Advertisement

Thursday, 1 December 2011

Entri Tak Terluah

Assalamualaikum

sambil tengok post yang lama lama sekali semacam terpanggil nak buat sesi luahan hati. dah lama jugak tak buat sesi luahan hati dekat mizs jah ni. hai MJ!meh dengar aku nak luah perasaan jap.

hari ni dan hari sebelum sebelum ni kolej aku takde air. bukan kolej aku je, ada beberapa kolej di ukm yang takde air juga. maka aku pun merempat tidur di kolej member yang ada air. dan Alhamdulillah hari ni air dah ada  walaupun ada ura-ura kata mungkin sekejap je ada air. takpelah sekurang kurangnya aku sempat nak tadah air sebaldi kecik aku tu daripada tak tadah langsung kan. kalau habis je sebaldi kecik air aku tu, apalagi kali ni aku nak balik rumah! aku ni kadang-kadang baik sangat tak nak balik rumah yang sekangkang kera tu, hahaha. (kalau balik rumah takdapat nak online!!opss..haha)

sebenarnya itu bukan lah luahan hati sebenar aku. tiba-tiba benda yang aku nak luahkan tak terluah. kadang-kadang aku memang boleh jadi macam tu. rasa stress tapi tak nak cakap. rasa sedih tapi buat buat gembira. rasa nak berhenti belajarrr!! tapi buat buat macam takde apa. haishhh...=_='

okey tu je. lepas ni nak tulis cerita pendek dalam solusi pulak. lama dah tak copy paste solusi heeheee.

nota kecik :
*ohh ye, lagi tiga minggu nak cuti sebelum final exam. lagi aku stresss.

No comments:

Post a Comment