Advertisement

Tuesday, 3 May 2011

Bajet Bulan Mei

Assalamualaikum

(Ini kisah minggu lepas..nak gak publish!!)

jam dah menunjukkan pukul 11 malam. biasanya saya akan online lepas dah setel semua benda-benda wajib (makan pun perkara wajib tahu..haha). tapi disebabkan saya rasa macam kitaran jam badan saya dah macam agak nazak bilamana selalu sangat lambat bangun. lepas dah bangun subuh pulak, rilek je terus tidur sampai dah kena gedegang pintu bilik baru bangun. maka, saya pun ubah tabiat online ke pagi buta saya tu kepada terus tidur (sehingga ke pagi buta, hehe).

konon-konon dengan tidur terus dapat lah bangun dengan sendirinya. tapi hampeh je. adik bongsu jugak yang tolong kejutkan, haha. malam kelmarin, dah siap-siap nak tidur ni. tinggal tunggu si adik bongsu je dok sibuk nak kemas buku sekolah. time orang nak tidur la baru nak kemas buku. dan entah kenapa tiba-tiba secara spontan saya mencari kertas bajet bulan mei dalam beg duit bintik bintik saya.

ada lima kolum untuk bajet bulan mei. kolum pertama : simpanan (wajib ni lepas baca teknik pengurusan kewangan yg betul), kolum kedua : belanja tetap (sudah tentulah broadband). Kolum ketiga keempat dan kelima adalah kosong. maka, malam itu saya pun mula dengan benda-benda yang harus dibeli yang kebanyakkannya lebih kepada kehendak diri semata.

bukan main banyak lagi nak beli kalau ikut kepala otak ni. katil nak beli, almari nak beli, tilam nak beli, basikal pun nak beli, hahaha. lepas tu tukar planning, ohh yang tu semua beli time kawen ahh..haha. adik bongsu pun menyibuk, dah kalau semua ko nak beli time kawen baik tak payah tulis-tulis bajet Ngah..ape daa..[huh, sibuk je dak kecik ni padahal dia dah request macam-macam mintak aku belikan]. ikut suka la nak tulis ke tak nak..dah ko g tido la. dia pun membalas, nak tido la ni, ko tu yang tak tutup lampu cane nak tido.

alih-alih tidur dekat pukul 12 malam gak. sibuk buat bajet punya pasal.

maka ini cerita hari ini..yeay! sudah gaji. haruslah buat ikut bajet kan. setelah ditolak-tolak tinggal la beberapa sen untuk beli barang. nak bayar broadband online kononnya, sekali terlupa pulak password cimb. dah simpan password tu dalam henpon, cari-cari dalam beg henpon pulak tertinggal. hailaa..kena la bersabor jap.

nota kecik:
*nak beli novel ke nak beli kasut???

6 comments:

  1. beli novel...
    pastu kasut pon beli jugak...
    kesimpulannya, beli novel dan kasut =)

    ReplyDelete
  2. @miss enigma
    haha..idea xbrpe nak bernas..pilih satu je la..(beli novel dpt disc.20%..haha)

    ReplyDelete
  3. Hehehe. Kee pun dah gaji hari ni. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. @Wan Fakhrul Rin
    yeay!da gaji leh blnje mj..haha..

    ReplyDelete
  5. beli kasut. kasut penting. novel beli ble duit dh kepuk. hehehe.copppp... kasut tu tgh ade sale ke? kalau tgh ade sale, mj WAJIB beli! hahaha

    ReplyDelete
  6. @nohfee
    hahaha..hadoiii..xde sale r skrg..tp da rambang mata nmpk beg,kasut..almklum lah keje kt shopping complex..haha..

    ReplyDelete