Advertisement

Friday, 22 April 2011

Patah Cermin Mata

Assalamualaikum

sambil duduk duduk melepak didepan tv melepaskan penat [kononnya] baru balik kerja. dalam lebih kurang jam sepuluh malam. sepatutnya saya balik-balik terus mandi solat makan apa semua, barulah senang nak melepak-lepak lama-lama. entah angin apa duk tengok adnan sempit, haila. kan terbabas timing nak online.

mata sambil tengok tv telinga dengar adik dan mak bercerita pasal ehem ehem..[yang itu rahsia keluarga, belum masa lagi nak dihebahkan..hehe]. budak tu memang dari family yang kecik-kecik je semua la, adik beradik ramai la dan macam-macam lagi. yang saya pulak duk melayan adnan sempit dengan adik bongsu yang entah apa-apa perangai, sambil dia mencelah cerita mak.

[ohhh, bila la kau nak masuk point utama cerita kau ni mj oiii...]

maka, bila dah habis cerita pasal ehem ehem...adik yang tadinya duk bersembang dengan mak mengalihkan perhatian kat saya pulak.

"Ngah, ko beli la bingkai murah-murah je..lepas tu bawak pergi kedai spek mata tukar bingkai je. murah je cmtu".

"oho..tau murah je...[sambil mata memandang mak dan tersengih-sengih]. takpe lah, aku rase cm best pulak pakai cmni je..hahaha".

memang masa tu saya ingatkan mak dah tahu la pasal cermin mata ni dah patah. yelah, dah kadang-kadang saya tolong dia masak sebelah menyebelah. tak kan la mak tak perasan kot anak dia sorang ni pakai cermin mata satu tangkai je.

maka, mak pun bertanya dengan rasa ingin tahunya, "nape?cermin mata patah dah ke?".
aku menjawab dengan sengih-sengih, "laaa, mak tak perasan ke?lama dah patahnya".

mak pun mula bukak sesi soal jawab macam mana boleh patah apa semua. mak pun katalah mak dulu pun pakai spek jugak, tahan je lama, tinggal tukar cerminnya je. korang ni asyik patah je kejenye, cmnelah. haha, nak buat cmne, dah nak patah. dia da bagi hint suruh beli baru la tu, haha.

saya boleh rilek je pakai spek mata tangkai satu!!haha...
bukan orang perasan pun sebab terlindung dengan tudung, kan..hehe

sebenarnya dia tak patah pun, cuma mungkin gam dia tu dah tak kuat[?] dan tercabut la tangkai dia. akibat daripada adik bongsu saya tu la yang letak cooler fan + notebook atas cermin mata tanpa dia sedar[?]. macam mana nak sedar masa tu bilik dah gelap, dia pulak pandai tak bukak lampu dulu [ada hati nak salahkan orang lain lagi, haha]. ini adalah cermin mata yang ke...jap kira dulu..haa, yang kelima sejak bertukar ganti dari form 1..yang saya rasa paling cun ah..haha. lepas ni nak pakai contact lens ahh [pakai pun tak reti, ada hati konon].

notakecik:
*beli spek mata baru takde dalam bajet bulan mei....dan hari ni dah start pesta buku...

Friday, 15 April 2011

Hlovate . Pingu Toha . Jemari Seni

Assalamualaikum..

lagi 7 hari je Pesta Buku Antarabangsa KL 2011!!!

mj belum pernah berpeluang lagi nak jejakkan kaki ke pesta-pesta buku macam ni. kalau dulu mj tak terasa sangat kalau tak dapat pergi. tapi kalau sekarang rasa macam alahaiii ruginya. dahlah ada diskaun semua novel-novel tu. kalau beli online pun sah-sah la ada bayaran pos [rasa membazir sebab syarikat buku tu taklah jauh mana dengan rumah dan takde lah dekat sangat okey].

sebab apa kali ni punya pesta buku mj rasa tak syok kalau tak pergi?sebabnya dalam hidup mj tak pernah mj betul-betul buat koleksi novel penulis yang sama. sejak baca novel aA+bB terus mj buat koleksi novel-novel dia yang lain. sekarang ni tak cukup lagi satu je plus novel beliau yang bakal dijual dekat pesta buku tu nanti. novel 1 4 3 pun sama dah buat mj jatuh suka nak kumpul novel-novel dia [ohh, dia baru keluarkan dua je novel tak salah mj lah dan masuk yang baru nanti jadi tiga lah].

