Advertisement

Friday, 22 April 2011

Patah Cermin Mata

Assalamualaikum

sambil duduk duduk melepak didepan tv melepaskan penat [kononnya] baru balik kerja. dalam lebih kurang jam sepuluh malam. sepatutnya saya balik-balik terus mandi solat makan apa semua, barulah senang nak melepak-lepak lama-lama. entah angin apa duk tengok adnan sempit, haila. kan terbabas timing nak online.

mata sambil tengok tv telinga dengar adik dan mak bercerita pasal ehem ehem..[yang itu rahsia keluarga, belum masa lagi nak dihebahkan..hehe]. budak tu memang dari family yang kecik-kecik je semua la, adik beradik ramai la dan macam-macam lagi. yang saya pulak duk melayan adnan sempit dengan adik bongsu yang entah apa-apa perangai, sambil dia mencelah cerita mak.

[ohhh, bila la kau nak masuk point utama cerita kau ni mj oiii...]

maka, bila dah habis cerita pasal ehem ehem...adik yang tadinya duk bersembang dengan mak mengalihkan perhatian kat saya pulak.

"Ngah, ko beli la bingkai murah-murah je..lepas tu bawak pergi kedai spek mata tukar bingkai je. murah je cmtu".

"oho..tau murah je...[sambil mata memandang mak dan tersengih-sengih]. takpe lah, aku rase cm best pulak pakai cmni je..hahaha".

memang masa tu saya ingatkan mak dah tahu la pasal cermin mata ni dah patah. yelah, dah kadang-kadang saya tolong dia masak sebelah menyebelah. tak kan la mak tak perasan kot anak dia sorang ni pakai cermin mata satu tangkai je.

maka, mak pun bertanya dengan rasa ingin tahunya, "nape?cermin mata patah dah ke?".
aku menjawab dengan sengih-sengih, "laaa, mak tak perasan ke?lama dah patahnya".

mak pun mula bukak sesi soal jawab macam mana boleh patah apa semua. mak pun katalah mak dulu pun pakai spek jugak, tahan je lama, tinggal tukar cerminnya je. korang ni asyik patah je kejenye, cmnelah. haha, nak buat cmne, dah nak patah. dia da bagi hint suruh beli baru la tu, haha.

saya boleh rilek je pakai spek mata tangkai satu!!haha...
bukan orang perasan pun sebab terlindung dengan tudung, kan..hehe

sebenarnya dia tak patah pun, cuma mungkin gam dia tu dah tak kuat[?] dan tercabut la tangkai dia. akibat daripada adik bongsu saya tu la yang letak cooler fan + notebook atas cermin mata tanpa dia sedar[?]. macam mana nak sedar masa tu bilik dah gelap, dia pulak pandai tak bukak lampu dulu [ada hati nak salahkan orang lain lagi, haha]. ini adalah cermin mata yang ke...jap kira dulu..haa, yang kelima sejak bertukar ganti dari form 1..yang saya rasa paling cun ah..haha. lepas ni nak pakai contact lens ahh [pakai pun tak reti, ada hati konon].

notakecik:
*beli spek mata baru takde dalam bajet bulan mei....dan hari ni dah start pesta buku...

5 comments:

  1. nasib baik aku bukan jenis pakai spek berpower. rayban je pakai. hahahaa

    ReplyDelete
  2. dye suh bli baru tu~ hihi...by da way tggu hadiah MJ dis week ok.....da anta ari jumaat tu~ sory lmbat coz lot of problem

    ReplyDelete
  3. @Zana Zingaa.
    wow..rayban jee..boleh tahan gak tuh..haha...

    ReplyDelete
  4. @♥cik fyza ♥
    tau takpe..
    hadiah??hehe..no hal lah lmbt..;)

    ReplyDelete
  5. relex je pakai spek tangkai sebelah..sempoi la mj :D

    ReplyDelete