Advertisement

Thursday, 17 March 2011

Bukan Nak Marah

Assalamu'alaikum semua..

yeay!mj dapat online guna laptop kak ika, haha. mj bawak dah nabbby tapi dia tak boleh guna wireless pulak. sebab takde DirectAccess ke apa ntah. hish, tak syok betul. [tulah, niat nak keje pergi ke lain,hihi]. okeh, hari tu mj tak cakap kan kat mana mj kerja. maka, hari ni nak cerita sikit apa dah jadi hari ni.

mj kerja dekat kedai yang jual produk kecantikkan dan kesihatan di bangi. hari-hari mj pergi kerja dari pukul 10.30 pagi sampailah 10.30 malam. tapi takdelah sampai 10.30 sebenarnya, nak tunggu cik ayah ambil tu je kekadang sampai 10.30.

hari ni kerja macam biasa lah bukak kedai apa semua. part yang paling tak best bila jumpa customer yang kerjanya nak menghentam kita. yup, betullah customer is always right. tapi berpada-pada lah 'always right' nya tu. kadang-kadang mj rasa customer ni saje je nak uji tahap kesabaran kita. bagi dorang seorang tukang jual harus tahu serba serbi pasal barang yang kita jual tu. okeylah, betullah tu. tapi kalau dah kita tahu pasal barang tu takat tu je, dorang lagi nak tanya benda yang bukan-bukan. benda-benda macam tu lah kadang-kadang boleh buat gaduh.

kalau benda tu kita rasa kita tak dapat nak terangkan sebab musababnya, kita diam dan senyum jelah kan. tapi..senyum pun salah!dikatanya kita ni tak ambil peduli pulak pasal apa yang dorang cakap. dah tu kalau menjawab kang kata kurang ajar pulak. habis tu macam mana. maka, janganlah pentingkan diri sendiri. kadang-kadang tu dah bagi kurang harga pun nak minta kurang lagi. tulah orang kata dah bagi betis nak peha. tak tahu nak berterima kasih betul.

ini bukan entri luahan perasaan ye, haha. sebab mj tak terkesan langsung kalau jumpa customer yang begitu.

nota kecik :
*rindu nak online lama-lama..haha..
*pertanyaan: salah ke kalau takde resit yang tak berdaftar?

4 comments:

  1. haha sabar ye cikkkk. adat la. keje kalau tak kena hentam, bukan pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Tapi , kalau Nelly yang asyik kena hentam dengan customer , memang ceramah free kot dia kena . Patutlah ibu tak bagi kerja ,.
    Lingkup majikan nanti .haha

    ReplyDelete
  3. @Zana Zingaa.
    haha..tahu xpe..i sabar la nih..hihi

    ReplyDelete
  4. @nelly
    mmg lingkup majikan nelly cm2..haha..tp kalau hentam cara berhikmah xpe kot..

    ReplyDelete