maka, secara tak langsung mj haruslah suka dengan penerbit novel tersebut, Jemari Seni. dulu beli novel hlovate online dengan dorang la, hehe. dekat pesta tu nanti dapat cenderahati tahu [ye, mesti lah korang tahu dah biasa pergi kan..]. salah satunyaaa......


mj nak Beg Bergaya ni...kalau mj dapat pergi confirm la dapat, hehe
sebab mj nak borong 3 buah novel sekaligus...untuk keluaran 2011 je ye..


cerita ni mj dah baca dalam blog hlovate..tapi haruslah ada novel dia jugak..
satu pasal Fend

satu pasal K2 [ohoh, mj tak tau kt mne nk buat kuasa dua tu..]


 tiga cerita dalam satu novel dan mj akan terus selak Ada & Evan oleh Pingu Toha..hehe

maka, ada sape-sape tak nak bawak mj pergi PWTC??[macam ada duit je gaya,haha]

nota kecik:
*nak kira duit syiling, cukup tak nak beli tiga novel sekaligus..


Sunday, 10 April 2011

Sayangi Keluarga Korang

Assalamualaikum

kali ni pun sesi luahan hati jugak.

aku cukup tak berkenan dengan manusia yang lebih pentingkan kawan-kawan die [yang konon konon baik sangat lah] daripada mak dan bapak die sendiri. kalau kawan kawan tu jenis yang memang membantu dari segi moral takpe la jugak. ni takde maknenye. lagi hu-ha hu-ha tak ingat dunia adalah.

kawan yang memahami tak akan biarkn kita tak pedulikan keluarga. walaupun keluarga tu kaki pukul ke kaki hamun ke kaki gaduh ke kaki macam macam la. ada ke kawan yang baik akan kata : "kau lari jelah dari rumah macam aku ni ha", tak pun : "kau nak sibuk sibuk poningkan kepalo pasal rumah watpo, hisap rokok sepam dua pam lagi sodap". nampak tak macam mana baikkknye kawan kawan ni???

maka moralnya disini, sayangi lah keluarga anda dahulu ye. sebaik mana pun kawan-kawan korang tu, jangan lah abaikan keluarga korang semata-mata tak nak terlepas saat saat indah bersama kawan kawan korang tu. kawan kawan boleh dicari [ye tahu nak cari yang sejati payah] tapi keluarga?merekalah yang tetap sejati selamanya.

Maka, jom tidur! selamat malam semua. mudah-mudahan jiwa dan rohani kita akan sentiasa bersih, Amin.

nota kecik :
*rokok bukan solusi kpd masalah yang dihadapi...

Saturday, 2 April 2011

Give Away Pertama MiraEdora

Assalamualaikum semua...!!

aktiviti biasa bila dah takde benda nak di update. haruslah join contest. konon-konon kau masih hidup lagi dalam dunia blog la, haha. maka, terima kasih Zana tag aku..kalau tak kena tag memang malas sikit. sebab macam takde motivasi gitu [ceh, poyo2!]. owhh, sudah jangan merapik. mj nak selongkar blog miraedora dulu sebab antara syarat dia adalah :
  1. mesti follow blog miraedora dan fb page MiraEdora (kalau ada fb lah, takde tak ngape).
  2. buat entri tentang giveaway miraedora ini. 1st impression korang tentang miraedora dan blog miraedora. dan kenapa?
  3. korang tepek banner kat bawah ni dalam entri korang.
  4. lepas tu silalah tinggalkan link korangg di blog miraedora ye.
  5. peserta dalam Malaysia saje ye.
  6. akhir sekali tag ler 3 orang rakan blogger.

