Advertisement

Sunday, 27 November 2011

Pengalaman Berbasikal yang SuperBest!

Assalamualaikum

badan sakit sakit habis dok kayuh basikal semalam.paling ketara sekali lenguh dekat peha dengan p.... la..haha. serius sakit kot sebab tempat duduk basikal tu la. lain kali nak letak kain bagi lembut sikit duduk.

akhirnya merasa juga aku berbasikal setelah kian lama memendam rasa (perghh ayat kau). eksaited giler kot bila nampak promo berbasikal ni. terus aku tanya basikal sendiri ke?nasib baik dorang sediakan basikal kalau tak mana aku nak curi basikal kan. hajat hati nak beli basikal tak tercapai lagi. sabar na mj oii.



memang mencabar fizikal betullah. minda kalau tak kuat memang tak dapat de nak teruskan cabaran ni. bagi kami kami yang baru pertama kali berbasikal haruslah rasa macam ni satu pencapaian yang bagus sebab dapat berbasikal sejauh 60km ke 80km eh..haha lupe sudah. tapi bagi otai otai mesti dorang kata kacang je nih, kan kan kan. ouh ye aktiviti ni ramai perempuan yang join. aku taktau la mana pergi sang laki laki fakulti aku tu. ada lelaki yang join, tapi senior la semua.

kami gerak dalam jam 8pagi. masa tu dah rasa tak sabarnya! seronok pun ada sebab berbasikal ramai ramai sambil diawasi pakcik pakcik polis. memang rasa jalan tu aku yang punya lah hahhaha. pengalaman pertama yang aku belajar adalah brek mana kau patut guna dan gear mana yang sesuai. mula mula tu aku asyik main brek depan je (konon konon betul lah kot tu, tangan kanan main gear tangan kiri main brek). sekali tiba tiba orang depan brek, aku pon brek kan dah terkedepan. habis effect dekat orang belakang sekali. masa ni memang jatuh la kan, aku dengan orang belakang sekali jatuh. alhamdulillah takde pape. huhu baru keluar ukm dah jatuh. takpe takpe, kalau tak jatuh kita taktau apa salah kita, kan. maka, guna brek belakang je ye kawan-kawan.

part gear pulak, aku ingat kena statik guna gear tu je. rupa rupanya kau kena mainkan jugak gear tu ibarat kau naik motor, kereta dan seumpamanya. yelah selama ni bawak basikal takde gear, basikal tua yang dekat kampung tu je aku guna. bila dah tau macam sedap lah sikit kayuh basikal tu. lepas tu masa sampai dekat bukit. yang ni memang mencabar tenaga fizikal sungguh sungguh. kau kena main gear rendah dan teruskan kayuhan. kalau lambat tukar gear memang penat lah kau nak mendaki bukit. tapi memang penat pun even da tukar awal-awal =_='. turun bukit adalah perkara paling syok sekali hahaha. memang laju giler dan kau kena tukar gear balik, main brek. kalau tak, memang icu lah kan.

okey nak dipendekkan cerita (sebab macam dah panjang sangat nih =_=') kami pun sampai Sungai Tekala sekitar jam 11 dengan selamatnya setelah mengharungi beberapa dugaan, alhamdulillah. aku yang konon-kononnya nak mandi sungai tak mandi pun. lepas makan makan nasik ayam yang sedap tak tipu punya aku pun duduk lepak lepak dengan najiha (punya panjang cerita, sekarang baru nak masukkan nama member hahaha). masa ni hujan renyai renyai sambil jawab soal selidik budak uitm (dan dan je ade soalselidik kan). setel solat zohor terus gerak balik.

perjalanan balik ni memang adventure habis lah. kau berbasikal dekat tengah tengah highway yang segala macam jenis kenderaan memang super laju. perghh, kalau takde abang abang senior yang jaga taktau la nak kata apa. terima kasih abang abang senior (sebenarnya dorang pangkat adik-adik, tapi sebab dorang senior kan). tambah pulak dengan hujan lebat sekejap tapi masa ni kitorang berteduh dulu baru sambung berbasikal.

okey aku rasa macam tak pendek je cerita aku. makin panjang lagi adalah. maka, kitorang sampai ukm jam 4.45 petang (ikut jam aku). ada sesi luahan perasaan kejap (aku part ni memang tak reti nak luah perasaan macam mana, clueless lah kata orang..hahaha), sesi bergambar, sesi ambil makanan dan sesi bersurai. see, banyak sesi kan kitorang. sampai je kolej mandi mandi apa semua tak terus baring online dulu!hahaha. macam tak penat je gaya kan. aku online kejap je kot nak tengok isu isu terbaru (konon je). haaa, lupa pulak tadi ada makanan kan. mee goreng pun sedap tak tipu punya.(haha, taktau la sebab lapar ke memang mee tu sedap)

akhir kalam aku rasa berbasikal antara satu benda yang sangat mencabar dan sebab tu jugalah tagline dia Minda Atasi Fizikal. bila minda kita kata kau boleh buat walaupun memang dah tak larat konpem kau boleh. aku tertanya-tanya, kalau aku aplikasikan tagline ni dekat study mesti tak jalan hahaha. 

Salam Ma'al Hijrah 1433 semua ^_^

nota kecik : 
*selain fotografi aku memang suke giler dgn basikal. padahal sabtu tu ada meeting kelab foto..kot haha. orang kata kita kena buat benda yang kita minat. dlm kes aku dua dua aku minat. ate?mcm mane ni?






7 comments:

  1. ohoho.......sakit kot berbasikal....sem lepas Nad join kayuhan 1 uitm 1 malaysia...50 km pertama je.....40 km kedua tukar orang lain.....

    Salam Maal Hijrah buat MJ...!!

    ReplyDelete
  2. @NURUL NADIAH MAMAT
    wahh..pergi mane je..sakit sakit pun best!haha..

    ReplyDelete
  3. sgt berharga peluang ni....<3
    tahniah berjaya tamatkan cabaran ni...
    MINDA ATASI FIZIKAL...

    ReplyDelete
  4. sangat lamaaaa tak main basikal..dulu2 rajin jugak main beskal,sekarang ni macam gayat je kalo nak naik basikal heeeee

    ReplyDelete
  5. @Yana Kama
    nasib la mj tak gayat time berbasikal hari tu sebab mmg dah lama giler tak kayuh basikal..

    ReplyDelete