Advertisement

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan,Universiti dan Kucing

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kawan-kawan...

Insya-Allah, malam ni solat tarawikh. rasa macam nak patah balik zaman sekolah dulu-dulu. zaman sekolah berasrama sebab time tu la aku dapat buat secara berjemaah tanpa miss satu solat pun.  masa study dip dulu pun, alhamdulillah dapat buat jemaah solat tarawikh gak. penting ada member yang saling ingatkan kita bila tiba waktu-waktu macam ni.

********

sepanjang minggu-minggu lepas macam-macam benda jadi dan macam-macam benda yang aku fikir. dari hal persediaan nak masuk universiti sampailah hal rumahtangga keluarga aku. bukan rumahtangga aku ye. sampai saat ini, aku tak buat apa-apa persediaan pun nak sambung belajar. sekadar beli seterika je baru, haha. yang lain-lain boleh rembat rumah punya. tinggal beli benda yang simple simple tu je. dan juga baju kurung kaler biru!sebab ukm nak baju kurung biru. mak aku kata ada je kain ela yang kaler biru, nanti jahit je. aku tau apa maksud nanti jahit je tu, peratusan untuk baju tu dijahit memang rendah. dan aku rasa macam kain ela biru yang banyak-banyak tu macam mak aku punya je, takkan dia nak bagi kot..haha. yelah, kain ela dia dapat masa kerja kat ukm kot, cantik pulak tu. aku rasa macam nak cari jubah biru je. sebenarnya dah ada sehelai jubah biru tapi yang tu biru gelap siap ada corak-corak. kali ni nak cari yang plain je. oke tu baru hal barang-barang. hal borang-borang lagi la aku tak sentuh.

********

seminggu lepas keputusan masuk universiti kucing aku, Nikki selamat beranak. maka, tittle aku daripada umi kucing dah bertambah jadi nenek kucing. seronok ah time dapat baby baru..haha. tapi seronok tu tak lama. sampai lah hari ini, kucing aku yang banyak banyak tu da tinggal beberapa ekor je. semalam aku sempat la usap-usap Nikki, mana tau pagi tadi tau-tau je dia da takde. tiba-tiba aku rasa macam aku taklayak pun nak jadi umi kucing..huhu. yang tinggal ni pun agak sakit-sakit jugak cuma tak teruk sangat. kalau yang ni pun takde jugak, mau aku trauma nak bela kucing lagi. lagi-lagi yang tinggal ni selalu tidur dalam bilik aku, menyibuk-nyibuk kacau aku. sedih pulak rasa..huhu.

********

banyak benda yang beri aku pengajaran sejak akhir-akhir ni. dan aku selalu cuba untuk tetap tersenyum walaupun ada masalah..=)

nota kecik:
*orang dah mula beli Yusoff Taiyoob..dan dari pagi tadi troli dekat giant asyik habis je, ni masuk kali ke berapa ntah si ShahRukhKhan topup troli.

4 comments:

  1. adakah anda mendapat ukm miz jah? apa2 pon tahniah yee. =)

    ReplyDelete
  2. @nohfee seperti yg tertulis..yep..tenkiu nohfee..=)

    ReplyDelete
  3. wahh dapat ukm same dgn liyanaa.com laa ;) tahniah beb

    ReplyDelete
  4. @Zana Zingaa.
    tenkiuu zana..
    aah same dgn liyana.com..xsame fakulti je..haha..

    ReplyDelete