Advertisement

Friday, 2 December 2011

Mimpi Seekor Nyamuk




Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau : "Aku bermimpi semalam."

"Kau mimpi apa?"

"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."

"Wah, tu mimpi yang hebat!"

"Ya dan aku sangat gembira."

Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis. Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. 

"Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ni lebih hebat. Aku mimipi WHO(World Health Organization) telah mengharamkan pengunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk."

"Hah, hah, hah! macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."

Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari. Hari yang berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk : "Engkau bermimpi indah lagi? tersenyum memanjang."

"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ni!"

Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

Pengajarannya ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tgidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup amal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuan dua ramuan; khauf (takut) dan raja'(harap).

1 comment: