Advertisement

Monday, 30 May 2011

Saja Nak Heboh Heboh..hahaha...

Assalamualaikum..

semalam dan hari ni mak takde kat rumah. maka, tinggal lah aku bersama adik perempuan bongsu dan dua adik laki aku. memang bermaharaja lela mereka kat rumah tu sepanjang mak takde balik kampung dan aku pulak seharian bekerja. lagi-lagi aku tinggalkan nabby dekat rumah, makin menjadi-jadi la kan. takpe takpe, lepas balik kerja je, turn aku pulak..haha.

dannn akhirnya! okay, aku suka sangat sebab dapat jugak main angry birds..haha. kelmarin waktu baca blog kak mira pasal angry birds boleh main dekat chrome, terus cuba buka kagt link tu. tapi hampeh je sebab aku punya tak boleh main sebab tak update google chrome dan takboleh diupdate pulak tuh!




malam semalam pulak [iaitu hari jumaat] bila nak memulakan aktiviti online aku, tiba-tiba je nampak page tab aku main scroll2 pulak. hehe, mari kita tengok kenapa. dan ya!ada webs store disitu dan angry birds disitu dan terus lah aku install..haha. adik laki aku yang dua orang ni apa lagi dok sibuk la kan. macam mana ko dapat Ngah, itulah inilah dan mula la nak tunjuk terer dorang reti target, huh.



lepas tu godek2 r webs apps tu. wow!ade game lagi..ade..plant vs zombie?ahhh,asyik asyik zombi..tak best!haha. lepas tu main tukar theme pulak..tadaaa....

ouhh..ni theme sementaran je. tak habis explore lagi theme yang ada dalam chrome tu. maka, memang inilah kerja sampingan bila ada benda baru. mula lah nak cuba macam-macam. tapi walaubagaimanapun, angry birds hanya dapat digunakan masa ada line internet je ler. tau boleh main dalam pc kan?tapi saya hanya ada pc yang rosak. maka?hahahaha..

okselamatmalam!!!

Tuesday, 24 May 2011

Kamera Filem

Assalamualaikum!

dalam kepala da mencongak congak hari dapat gaji. tak sangka saya jadi orang yang tunggu gaji pulak kan [ni bak kata aiza,si budak baru..hehe]. padahal sama je perasaannya macam perasaan tunggu dapat elaun mara. cuma yang ni banyak sikit dari elaun jelah, eheh. dan dalam kepala pun da mencongak congak nak beli apanya???hahaha...

tadaaa..sangat cun ah kamera putih ni..harga pun cun je. sekarang jatuh cinta dengan kamera filem. sangat klasik hokay!haha..


kamera ni paling menangkap jiwa ah. putih bersih mulus tulus.




hitam berkilat tu..takpe ah, nak putih jugak..hehe.


dan yang lain lain ni sebagai pencuci mata ^_^





credit pic : ShaShinKi.com


ada satu quote : "digital camera sangat mudah, ambil gambar dan buang je gambar tu kalau taknak". maka, ia menjadi penguat saya untuk tidak obses pada dslr lagi.

okbai!

Sunday, 22 May 2011

Kerjaan Saya Bila Takde Pelanggan

Assalamualaikum..

kerja saya setiap hari adalah melayan pelanggan. tapi tidak sepanjang masa pelanggan datang dekat kedai tu. ada hari hari yang kita rasa macam, eh apsal macam kosong je warta ni,senyap jek..haha [contohnya hari ni]. bukan takde orangggggggg, cuma kurang orang je [ouh maafkan 'g' saya tu, key 'g' saya rosak, malas nak backspace]. maka, bila jualan macam slow je akan keluarlah ayat popular ini : 'hari ni kan selasa', kalau rabu 'hari ni kan rabu memang la kurang orang'..haha. macam mana pulak kalau jumaat sabtu dan ahad yang mana orang mesti ramai ah tapi sale macam emmm, okey la. kena la tukar ayat : 'ouh, mesti dorang tak gaji lagi ni' takpun 'dorang balik kampung kot', haha. tapi patutnya dorang dah gaji kan?hmmm..

okay itu kalau saya jaga kedai di grounfloor, memang akan keluarlah ayat sebegitu. ouh, sebelum tu kedai saya, eh bukan kedai saya kedai bos saya! ada dua. groundfloor satu, level 2 satu. bila turn jaga kedai atas lagi la asyik, haha. asyik dapat online tanpa sebarang gangguan!hahaha. tapi2, ingat seronok ke online dalam warta ni??tak hokay. kadang tu rasa macam tak online asyik dok tekan refresh button je. lama-lama main zomba jugak. 

sampai zombi pon makan otak kau!!hahaha...


dan tapi lagi!tak seronok ah dok atas online je tapi takde customer. tak mencabar tahu. pusing kepala asyik online jek [haha, poyo!].  maka bila customer takde sale pun takde komisyen pun takdela. ouhh, tapi saya tidak rasa sadis kalau takde komisyen bila jaga kedai atas. rilek la kan. kedai atas ni ibarat tempat berehat kitorang, haha. [mampus kalau bos tahu ni, nasib ah dia tak baca belog picisssan ni, haha]

okey sampai sini je dulu. walaupun jaga kedai atas kena gilir-gilir dengan mereka yang jaga bawah jugak, nak solat kan. haruslah. okthanxbai [dalam novel pingu toha pon ade ayat ni, haha]

nota kecik:
*customer suka datang masa semua kedai dah nak tutup..=_='

Sebab Kepingin Sangat, Aku Beli Je

Assalamualaikum...



konon konon nak beli dekat syarikat tu sendiri la kan. dapat diskaun banyak sikit kalau beli kat situ. tapi disebabkan aku yang malas nak ambil cuti dan kalau ambil cuti pun sape nak hantarkan ke sana, ye tak. maka, aku pun terus pergi kedai buku dalam Warta ni je. niat hati mula-mula nak beli Pelangi oleh Hlovate. malangnya, dah takde!huh, sekejap betul hilang novel tu. nasib baik ah ada Tinta, terubat sikit jiwa..hahaha. tapi Tinta tu pun ada dua buah je. kalau aku tangguh lagi, confirm ah hilang gak novel ni. masa tu tak terus ambil lagi novel Tinta, sebab macam teruja ada novel Nurul Syahida yang baru tajuk Aku Penulis Novel kot, entah la,hehe. maka, macam berkira-kira nak beli Nurul Syahida ke Pingu Toha. hmmm, akhirnya aku beli komik Maid Maiden Tuesday je dulu, haha. 

disebabkan keterujaan hati aku nampak semua novel-novel baru yang penulisnya adalah pujaan hati sahabat aku, hehe...maka, aku mesej lah dia cakap[?] Anis Ayuni ada novel baru, Fauziah Ashari pon!haha. tahu dia jawab apa?owhh..tau dah tu. cis, tahu pulak dia kan..hehe. aku pun mintak cadangan dia nak beli Nurul Syahida ke Pingu?. dengan rilek je die jawab, beli pingu. okay, maka aku pun terus beli pingu memandangkan ada dua je kat situ dan aku tahu pingu punya cerita mesti best. novel Tinta tu ada tiga cerita dan aku hanya baca tulisan Pingu Toha je!haha. kak fara dengan aiza [member kerja aku] dah mengata-ngata aku. baik takpayah beli weh, ko baca yang sorang tu je!haha..ikut aku la nak baca sorang je ke dua orang je ke, kan. dan aku dah habis baca novel tu dalam sekelip mata![opkos la kan, cerita dia kalau buat satu buku mesti tak tebal ah. tapi best tahu!!]. 

nota kecik:
*kak fara kata novel kulafazkan kalimah cintamu..kot..siti rosmizah punya best giler..kebetulan pulak kaklang pinjam kt member dia dan malam tu dia baca gelak gelak tak hengat dunia. sape dah baca??best eh??
*haha, sekarang mood nak ber'aku-aku' pulak dah ;)


Saturday, 14 May 2011

Pulut Kuning & Kek Lobak Merah

Assalamualaikum

Adooiii...tensen je rasee. aku dah cantik-cantik buat entri kot kelmarin. tibatiba check takde..hampagass betul lah. ish sabor je ler. owh, khamis hari tu aku dah post entri pasal birthday ayah. ingatkan masalah teknikal blogspot tu takde kena kat entri tu. takpe takpe, meh kita taip lagi sekali.

hari selasa bersamaan 10 mei yang lepas, saya dan kaklang telahg mencutikan diri masing-masing. nak wat persediaan sambut birthday la konon-konon. eh, apa pulak konon-konon, betul betul lah. maka hari itu saya pun tengok la tv puas-puas dulu, haha. bukan senang ooo nak tengok rancangan feveret dengan tenangnya tahu [padahal mana ada cerita sangat petang tu, haha]. kaklang pulak dah sibuk bakar kek lobak merah. mak pulak dah buat pulut kuning. saya tak buat apa apa pun lagi, haha. tapi tapi, lepas tu saya tolong tau..tolong cari piring, cawan, bekas isi pulut kuning, kari ayam..haaa..membantu la gak tu. maka, jom makan!


ini pulut kuning ye siap berhias cili lagi..haha..

kek lobak merah sebagai kudap kudapan...

air wajib..sirap ais dan teh panas..

maka, cik ayah dan incik mak dapat la hadiah masing-masing hari tu. seutas(?) tali pinggang dan sebuah beg tangan untuk mereka. luv u all so much!! ^_^

nota kecik:
*bila dah berduit lebih nanti, kitorang belikan secret recipe pulak ye bapak..hehe..


