Advertisement

Sunday, 2 October 2011

Yeay! BMP Habis Sudah

Assalamualaikum

wah..berkurun kau nak hupdate kan. almaklum lah, sejak akhir-akhir ni, sibuuukkkk kot..sibuk bertumbler. makin hari makin sayang kat tumbler pulak. sebabnya, ia sangat menepati konsep aku yang tak reti nak bebel secara ilmiah dalam belog maka aku bebel secara imejan je di tumbler. wahh..gitu bahasa. maka, kadang-kadang belog menjadi tempat aku melatih jari jemari untuk menaip dengan pantas (pantas kah??haha).

kitorang merupakan pelajar tahun pertama yang pertama ada orientasi paling lama. sebulan kau. tapi taktau la kot sebenarnya ade je uni lain yang buat sebulan jugak. orientasi yang macam orientasi tu dalam tiga hari je. lepas tu buat konsep baru bulan mesra pelajar lak. kire orientasi lagi lah cuma takde la hadap muka pc hari-hari..haha. tapi tapi tapi...lama lama pun takde perang dectar kot. okey, tu lain cerita.

bulan mesra pelajar ukm tamat sudah pada 1oktober2011 bersamaan hari sabtu. jujurnya, aku tak rasa macam ada BMP tu, hehe. yelah dah mula kuliah kan. mana nak ingat kitorang masih dalam sesi orientasi (ceit, nampak sangat kau tak join aktiviti..kan3). ceit, aku join kot. tadi baru je lepas beramah mesra dengan paku pakis di Taman Paku Pakis.

maka, penutup bmp yang berlangsung di dectar sangat best. semua kolej-kolej berentap dengan persembahan teater muzikal yang mantap ah. tambah mantap bila masing-masing nak tunjuk cheers sape paling hebat. tu part paling best lah. masa tnc bagi ucapan, siap pesan lagi jangan ada perang dectar.

okey, mula-mula aku takpaham jugak kenapa mesti jangan ada perang dectar. lepas dengar budak-budak ni cerita (haruslah budak-budak,semua bawah umur kot..hehehe..gurau je) yang ada sampai pengsan2 la bagai, kekukuhan seat atas sekali dalam dewan tu yang mungkin akan retak akibat hentakan padu sorakan barulah aku paham. tapi!benda ni macam tradisi kot. kalau hilang macam tu je tak bestlah. hope intake seterusnya adalah perang-perang.

penamat bmp semalam ditutup dengan pengumuman pemenang pertandingan. ouh, acara semalam dipanggil Malam Seni Berputik. memang berputik berkembang lah..haha. kolej aku menang oke semalam walaupun tempat ketiga. habis je sesi bagi hadiah, vip pun dah balik. maka, apalagi..kolej-kolej dah mulakan main perang-perang. masa ni semua kolej dah disuruh pulang ke kolej masing-masing. tapi takde satu pun yang balik semata-mata nak lawan cheers. macam kitorang balik lambat pun takpe, kitorang jalan kaki je. kolej yang jauh-jauh tu je lah nanti susah sebab bas takde kalau kau lambat.

tapi, dorang hairan apa..aku nak gak lawan cheers..haha. cuma adalah beberapa kolej yang dah balik mungkin sebab dah taklarat nak lawan ke apa ke tu aku taktau. yang aku tau kitorang tetap lawan cheers sampai la pc-pc akhirnya suruh balik. kitorang balik pun sebab ada program je pagi besok tu, kalau tak confirm ah sampai dua tiga pagi pun sanggup kot. dan yang tinggal dalam dectar kolej keris mas,za'ba dengan rahim kajai kot. dorang ni memang tak sudah2 kot nak perangggg je. Kita Kawan Kan rilek ah..haha..(salah satu cheers baik kitorang).

walaupun sebenarnya ni bukanlah perang dectar yang sebenarnya tapi kitorang dapat la jugak ambil feel macam mana perang dectar tu dilakukan. kesimpulannya, takpuasss kot. pc sendiri cakap, dulu dorang duduk dalam dectar sampai dua pagi tu. nampak tak betapa hebatnya perang dectar ni!

okeh tu je nk citer. arigato ne~

nota kecik :
*best best pon aku pening gak dengan bunyi muzik yang ala ala overdose, suara budak-budak ni jerit lagi.

1 comment:

  1. BHAHAHA dengan muka tak bersalah, aku nak buat pengemumuman, waktu korg sibuk berperang, aku tengah melantak tomyam dekat rumah ku syurgaku wawaaa :P aku malas nak join walaupun rasa rugi HAHAHAHA tp dengar cite ko je dh eksaiteddd, nyiaww eh kejap ko kolej ape? btw minggu ni ada pc fair lagi dekat pusanika, ofcz laa aku pegi HAHA

    ReplyDelete