Advertisement

Thursday, 15 September 2011

BUAYA!BUAYA!SEKALIAN..!!!

NGAUMMM!!!!

yey!sekarang mj dah jadi sang buaya. dan!jangan pertikaikan kenapa aku jerit NGAUM sedangkan aku buaya.

selama empat hari lepas aku orientasi macam-macam benda best dengan takbest jadik. tapi mostly semua yang best je. part takbest tu kena jerit dengan mat petir/mak petir aka pc displin la, apa lagi..hahaha. gelaran tu jiran satu aras aku yang bagi. lepas tu budak-budak lain yang duduk aras situ pun panggil macam tu, haha. nasib kau lah kan. tapi bila dah sampai saat-saat akhir orientasi baru lah nampak si pc displin tu sengih senyum. senyum lega ler tuh, hahaha. dan entah kenapa aku rasa macam nak jadik pc displin jugak (ceh!ade bakat ke??).

aku paling suka part buat cheers (betul ke eja camni?). yup, mula mula semua orang macam takde semangat je nak buat, tapi lepas dah kena jerit dengan pc displin (part ni aku rasa macam biarlah dorang nak jerit pon sebab dorang nak train kita kan) dan lepas dah berkali-kali buat cheers memang rasa ah semangat tu. lagi-lagi nak buat cheers 'ala cakpong'. malangnya, 'ala cakpong' kitorang tak selalu buat. orientasi kali ni takde perang dectar (perang antara kolej-kolej sape punya cheers palingg mantop dan bersemangat) cuma pc-pc bagi kitorang rasalah perang dectar tu macam mana.

kolej aku terkenal dengan kebudayaannya. maka, haruslah ada malam kebudayaan last orientasi tu. lepas tu pulak group aku memang best lah dapat tarian asli. haaa, kau prepare la tarian asli apa kau nak buat, haha. opkos la buat tarian zapin. dipendekkan cerita (cerita dah lama, maka tak ingat sangat apa jadi) kitorang lah group paling sekejap buat persembahan. haishh..memang kelam kabut habis lah. lepas habis je group kitorang, group lain yang perform macam dah tak best tau. salah sorang member group kata, dorang tak best sebab dapat badi dari group kita la ni weh. memang bantai gelak jelah kitorang.

kesimpulannya, itu cerita masa orientasi. cerita sepanjang minggu belajar yang haru ni tak kira lagi. kena publish yang ni dulu sebab dah lama sangat biar dalam ni. dann..gambar memang takde, tiba-tiba memori card reader hilang pulak.

nota kecik :
*orang lain dah balik rumah. aku yang rumah dekat sekangkang kera duduk lagi dengan kera kera dekat sini.

6 comments:

  1. owh...xder perang dectar eh..xper la..buat cuak je ada..kang kena halau dri dectar dengan pakcik guard... heeee...selamat berjiran dengan kera-kera dan monyet..akak selalu diserang oleh makhluk berbulu tuh...hee

    ReplyDelete
  2. hoi kolej mana hoi? haaa aku ada amik flyer dekat camera je x silap? hahaha ko nampak aku ke? ke salah org ni awww

    ReplyDelete
  3. @Tengku Puteri
    aah..takde sbb orientasi dah dipendekkan jadik 4 hari je kan..maka,tak byk mse nk main perang2 nih..hahaha..allahh, akk mesti da bese kan kene serang ngan dorang..hehe..

    ReplyDelete
  4. @Liyana Lunia
    kolej yg ade trademark buaya laa..haha..ko kkm kan?same la dgn tengku puteri ats nih..yeke silap..?takkan lah. aku da hafal mke2 member zana yg sorg ni..hahaha..

    ReplyDelete
  5. best nye mj minggu orientasi korangg. siap ada malam kebudayaan bagai.. best2!! minggu orientasi ktorg asek kne torture bgun pg je. pehhh hahah. mungkin batch nohfee rmi sgt kot. tu yg x boleh buat mlm kebudayaan. anyway mj, all the best taw!

    ReplyDelete
  6. @nohfee
    best?best la jugakk..haha..alah, ni orientasi nye buat ikot kolej kediaman masing2 la..tu boleh wat mlm kebudayaan bagai..kolej2 lain mj taktau la pulak dorg ade ke tak sesi mlm budaya2 ni..hehehe....yup!all the best too nohfee!!!

    ReplyDelete