Advertisement

Wednesday, 31 August 2011

Sunday, 28 August 2011

Kenangan Raya Dulu-Dulu

Assalamualaikum..

....kebabooommm...!!!
cis..aku paling tak suke dengar bunyi ni masa tengah solat. nasib ah jantung kuat. masuk terawih hari terakhir ni je dah tiga kali aku terperanjat. haru betul budak-budak ni.

ouhh, dah terawih yang terakhir dan tinggal lagi sehari je puasa, Insya Allah. jujurnya aku taktau la aku bertambah sabar ke tak. mudah-mudahan bertambah sabar la. dan satu hari ni sesi men'clear'kan kawasan depan rumah aku terlaksana juga. dari awal ramadhan sampai la ni baru setel.

walaupun ada je yang tak dibuang, sayang la katakan tapi agak bersih la jugak berbanding sebelum ni, hehe. habis semua kotak-kotak yang aku angkut dari tempat kerja dulu dah dijual. tin-tin kosong, botol kosong, suratkhabar kosong(?)...semua dah jual. lepas ni tak dapat la nak jual kotak lagi, dah berhenti kerja kan.

dan besok!balikkk kampunggg..haha. walaupun aku tahu sambutan raya kali ni tak macam zaman kecik-kecik dulu tapi still..balik kampung kan. kalau dulu-dulu, asal cuti sekolah akhir tahun je, balik kampung. balik kampung je mesti cuti sekolah. maka, puasa mestilah dekat kampung sekali raya terus. takyah pikir-pikir bila nak balik kampung untuk sambut raya.

masa aku kecik-kecik dulu, memang kitorang lah muka wajib ada kat kampung tu ha. apa ayat macam pelik je. okey okey..kitorang adik beradik mesti akan duduk tinggal dekat kampung sebulan lebih kot. dulukan cuti sekolah bulan sebelas sampai lah bulan dua belas. mak dengan ayah pulak kerja lagi time tu, jadi ditinggalnya la kitorang dekat kampung. sonang cerito..haha.

maka, berpuasa lah kami disana dengan atuk dan arwah opah dan mak lang dan cu (pakcik bongsu) kitorang. maka, beraya lah jugak kami disana. dan persiapan raya kitorang masa tu takdelah hebat sangat sampai nak tukar habis satu rumah. kitorang (biasanya memang aku!) akan kemas satu rumah, buang mana tak patut, pasang langsir baru (basuh) dan juga buat kuih. ha..dodol juga.

aku paling suka buat kuih bangkit tepung sebab memang kuih feveret. memang duduk kat dapur la aku masak kuih tu dengan asap-asap sabutnya. maklang aku pulak dok tengok cerita, haha. yelah, aku tukang bakor je kot. kalau kuih bangkit kacang memang malas ah aku nak buat. tapi aku buat juga ye. lagi kuih siput, bahulu (part yang tangan dah lenguh tu aku pass kat maklang aku ja..haha), batang buruk (feveret mak aku), kuih goyang, kuih kapit (hampir-hampir lupa nama dia). emm, aku rasa tu je kot kuih yang biasanya kitorang buat. lepas tu masak dodol. ehh..sebelum terlupa kuih tart pun feveret aku cuma tak pernah buat je.

masak dodol lah paling nostalgia sekali. masak opkos la kat luar rumah kan. maklang dah siap siap korek tanah nak buat letak kawah dodol tu. ada je tempat kat luar rumah tu yang tak payah korek tanah tapi nanti nak masak benda lain pulak kat situ contohnya ketupat takpun lemang dan rasa macam pernah masak kuih bangkit kat luar rumah...(ohhh..lupa sudahh..). acara memasak dodol dilakukan bergilir-gilir oleh kami adik beradik untuk mengacau dodol tersebut. dodol tak likat lagi boleh lah korang tolong kacau kan. bila dah likat semua dah malas..haha. tau nak makan je. masa nak kacau dodol tu mata memang berair-air lah. nasib lah pili air sebelah je, kejap-kejap basuh muka.

bila dah siap dodol tu apalagi kita makanlah!hahaha. memang best ah. siap bungkus masuk dalam plastik lagi supaya senang nak bagi kat sedara mara, orang-orang kampung nanti.

lepas tu malam raya,bercahaya-cahaya kampung atuk aku. bukan sebab pelita (yang tu dah lama bercahaya) tapi sebab kereta-kereta pakcik makcik aku dah sampai depan rumah atuk aku ni ha. mak ayah aku biasanya dua hari sebelum raya sampai dah. malam tu memang bising dan kecoh lah dengan suara pakcik makcik mak ayah aku bercerita sampai ke subuh. aku pulak dah lama terlena kepenatan. awat kepenatan?sebab aku habis tolong masak-masak kat dapur je dah pukul 2/3 pagi.