maka, 1st impression mj tentang kak dora [ saje nak panggil dora sebab macam dora the explorace tak pun macam dora-emon..hihi gurau jek ] adalah owh dia cun la. beselah tu pompuan kan, suka komen macam tu dulu..hehe. mj baru je masuk blog kak dora nih, nanti kita kenal-kenal lagi eh. ^_^

macam biasa bila mj masuk blog orang lain je, perkara pertama sekali....wahhh, header die pun cun laahhh. kemas je, eheh. senang je nak view blog kak dora tahu. ohh, tu jelah nak komen. okay sila klik link dibawah ye untuk join..selamat malam!!

mj tag : miss enigma - ash shikano -  orkedputih

Klik SINI

nota kecik : 
*naseb mj tak gune nickname orkedputeh buat blog..nick kita sama lah...ngeee~~


Tiada Duka Yang Berpanjangan

Assalamualaikum..

bukan aku nak cakap aku ni bagus masa kecik kecik ke, masa dah besar besar panjang nih ke. tapi sekurang-kurangnya, tolonglah ada sedikit rasa tanggungjawab dalam diri tu. 

aku ingatkan apa yang aku buat dah betul tapi hakikatnya tetap mengundang rasa kecewa orang lain. ingatkan aku dapat la sokongan tapi ternyata kedua dua manusia ini tak menang. dua dua ada buat salah yang masing-masing tak sedar. aku mengaku.

macam biasa, untuk lepaskan rasa marah tu aku tak akan marah lebih-lebih sebab aku ada cara tersendiri untuk lepaskannya. dan hakikatnya aku memang tak mampu nak marah marah lebih-lebih sebab itu bukan aku. yang berlaku hari ni tak akan di bawa berpanjangan sampai ke hari esok. 

semoga diri ini tetap ikhlas ya Allah.


Friday, 1 April 2011

Bajet Tak Cukup!!!

Assalamualaikum semua.

owh, dah masuk bulan april la. tak sangka dah sebulan mj kerja. ni yang seronok terlebih-lebih sudah. amboii, tak sabar nak gaji ler tu..haha. opkos la, sape tak suka dapat gaji kan bila dah kerja. tapi itulah, habis je bulan tiga, kad Popular mj pun mati sudah. bila entah nak renew sebab tempat mj takde Popular, maka rasa tak best lah bila ada kad tapi dah mati, haha. konon je hari-hari beli buku kan.

maka, lupakan pasal kad dan gaji. sejak kerja ni sibuk la nak cerita pasal hal yang jadi kat tempat kerja, kan. macam takde benda lain je nak cerita. takpe takpe, nanti bila i dah sambung belajar, kita cerita pasal belajarrrr je, nak tak?haha.

okay, macam ni. bukan mj tak suka bila pelanggan datang nak beli barang atau tanya sajeee, kan. masalahnya, bila ada yang macam tahu dah akibat guna benda-benda tu semua dan tahu kalau amalkan petua orang-orang tua yang suruh makan ulam apa semua lagi bagus, lagi sihat badan, lagi cantik kulit, lagi berkilat rambut, dan macam-macam lagilah. tapi sibuk jugak nak bertepek kat kedai tu.

owwhhh, dan dia amalkan lah petua-petua tu. baguslah tu mj cakap. cuma dia tak dapat nak hilangkan kelumumur je. mj tunjuklah produk yang orang cari selalu tu. pergghh, dia punya lama memikir tu bukan main lagi. siap nak tahu pasal gaji la, kerja kosong kat kedai mj tu lah, kedai tu macam mana lah. hailaaa, susah la ini macam. tahu tak apa jadi lepas tu??

"takpelah, nak tengok bajet dulu" sambil tersengih sengih kambing...

nasib la ada kesabaran di hati lagi. tu baru sikit ragam pelanggan ni. ada yang lagi dasat tahu, cuma mj belum pernah kena lagi la, hehe. maka, nak tanya sekadar nak tahu harga ngam ke tak dengan bajet boleh je. tapi tok sah ler sampai nak bukak kedai kopi ye. dan nak tanya la korang tau tak cara-cara nak hilangkan kelemumur dengan efektif sekali?maksudnya kelemumur terus hilang lepas cuba petua tu. boleh lah kongsi kongsi, kan3.

nota kecik :
*nak cuba old template lepas ni, macam dah ada keyakinan pulak nak main editing.