Advertisement

Sunday, 23 October 2011

Semangat untuk Belajar yang Kian Pudar(?)

Assalamualaikum

selamat sudah sesi konvokesyen ipts ke 13 yang berlangsung di UPM. serius aku tak rasa macam budak upm. sori. tapi sedikit sebanyak aku tetap bangga sebab dapat bergraduasi dengan segulung diploma made in upm.

terima kasih banyak banyak buat semua pensyarah pensyarah kolej yang dah banyak mencurah ilmu dekat aku dan juga kawan kawan yang lain. walaupun apa yang aku belajar tu macam lekat tak lekat je sekarang ni, sekurang kurangnya aku dapat pengalaman belajar itu. dan walaupun aku sekarang macam terkontang kanting dengan dunia baru, Insya Allah aku akan cuba dapatkan balik rentak untuk belajar semula.

dugaan paling besar aku sekarang adalah internet! nak tolak macam pun aku taktau lah. dugaan kedua terbesar adalah belajar! nak study macam mana kalau depan mata notebook sebelah buku.

okey, sila mula sekarang. shutdown your nabby right now!!!

2 comments: