Advertisement

Friday, 8 July 2011

Dua Benda Ni Je Yang Dapat Tarik Perhatian

Assalamualaikum

tiba tiba perasaan ingin menulis dah kembali. semalam aku cuti. tujuan cuti tak diketahui. sepatutnya diketahui tapi jadi macam tak diketahui disebabkan beberapa faktor. okey takyah cerita pasal tu. maka, selama satu hari aku duduk rumah tanpa buat apa-apa. apa??takbuat pape?makin malas pulak aku jadinya sejak bekerja. orang bekerja makin rajin, aku bekerja makin malas. bukan malas ditempat kerja tapi malas bila berada dirumah. haila..tak boleh jadi macam ni. agaknya sebab nilah kot aku tak suka bekerja. atau mungkin aku tak sesuai bekerja diluar dan lagi sesuai bekerja dirumah. hah!sudah sudah la tu mengarut mj ooii.

maka, ada dua perkara menarik hari ni.

yang pertama novel yang aku order dah sampai!

 rasa seronok giler sebab koleksi novel hlovate dah lengkap. novel pingu toha pun dah lengkap. novel nurul syahida je tak lengkap-lengkap lagi sebab nurul syahida bukan dibawah satu bumbung yang sama. maka, tak dapat nak order online sekali. dan aku tambah lagi satu novel lain (yang satu bumbung dengan hlovate dan pingu toha) yang hanya dengar khabar angin cerita dia pun best. takpe kita tengok novel tu dapat menangkap jiwa aku ke tak. aku terasa nak baca novel ramlee awang murshid. aku nak rasa apa yang lainnya baca novel ramlee awang murshid ni. member kerja aku suruh baca Ungu Karmila ke 9 Nyawa eh..dia kata sampai boleh terbawa-bawa ke realiti. maka, aku cuba nak order online dekat alaf 21 tapi sayangnya takboleh order online pun. okey okey, cukup cukup lah dengan 4 buah novel yang aku dah beli. tu pun tak terbaca lagi. dan baru baca L.U.V.E tak habis pun lagi sebab mood terganggu dengan bunyi tv dan bunyi-bunyian lain. maka, aku hanya layankan aje internet yang dah menagih aku dan besok aje (hari ni la tu) aku layan novel tu di kedai.



maka, hal menarik yang kedua adalah aksi ketiduran kucing-kucing aku. serius aku suka snap pic dorang time tidur sebab masa tu je yang dorang tak bergerak sambil buat aksi comel tidur. petang tu di dapur, nampak lah mereka ketiduran dengan macam-macam gaya. semakin suka pulak aku dengan kucing-kucing yang aku bela..haha. kucing orang lain aku bukan taksuka tapi takberani nak suka lebih-lebih. takberani nak tiba-tiba peluk cium kucing orang, sekali dicakarnya aku. hah!padan muka. ye, aku masih taksuka (mungkin takut) dengan kuku kucing dan gigi dorang.

petang itu..si Mikey

si Sepet

si Que
time ni dah malam. ntah apela yg suka sangat tidur atas meja.

ouh, ade sekor lagi adik beradik dorang tak dijumpai. dan ada lagi tiga yang bukan adik-beradik pun tak dijumpai dimana.

nota kecik :
*aku betul betul suka sama pingu toha..taktau kenapa..=.=''

4 comments:

  1. PINGU TOHA ?? tak pena dgr. hlovate tu rajin dgr ;)

    ReplyDelete
  2. @Zana Zingaa.
    rajin dgr hlovate je?rajin bace die tak..?lepas ni rajin kan diri dgr pingu toha pulak..

    ReplyDelete
  3. best la novel dh smpi? heheh
    makkk aiihh mj~~!
    byk nye kucing!!! #nohfee takut kucing. lol

    ReplyDelete
  4. @nohfee
    mj tak takot kucing sendiri jek..haha..

    ReplyDelete