Advertisement

Tuesday, 20 September 2011

Muffin Coklat MJ

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

sampai tertidur aku tunggu internet connection ni ade balik. walaupun dah duduk kawasan ber-wirelesssss, aku tetap guna broadbandddd celcom yang macam haru ni. tengok..tengah menaip ni pun tiba tiba disconnected. okeh takpe sekarang wifi dah boleh guna (yeay!), kita guna wifi pulak.

alkisah muffin coklat aku buat sabtu lepas lagi. lepas selesai urusan dengan ptptn terus cabut balik rumah. bukan aku tak betah duduk sorang-sorang dekat sini tapi dah alang-alang mak dan bapaknya ada disini kita balik rumah jelah kan, hahaha.

maka, balik rumah aktiviti utama ialah makan. kalau tak makan pun mesti tiba-tiba nak masak kuih ke kek ke apa-apa jelah. bahan-bahan muffin ni dah beli lama jugak lah, baru hari tu terlaksana nak masak. ternyata nak buat muffin sangat lah pejam mata pom boleyy..hahaha.

sebenarnya, mak suruh beli tepung siap yang macam mana ntah untuk muffin. sekali aku beli yang yummy bakeri ni punya tepung sebab kat atas dia siap dah tulis nak kena campur apa lagi lepas tu. senang kan.

bahan-bahannya semua pakai gram tapi disebabkan penimbang kat rumah dah dibuang sebab rosak, aku pun mencari la dalam internet nak convert bahan bahan ni dalam bentuk cawan. maka, pandai pandai la buat anggaran sendiri sampaikan air pun aku rasa macam tak caya je dia guna sikit je tak sampai satu cawan. okeh, sekarang mari kita buat muffin. mula-mula kita pukul telur dengan air sampai kembang. kalau korang larat nak guna secara manual pukul sampai kembang pun boleh tapi disebabkan aku tak larat aku suruh mesin je tolong kembangkan. dah habis kembang tu baru masukkan minyak jagung dengan coklat chip dan tepung tu. yang tu pakai tangan je gaul oke.


sebelum

selepas

siap! memang yummy betul lah. rasa dia dah macam koko krunch. mak kata next time try lebihkan air pulak sebab dia macam agak keras je bahagian atas tu. tapi still lembut didalam tahu. lepas ni nak try buat muffin lain pulak. oke, selamat berjumpa lagi!



Thursday, 15 September 2011

BUAYA!BUAYA!SEKALIAN..!!!

NGAUMMM!!!!

yey!sekarang mj dah jadi sang buaya. dan!jangan pertikaikan kenapa aku jerit NGAUM sedangkan aku buaya.

selama empat hari lepas aku orientasi macam-macam benda best dengan takbest jadik. tapi mostly semua yang best je. part takbest tu kena jerit dengan mat petir/mak petir aka pc displin la, apa lagi..hahaha. gelaran tu jiran satu aras aku yang bagi. lepas tu budak-budak lain yang duduk aras situ pun panggil macam tu, haha. nasib kau lah kan. tapi bila dah sampai saat-saat akhir orientasi baru lah nampak si pc displin tu sengih senyum. senyum lega ler tuh, hahaha. dan entah kenapa aku rasa macam nak jadik pc displin jugak (ceh!ade bakat ke??).

aku paling suka part buat cheers (betul ke eja camni?). yup, mula mula semua orang macam takde semangat je nak buat, tapi lepas dah kena jerit dengan pc displin (part ni aku rasa macam biarlah dorang nak jerit pon sebab dorang nak train kita kan) dan lepas dah berkali-kali buat cheers memang rasa ah semangat tu. lagi-lagi nak buat cheers 'ala cakpong'. malangnya, 'ala cakpong' kitorang tak selalu buat. orientasi kali ni takde perang dectar (perang antara kolej-kolej sape punya cheers palingg mantop dan bersemangat) cuma pc-pc bagi kitorang rasalah perang dectar tu macam mana.

kolej aku terkenal dengan kebudayaannya. maka, haruslah ada malam kebudayaan last orientasi tu. lepas tu pulak group aku memang best lah dapat tarian asli. haaa, kau prepare la tarian asli apa kau nak buat, haha. opkos la buat tarian zapin. dipendekkan cerita (cerita dah lama, maka tak ingat sangat apa jadi) kitorang lah group paling sekejap buat persembahan. haishh..memang kelam kabut habis lah. lepas habis je group kitorang, group lain yang perform macam dah tak best tau. salah sorang member group kata, dorang tak best sebab dapat badi dari group kita la ni weh. memang bantai gelak jelah kitorang.

kesimpulannya, itu cerita masa orientasi. cerita sepanjang minggu belajar yang haru ni tak kira lagi. kena publish yang ni dulu sebab dah lama sangat biar dalam ni. dann..gambar memang takde, tiba-tiba memori card reader hilang pulak.

nota kecik :
*orang lain dah balik rumah. aku yang rumah dekat sekangkang kera duduk lagi dengan kera kera dekat sini.

Friday, 2 September 2011

Baca E-Novel Pulak Sekarang.

assalamualaikum

yeayy..!!dah hari jumaat. besok sabtu. lusa ahad. oke tu je nak heboh.

seharian suntuk aku baca e-novel. semua ni bahana baca novel hlovate 5 tahun 5 bulan lah. semua pakai e-novel je kalau nak baca novel sekarang ni.

tapi lepas tu, bila dah ade yang versi cetak memang aku tetap beli juga. tadi siap dah letak dalam bakul jemari seni lagi nak order novel-novel tu (eh..eh..novel-novel?macam banyak je tu). nak buat macam mana kan, dalam sebulan je mesti aku beli 2 atau 3 bijik novel.

aku start beli 2/3 bijik sejak mula kerja hari tu ea, sekarang dah tak kerja takde la sebulan 2/3 bijik (tapi dah ade niat nak asingkan separuh duit pnjaman untuk novel je..haha..). nasib baik tak bank in duit gaji lagi, kalau tak memang dah proceed la order tu (tak boleh proceed jugak sebab jemari seni cuti raya lagi..haha)

maka tadi habis dah aku bookmarked link e-novel tu. cerita dia best tahu. meh aku kongsi ke'best'an novel tu, diari tengku anis dan kelab single. dua blog ni penulis yang sama ea. e-novel dia yang dulu-dulu dah dibuat dalam versi cetak, maka takdapat la nak baca awal-awal cerita dia. lambat betul aku ni. padahal orang lain dah khatam kot.

yang pastinya kisah dalam e-novel mesti related antara satu sama lain. mesti kita akan jumpa watak tu dekat mana-mana novel yang lain. dan sekarang ni aku nak menggeledah blog hlovate pulak.

sebelum tu


hobi mengumpul setem aku dah datang balik. sebenarnya dah lama terkumpul cuma album setem je tak beli-beli lagi. dan ye aku tahu semua setem aku sama je kan. nak buat macam mana, tu je setem yang ayah aku dapat dekat sampul surat dia..haha. bos aku gelak-gelakkan aku sebab setem aku semua sama je, cis! aku kumpul setem dari sampul je, tak mampu nak beli setem yang baru keluar dekat pejabat pos lagi. nanti la aku beli, aku tunjuk dekat dia..hahaha.

okbai.

nota kecik:
*rynsa dah masuk dalam list novel harus lengkap selepas hlovate,pingu toha dan syud.
*minggu depan nak masuk U dah ooiii...