Wednesday, 4 May 2011

Ini Cuma Luahan Rasa

Assalamualaikum

semakin hari aku rasa macam entah la. apa sebab aku kerja sebenarnya. untuk aku. untuk keluarga. atau untuk pengajian aku.

lepas terbaca seronok bekerja vs penat bekerja dalam mingguan wanita minggu lepas, terasa tersedar. gembirakah aku bekerja selama ini. atau hanya mengumpul penat untuk dilelahkan ketika rehat dirumah.

arghhh, aku tak nak rasa penatnya bekerja. sebab rasa itu hanya akan buat aku macam tak ikhlasnya bekerja. aku ingin bekerja sebab aku nak tolong keluarga aku. ya. itu sebab yang pasti.

walaupun kadang-kadang orang kata, hadiahkan lah sesuatu buat diri sebagai tanda penghargaan atas usaha kerjaan kita. tapi bagi aku memberi kepada mereka yang lebih berhak macam satu penghargaan buat diri aku.

walaupun kadang-kadang ia nampak macam tak relevan. tapi itulah aku. kadang-kadang boleh rasa sangat serba salah kalau tak tolong orang lain. dan kadang-kadang boleh jadi sangat pentingkan diri bila emosi ditekan. aku tak mahu jadi yang itu.

biarlah tiada simpanan untuk pengajian aku. asalkan mereka yang lebih berhak itu merasa puas dapat merasa hasil kerjaan aku. itu lagi penting. sebab aku selalu percaya rezeki itu ada dimana-mana. dan senantiasalah percaya dengan janji-Nya.

nota kecik:
*aku bukan penulis yang bagus...

Tuesday, 3 May 2011

Bajet Bulan Mei

Assalamualaikum

(Ini kisah minggu lepas..nak gak publish!!)

jam dah menunjukkan pukul 11 malam. biasanya saya akan online lepas dah setel semua benda-benda wajib (makan pun perkara wajib tahu..haha). tapi disebabkan saya rasa macam kitaran jam badan saya dah macam agak nazak bilamana selalu sangat lambat bangun. lepas dah bangun subuh pulak, rilek je terus tidur sampai dah kena gedegang pintu bilik baru bangun. maka, saya pun ubah tabiat online ke pagi buta saya tu kepada terus tidur (sehingga ke pagi buta, hehe).

konon-konon dengan tidur terus dapat lah bangun dengan sendirinya. tapi hampeh je. adik bongsu jugak yang tolong kejutkan, haha. malam kelmarin, dah siap-siap nak tidur ni. tinggal tunggu si adik bongsu je dok sibuk nak kemas buku sekolah. time orang nak tidur la baru nak kemas buku. dan entah kenapa tiba-tiba secara spontan saya mencari kertas bajet bulan mei dalam beg duit bintik bintik saya.

ada lima kolum untuk bajet bulan mei. kolum pertama : simpanan (wajib ni lepas baca teknik pengurusan kewangan yg betul), kolum kedua : belanja tetap (sudah tentulah broadband). Kolum ketiga keempat dan kelima adalah kosong. maka, malam itu saya pun mula dengan benda-benda yang harus dibeli yang kebanyakkannya lebih kepada kehendak diri semata.

bukan main banyak lagi nak beli kalau ikut kepala otak ni. katil nak beli, almari nak beli, tilam nak beli, basikal pun nak beli, hahaha. lepas tu tukar planning, ohh yang tu semua beli time kawen ahh..haha. adik bongsu pun menyibuk, dah kalau semua ko nak beli time kawen baik tak payah tulis-tulis bajet Ngah..ape daa..[huh, sibuk je dak kecik ni padahal dia dah request macam-macam mintak aku belikan]. ikut suka la nak tulis ke tak nak..dah ko g tido la. dia pun membalas, nak tido la ni, ko tu yang tak tutup lampu cane nak tido.

alih-alih tidur dekat pukul 12 malam gak. sibuk buat bajet punya pasal.

maka ini cerita hari ini..yeay! sudah gaji. haruslah buat ikut bajet kan. setelah ditolak-tolak tinggal la beberapa sen untuk beli barang. nak bayar broadband online kononnya, sekali terlupa pulak password cimb. dah simpan password tu dalam henpon, cari-cari dalam beg henpon pulak tertinggal. hailaa..kena la bersabor jap.

nota kecik:
*nak beli novel ke nak beli kasut???