dan itu semuanya dulu-dulu. sekarang ni balik kampung pun sehari sebelum raya. ada sekali tu kitorang raya kat rumah dulu baru balik kampung. maklang pun dah takbuat dodol macam dulu-dulu. kuih bangkit pun takde dah. tunggu kuih tunjuk dari adik-beradik dia jelah yang memenuhkan balang kuih. takpe lah, janji raya balik kampung. betul tak.

benda wajib main..bunga api!!haha..aku takmain mercun..bahaya..haha
(padahal takut)


maka, di kesempatan ini saya mizsjah a.k.a Mj ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger yang singgah/tersinggah ke blog hitam ini. maafkan daku andai tersalah ejaan sukukata....hehehe.

Ramadhan satu perjuangan. Syawal satu kemenangan.
Raya jangan sedih-sedih, mesti gembira..kita berjaya puasa!!

Thursday, 18 August 2011

Sikap Ketika Bekerja

Assalamualaikum

dah setengah bulan lapan berlalu. dah nak sampai masa berhenti kerja. rasa sayang pon ada jugak nak berhenti kerja ni. walaupun kerja macam ni je. tapi ia adalah seronok kot. apa yang seronok?mj still dapat jalan jalan cuci mata dalam shopping kompleks walaupun hari hari dok la menatap benda yang sama je. tapi seronok gak apa.

yang tak seronok!bila dapat pekerja baru..haha. adehh..seboleh mungkin taknak cakap or kata. tapi ia perlu diluahkan..haha. okey, jangan cerita pasal pekerja baru. tapi kita cerita pasal sikap atau bahasa jawa nya attitude..hehe. bila kau dah diambil bekerja, sila buat macam nak bekerja. dan jangan ingat kau dah pernah kerja benda yang lebih kurang sama, kau tak perlu belajar lagi. belajar tu sampai mati tahu.

maka point nya disitu, belajarlah wahai kawan-kawan yang baru bekerja (ini juga tak terkecuali aku). mj bukan seorang pengajar yang bagus. mj tak ajar kalau korang tak tanya. tapi since korang tak tanya tanya, aku pun dengan baik hatinya ajar la mana-mana yang patut. tetapi kalau dah lepas ajar gaya macam sama je macam tak diajar itu sangat mendukacitakan. macam takde usaha disitu untuk memajukan diri.

maka point nya disitu lagi, sila ada inisiatif sendiri kalau nak cepat tangkap apa yang diajar. ini tak, selagi tak diketuk selagi tu lah tak bergerak. ingat aku ni rajin sangat ke nak ketuk ketuk orang ni. ehh..ayat macam sakit hati je..hehe..sabar mj. oke oke, lepas tu bila dah disuruh buat apa apa yang patut maka buatlah dengan cermat dan kemas dan tertib dan apa apa je yang seangkatan dengannya. satu je yang mj tak suka bila ada pekerja baru, mereka akan alihkan barang-barang yang dah memang sejak azali tempatnya disana ke tempat lain. kalau dia ingat letak kat mana-mana takpe. ni kadang-kadang diri sendiri lupa letak dekat mana.

point seterusnya, sila datang awal. okey...aku mengaku la yang aku pun hari-hari datang lewat. lewat lima minit. kerja aku dikira macam sempoi la jugak sebab kau datang lambat tak kena maki-maki dengan bos. tapi walaupun tak kena maki maki, bos tau je kot sape yang datang lambat selalu. oleh disebabkan itu, jangan la pulak hari hari kau bantai lewat. lewat setengah jam pulak tu. adehhh la. parah la macam ni kawan.

point seterusnya, kalau rasa-rasa diri tu tak mampu nak buat kerja, berhenti jelah. berhenti pulak haruslah dengan cara yang elok. jangan tiba-tiba esok kau tak datang macam tu aje tanpa bagi alasan langsung kenapa kau nak berhenti kerja. memang tak wajar la nak dapat gaji kan. kot bos tu baik ye dia bagi gaji sehari.

apsal gaya bahasa ayat diatas macam cerita pasal pekerja baru je..haha. mj dah cuba nak tukar intonasi bahasa tu, tapi tak boleh. sampai ketemu lagi.




nota kecik : 
*pejam celik..celik pejam..dah nak sambung study balik..waaa....taktau nak rasa ape..