Advertisement

Sunday, 22 May 2011

Sebab Kepingin Sangat, Aku Beli Je

Assalamualaikum...



konon konon nak beli dekat syarikat tu sendiri la kan. dapat diskaun banyak sikit kalau beli kat situ. tapi disebabkan aku yang malas nak ambil cuti dan kalau ambil cuti pun sape nak hantarkan ke sana, ye tak. maka, aku pun terus pergi kedai buku dalam Warta ni je. niat hati mula-mula nak beli Pelangi oleh Hlovate. malangnya, dah takde!huh, sekejap betul hilang novel tu. nasib baik ah ada Tinta, terubat sikit jiwa..hahaha. tapi Tinta tu pun ada dua buah je. kalau aku tangguh lagi, confirm ah hilang gak novel ni. masa tu tak terus ambil lagi novel Tinta, sebab macam teruja ada novel Nurul Syahida yang baru tajuk Aku Penulis Novel kot, entah la,hehe. maka, macam berkira-kira nak beli Nurul Syahida ke Pingu Toha. hmmm, akhirnya aku beli komik Maid Maiden Tuesday je dulu, haha. 

disebabkan keterujaan hati aku nampak semua novel-novel baru yang penulisnya adalah pujaan hati sahabat aku, hehe...maka, aku mesej lah dia cakap[?] Anis Ayuni ada novel baru, Fauziah Ashari pon!haha. tahu dia jawab apa?owhh..tau dah tu. cis, tahu pulak dia kan..hehe. aku pun mintak cadangan dia nak beli Nurul Syahida ke Pingu?. dengan rilek je die jawab, beli pingu. okay, maka aku pun terus beli pingu memandangkan ada dua je kat situ dan aku tahu pingu punya cerita mesti best. novel Tinta tu ada tiga cerita dan aku hanya baca tulisan Pingu Toha je!haha. kak fara dengan aiza [member kerja aku] dah mengata-ngata aku. baik takpayah beli weh, ko baca yang sorang tu je!haha..ikut aku la nak baca sorang je ke dua orang je ke, kan. dan aku dah habis baca novel tu dalam sekelip mata![opkos la kan, cerita dia kalau buat satu buku mesti tak tebal ah. tapi best tahu!!]. 

nota kecik:
*kak fara kata novel kulafazkan kalimah cintamu..kot..siti rosmizah punya best giler..kebetulan pulak kaklang pinjam kt member dia dan malam tu dia baca gelak gelak tak hengat dunia. sape dah baca??best eh??
*haha, sekarang mood nak ber'aku-aku' pulak dah ;)


4 comments:

  1. wah..bestnya beli novel baru...kak farhah pun dh lama sangat tak beli...dok baca on9 novel lama-lama je..huhu...

    ReplyDelete
  2. @Tengku Puteri
    tak larat ah mj nk baca on9 novel..hehe..kejap ade line,kejap xde..leh sakit jiwe jap..haha..beli je senang.(tp xsenang gak kalau xde fuluss..haha)

    ReplyDelete
  3. wahh.dah lama tak baca novel2 cegini. last baca masa nohfee drjah 6. huih..lme sangat tu. hehe.

    ReplyDelete
  4. @nohfee
    huiihh..darjah 6 da bce novel..mj bce novel start msuk menengah..tu pon main pinjam2 ngan kengkwn..

    ReplyDelete