Advertisement

Saturday, 26 March 2011

Jangan Buat Macam Tu Tahu

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua!!

Hari ni dah masuk hari sabtu. macam korang tak tau pulak kan. maka, selalu hari sabtu korang buat apa?jalan-jalan cuci mata cuci tangan habis semua. al maklumlah, bagi yang dah bekerja mesti dah gaji kan, yang pinjaman mesti duit dah masuk kan. haaa, saya pun cuci mata jugak tahu hari sabtu. cuci mata tengok ragam pelanggan atau pengguna. sepanjang bekerja dari minggu pertama hingga lah minggu ketiga nih, macam-macam ilmu dah diperturunkan. terima kasih ye kak farah dan kak ika [walaupun tetap gak lupa harga barang..hehe]

maka, meh saya bagitau ilmu apa itu. pertama sekali, kalau korang terutamanya perempuan lah takde masa nak beli barangan kosmetik korang seperti Le Rose Solution, Le Rose Solution 2, Sabun Natasya Gold, Sabun Susu Beras Citra dan yang sewaktu dengannya sila janganlah suruh laki atau kawan kawan korang belikan ye. kecuali korang dah bagi nota dekat dorang dengan jelas dan terang barang apa yang korang nak.

kedua, ni khusus untuk wanita yang dah berkahwin dan bakal mendapat baby. kadang-kadang tu dorang suruh laki dorang yang belikan set bersalin. susah tahu suruh laki belikan set bersalin nih. tengok muka dorang blur je bila diterangkan pasal set bersalin tu. konon-konon dorang paham la, lepas tu nak tengok set bersalin lain pulak. dalam kepala dorang mesti tengah dok applikasikan apa yang bini dorang cakap kalau jumpa set bersalin [jangan marah naaa]. tak dinafikan ada laki yang memang ambil berat hal-hal macam ni tapi haruslah buat persediaan awal jugak. betul tak.

ketiga...em, ade lagi tapi yang tu rahsia. kalau publish kat sini nanti tak rahsia la, haha. yang ni tak boleh lah nak bagitau, bahaya mj nanti. semalam dah capai target jualan. hari ni nak target berapa pulak ye. agak seronok buat target ni rupanya lagi-lagi kalau tercapai target tu. tenkiu kak ika [walaupun tahu masa belajar dulu memang kena buat target jualan pun, haha]. okay, mahu siap-siap pergi kerja.

nota kecik :
*takde lgsng penggunaan nama mj diatas..???eh, ade..satu je..haha.
*Selamat Hari Lahir Kak Farah!!! :: 26 Mac 2011 ::

2 comments:

  1. yang kedua memang setuju snagat !

    ReplyDelete
  2. @nelly
    kan3..pahatkn dlm hati dan minda ye..hihi..

    ReplyDelete