Advertisement

Thursday, 18 August 2011

Sikap Ketika Bekerja

Assalamualaikum

dah setengah bulan lapan berlalu. dah nak sampai masa berhenti kerja. rasa sayang pon ada jugak nak berhenti kerja ni. walaupun kerja macam ni je. tapi ia adalah seronok kot. apa yang seronok?mj still dapat jalan jalan cuci mata dalam shopping kompleks walaupun hari hari dok la menatap benda yang sama je. tapi seronok gak apa.

yang tak seronok!bila dapat pekerja baru..haha. adehh..seboleh mungkin taknak cakap or kata. tapi ia perlu diluahkan..haha. okey, jangan cerita pasal pekerja baru. tapi kita cerita pasal sikap atau bahasa jawa nya attitude..hehe. bila kau dah diambil bekerja, sila buat macam nak bekerja. dan jangan ingat kau dah pernah kerja benda yang lebih kurang sama, kau tak perlu belajar lagi. belajar tu sampai mati tahu.

maka point nya disitu, belajarlah wahai kawan-kawan yang baru bekerja (ini juga tak terkecuali aku). mj bukan seorang pengajar yang bagus. mj tak ajar kalau korang tak tanya. tapi since korang tak tanya tanya, aku pun dengan baik hatinya ajar la mana-mana yang patut. tetapi kalau dah lepas ajar gaya macam sama je macam tak diajar itu sangat mendukacitakan. macam takde usaha disitu untuk memajukan diri.

maka point nya disitu lagi, sila ada inisiatif sendiri kalau nak cepat tangkap apa yang diajar. ini tak, selagi tak diketuk selagi tu lah tak bergerak. ingat aku ni rajin sangat ke nak ketuk ketuk orang ni. ehh..ayat macam sakit hati je..hehe..sabar mj. oke oke, lepas tu bila dah disuruh buat apa apa yang patut maka buatlah dengan cermat dan kemas dan tertib dan apa apa je yang seangkatan dengannya. satu je yang mj tak suka bila ada pekerja baru, mereka akan alihkan barang-barang yang dah memang sejak azali tempatnya disana ke tempat lain. kalau dia ingat letak kat mana-mana takpe. ni kadang-kadang diri sendiri lupa letak dekat mana.

point seterusnya, sila datang awal. okey...aku mengaku la yang aku pun hari-hari datang lewat. lewat lima minit. kerja aku dikira macam sempoi la jugak sebab kau datang lambat tak kena maki-maki dengan bos. tapi walaupun tak kena maki maki, bos tau je kot sape yang datang lambat selalu. oleh disebabkan itu, jangan la pulak hari hari kau bantai lewat. lewat setengah jam pulak tu. adehhh la. parah la macam ni kawan.

point seterusnya, kalau rasa-rasa diri tu tak mampu nak buat kerja, berhenti jelah. berhenti pulak haruslah dengan cara yang elok. jangan tiba-tiba esok kau tak datang macam tu aje tanpa bagi alasan langsung kenapa kau nak berhenti kerja. memang tak wajar la nak dapat gaji kan. kot bos tu baik ye dia bagi gaji sehari.

apsal gaya bahasa ayat diatas macam cerita pasal pekerja baru je..haha. mj dah cuba nak tukar intonasi bahasa tu, tapi tak boleh. sampai ketemu lagi.




nota kecik : 
*pejam celik..celik pejam..dah nak sambung study balik..waaa....taktau nak rasa ape..

2 comments:

  1. budak sebaya kita ke mj?
    ish apa la depa ni, bila dh dpt kerja, dok buat terok pulak. haiyoyo..
    yeayy mj nk smbung blajar dah. nohfee nk smbung cuti!! HAHAHA

    ReplyDelete
  2. @nohfee
    bugkan sebaya..2 3 baya dari kite..haha..biaq p la depa..
    aip!apesal cuti pulakk..uish,tak aci lah..

    ReplyDelete