Advertisement

Tuesday, 14 June 2011

Jom Ber-Madu-maduan!!!

assalamualaikum

madu adalah berasal dari lebah. tapi madu juga boleh berasal dari manusia. hakikatnya tak ramai yang gemar madu dari manusia. madu dari lebah juga yang dapat mengubat lara hati (penyakit).

di kedai saya ada jual bermacam jenis madu. lebih dari sejenis tu kan bermacam. walaupun kesemuanya dikategorikan dalam satu kelompok madu asli atau madu tualang asli. ia jadi bermacam jenis sebab jenama lain lain la. perkara biasa yang akan ditanya oleh pelanggan : madu mana paling ramai orang beli dik?. maka jawapan klise kami sebagai jurujual berpengalaman (aku pun dikira berpengalaman oke walaupun 3bulan lebih kerja) adalah madu ini dan ini kak, dua ni memang ramai lah orang ambil.

kemudian, soalan seterusnya akan diutarakan : apa kelebihan madu-madu ni dik? atau mana lagi bagus dik?. soalan ni tak susah sebenarnya tapi kadang-kadang ia nampak macam susah. sebab mereka andaikan kami ni seorang doktor yang menguji semua bahan-bahan dimakmal atau seorang bahan ujikaji yang harus cuba semua barang yang kami pamerkan.  maka sambil mengekalkan muka manis kami menjawab : dua-dua ni khasiat dia lebih kurang sama je kak (ye aku tau macam tak patut je jurujual cakap macam tu, tapi memang madu khasiatnye gtu) atau jawapan kami akan berdasarkan pengalaman pelanggan-pelanggan tetap kami.

dan akhirnya mereka akan beli dan juga sekadar bertanya untuk masa depan (kadang-kadang tu ada yang datang kat kedai kami tapi beli kat tempat orang lain. motif tidak diketahui. tapi untuk sedapkan hati kami simpulkan tempat lain tu penerangan dorang tak sehebat kedai kami..opss..hehe).

okey, saya tau saya tak patut jawab macam tu kan. maaf!

maka, setelah melakukan penyelidikan di internet terdapat banyak kelebihan madu-madu yang saya jual. dan ternyata khasiatnya adalah hampir sama. Madu Khaula contonya dapat mengelakkan penyakit asma dan lelah, resdung, batuk (banyak lagi sebenarnya) dan juga dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan mengimbangkan diet badan, meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak (boleh KLIK SINI).

Madu Al-Shifaa dari Yaman pula dapat memulihkan batuk dan lelah, menguatkan jantung buah pinggang dan badan, baik untuk mereka yang ada penyakit insomnia, gastrik (yang ni mengikut kata pelanggan) dan banyak lagi (boleh KLIK SINI). ah-ha!jika anda lelaki dan mengamalkan minum madu lebah, anda akan tampan dan perempuan pula akan cantik jelita lah. semuanya yang pasti bergantung pada niat kita menggunakan madu lebah.

lagi satu madu yang femes kat kedai saya, Madu Naqia dengan Zafarran. khasiatnya :

  • membuang lendir-lendir dalam saluran pernafasan
  • menguatkan sendi dan tulang
  • membersihkan saraf dari segala bahan toksik yang terkumpul
  • menguatkan antibody tubuh
  • dan boleh KLIK sini..hehe
"Dik, ni madu ori ke tak?" ya!ni antara soalan femes pelanggan juga. setakat ni barang-barang yang kami jual semuanya ori. tapi taktau la kan kot-kot supplier kami nak bagi yang tak ori ke,kan. mudah-mudahan takde la  jadi macam tu. madu juga boleh diuji keasliannya. selalu yang saya dengar kalau nak tau madu tu asli ke tak madu tu mesti tak dihurung oleh sang semut dan telur boleh jadi separuh masak kalau campur dengan madu. ya, semua tu betul tapi!! setelah sesi menyelidik ternyata madu yang berasal dari hutan je boleh diuji macam tu sebab madu hutan ni 'berbahang'. madu pergunungan pula jenis sejuk, maka semut memang akan datang hurung. kalau nak tau ketepatan keasliaannya ujilah dimakmal. tapi ada musykil jugak disini Madu al-Shifaa dari Yaman tidak dihurung semut..hmmm??ada sesape leh jawab kan.

okay, saya belum amal lagi madu-madu ni. nak amal lepas kawen lah..haha..teettt.

nota kecik :
*madu pun boleh ubat sape-sape ada kencing malam. perah air lemon sikit di atas sesudu madu dan terus hirup. amalkan pagi dan malam sebelum tidur. sumber link Madu Khaula di atas.
*pic madu malas nak snap, boleh tak letak esok je..haha..rabu kan besok..
*sekarang baru amalkan makan kismis balik. makan kismis macam makan keropok je.

2 comments: