Advertisement

Wednesday, 4 May 2011

Ini Cuma Luahan Rasa

Assalamualaikum

semakin hari aku rasa macam entah la. apa sebab aku kerja sebenarnya. untuk aku. untuk keluarga. atau untuk pengajian aku.

lepas terbaca seronok bekerja vs penat bekerja dalam mingguan wanita minggu lepas, terasa tersedar. gembirakah aku bekerja selama ini. atau hanya mengumpul penat untuk dilelahkan ketika rehat dirumah.

arghhh, aku tak nak rasa penatnya bekerja. sebab rasa itu hanya akan buat aku macam tak ikhlasnya bekerja. aku ingin bekerja sebab aku nak tolong keluarga aku. ya. itu sebab yang pasti.

walaupun kadang-kadang orang kata, hadiahkan lah sesuatu buat diri sebagai tanda penghargaan atas usaha kerjaan kita. tapi bagi aku memberi kepada mereka yang lebih berhak macam satu penghargaan buat diri aku.

walaupun kadang-kadang ia nampak macam tak relevan. tapi itulah aku. kadang-kadang boleh rasa sangat serba salah kalau tak tolong orang lain. dan kadang-kadang boleh jadi sangat pentingkan diri bila emosi ditekan. aku tak mahu jadi yang itu.

biarlah tiada simpanan untuk pengajian aku. asalkan mereka yang lebih berhak itu merasa puas dapat merasa hasil kerjaan aku. itu lagi penting. sebab aku selalu percaya rezeki itu ada dimana-mana. dan senantiasalah percaya dengan janji-Nya.

nota kecik:
*aku bukan penulis yang bagus...

No comments:

Post a Comment