Advertisement

Tuesday, 20 September 2011

Muffin Coklat MJ

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

sampai tertidur aku tunggu internet connection ni ade balik. walaupun dah duduk kawasan ber-wirelesssss, aku tetap guna broadbandddd celcom yang macam haru ni. tengok..tengah menaip ni pun tiba tiba disconnected. okeh takpe sekarang wifi dah boleh guna (yeay!), kita guna wifi pulak.

alkisah muffin coklat aku buat sabtu lepas lagi. lepas selesai urusan dengan ptptn terus cabut balik rumah. bukan aku tak betah duduk sorang-sorang dekat sini tapi dah alang-alang mak dan bapaknya ada disini kita balik rumah jelah kan, hahaha.

maka, balik rumah aktiviti utama ialah makan. kalau tak makan pun mesti tiba-tiba nak masak kuih ke kek ke apa-apa jelah. bahan-bahan muffin ni dah beli lama jugak lah, baru hari tu terlaksana nak masak. ternyata nak buat muffin sangat lah pejam mata pom boleyy..hahaha.

sebenarnya, mak suruh beli tepung siap yang macam mana ntah untuk muffin. sekali aku beli yang yummy bakeri ni punya tepung sebab kat atas dia siap dah tulis nak kena campur apa lagi lepas tu. senang kan.

bahan-bahannya semua pakai gram tapi disebabkan penimbang kat rumah dah dibuang sebab rosak, aku pun mencari la dalam internet nak convert bahan bahan ni dalam bentuk cawan. maka, pandai pandai la buat anggaran sendiri sampaikan air pun aku rasa macam tak caya je dia guna sikit je tak sampai satu cawan. okeh, sekarang mari kita buat muffin. mula-mula kita pukul telur dengan air sampai kembang. kalau korang larat nak guna secara manual pukul sampai kembang pun boleh tapi disebabkan aku tak larat aku suruh mesin je tolong kembangkan. dah habis kembang tu baru masukkan minyak jagung dengan coklat chip dan tepung tu. yang tu pakai tangan je gaul oke.


sebelum

selepas

siap! memang yummy betul lah. rasa dia dah macam koko krunch. mak kata next time try lebihkan air pulak sebab dia macam agak keras je bahagian atas tu. tapi still lembut didalam tahu. lepas ni nak try buat muffin lain pulak. oke, selamat berjumpa lagi!



No comments:

Post a Comment