Advertisement

Saturday, 24 December 2011

Membuang Cuti di Rumah

Assalamualaikum

berada di rumah sudah. rasa seronok bila balik rumah. dapat makan-makan (walaupun sebenarnya kadang-kadang lauk selalu habis dengan cepat dan kau tidak sempat merasa pun sampai cari ceruk mana ada makanan lagi, hahaha). dapat lepak-lepak tengok tv (cerita yang paling aku tunggu scent of woman!). dapat tidur-tidur (wahh, sejak bila kau jadi seorang yang suka tidur nih..haila..). dapat apa lagi..dapat lari dunia kampus, haha (kadang-kadang aku penat dengan hidup kampus tapi hidup kampus harus mesti wajib diteruskan juga).

cuti seminggu sebelum final exam. balik rumah konon nak study sikit. bawaklah balik buku pembangunan diri, subjek yang kena membaca. harapnya dapatlah membaca. harapannn lah. dengan suasana rumah yang macam buat aku rasa aku bukan student, memang tak lah nak bukak buku kan. esok pulak nak balik perak. bercuti dikampung dua tiga hari. biasalah, bawak cucu menantu melawat atuk. maka, harapan nak baca buku lagi memang agak tipis. dan masa study aku sebelum final exam mesti dah berbaki sedikit je. cobaan sungguh kan nak study ni. kalau tak kuat habislah aku.

dalam hati rasa tak sabar nak habis final exam. walhal tak study habis habis lagi. asyik fikir nak cuti je..haha. cuti sem ni aku buat part time dekat tempat lama aku kerja. mana lagi kalau bukan dalam shopping complex warta tu. kerja sabtu ahad pun jadik lah. kurang-kurang isnin sampai jumaat aku boleh berkhidmat dekat rumah, sabtu ahad pulak kerja mencari sesuap topup (almaklumlah bila tak kerja duit nak topup pun susah). takut jugak nak kerja balik ni. kot kot aku lupa ke apa ke kan..haha (ngade-ngade ah kau!)

uishhhh, dekat pukul dua dah. mau lepas ni mak aku bangun mintak broadband, haha. okey sampai sini je mencoret membuang post lama mengganti post baru..ahakss. adioss!

selamat malam semua. selamat bermimpi indah. selamat bercuti bagi mereka yang ukm.

2 comments: