.

kedua, ni khusus untuk wanita yang dah berkahwin dan bakal mendapat baby. kadang-kadang tu dorang suruh laki dorang yang belikan set bersalin. susah tahu suruh laki belikan set bersalin nih. tengok muka dorang blur je bila diterangkan pasal set bersalin tu. konon-konon dorang paham la, lepas tu nak tengok set bersalin lain pulak. dalam kepala dorang mesti tengah dok applikasikan apa yang bini dorang cakap kalau jumpa set bersalin [jangan marah naaa]. tak dinafikan ada laki yang memang ambil berat hal-hal macam ni tapi haruslah buat persediaan awal jugak. betul tak.

ketiga...em, ade lagi tapi yang tu rahsia. kalau publish kat sini nanti tak rahsia la, haha. yang ni tak boleh lah nak bagitau, bahaya mj nanti. semalam dah capai target jualan. hari ni nak target berapa pulak ye. agak seronok buat target ni rupanya lagi-lagi kalau tercapai target tu. tenkiu kak ika [walaupun tahu masa belajar dulu memang kena buat target jualan pun, haha]. okay, mahu siap-siap pergi kerja.

nota kecik :
*takde lgsng penggunaan nama mj diatas..???eh, ade..satu je..haha.
*Selamat Hari Lahir Kak Farah!!! :: 26 Mac 2011 ::

Thursday, 17 March 2011

Bukan Nak Marah

Assalamu'alaikum semua..

yeay!mj dapat online guna laptop kak ika, haha. mj bawak dah nabbby tapi dia tak boleh guna wireless pulak. sebab takde DirectAccess ke apa ntah. hish, tak syok betul. [tulah, niat nak keje pergi ke lain,hihi]. okeh, hari tu mj tak cakap kan kat mana mj kerja. maka, hari ni nak cerita sikit apa dah jadi hari ni.

mj kerja dekat kedai yang jual produk kecantikkan dan kesihatan di bangi. hari-hari mj pergi kerja dari pukul 10.30 pagi sampailah 10.30 malam. tapi takdelah sampai 10.30 sebenarnya, nak tunggu cik ayah ambil tu je kekadang sampai 10.30.

hari ni kerja macam biasa lah bukak kedai apa semua. part yang paling tak best bila jumpa customer yang kerjanya nak menghentam kita. yup, betullah customer is always right. tapi berpada-pada lah 'always right' nya tu. kadang-kadang mj rasa customer ni saje je nak uji tahap kesabaran kita. bagi dorang seorang tukang jual harus tahu serba serbi pasal barang yang kita jual tu. okeylah, betullah tu. tapi kalau dah kita tahu pasal barang tu takat tu je, dorang lagi nak tanya benda yang bukan-bukan. benda-benda macam tu lah kadang-kadang boleh buat gaduh.

kalau benda tu kita rasa kita tak dapat nak terangkan sebab musababnya, kita diam dan senyum jelah kan. tapi..senyum pun salah!dikatanya kita ni tak ambil peduli pulak pasal apa yang dorang cakap. dah tu kalau menjawab kang kata kurang ajar pulak. habis tu macam mana. maka, janganlah pentingkan diri sendiri. kadang-kadang tu dah bagi kurang harga pun nak minta kurang lagi. tulah orang kata dah bagi betis nak peha. tak tahu nak berterima kasih betul.

ini bukan entri luahan perasaan ye, haha. sebab mj tak terkesan langsung kalau jumpa customer yang begitu.

nota kecik :
*rindu nak online lama-lama..haha..
*pertanyaan: salah ke kalau takde resit yang tak berdaftar?

Sunday, 13 March 2011

MJ Bekerja

Assalamu'alaikum semua!!

saat ini, situasi mj telah berubah. bukan dari tak kawen kepada dah kawen ea...dari tak kerja kepada dah kerja. nak bersorak sorai kata gembira tu taklah tapi oklah, haha. mj tak suka kerja [bukan sebab malas ea], maka bila dapat kerja takde lah excited terlebih ke kan. maka juga, dapat lah duit poket sikit nak buat sambung belajar. tapi kan, mj rasa tak dapat buat sambung belajar dah habis kot, haha.

mana taknya, dapat gaji bulan depan kang mj nak bayar broadband yang dah tertunggak dua bulan tahu. lepas tu bukan satu je broadband mj nak kena bayar, tapi tiga tahu : mj punya, incik mak dan adek laki mj. tapi kan rasa macam tak nak bayarkan untuk adek je. agak kijam tak?haha. lepas tu nak tolong bayarkan bil astro, kalau tak bayar kang tak dapat la nak tengok korea kan. lepas tu nak bayar bil letrik lagi. wahhh, dah macam duduk rumah sewa pulak, haha. takpelah bukan selalu kena bayar bayar nih.

maka, sebab itulah rasa memang duit tu takkan dapat guna untuk sambung belajar nanti. dan mj percaya rezeki untuk belajar tu sentiasa ada, betul tak. agak tak sabar jugak sebenarnya nak dapat gaji. padahal baru je seminggu kerja, haha. kerja mj tak susah dan tak jugak senang sebab nak kena berhadapan dengan customer yang macam macam perangai.

tiba-tiba tak tahu nak tulis apa..haha..maka, kita sambung la lain kali ea..boleh pulak camtu kan..

nota kecik :
*kakika dah sibuk sibuk nak tengok..maka saya dah hilang kata kata..hahaha..