Advertisement

Sunday, 25 November 2012

enjoy the UIDF at saturday night!

Assalamualaikum

hamboii tajuk nak omputeh aje. padahal isi dalam berbahasa melayu hokay. UIDF atau UKM International Drums Festival 2012 yang berlangsung tadi iaitu sabtu 24 nov 2012 (tak boleh cakap semalam sebab belum siang lagi walaupun sekarang dah masuk 25hb) disertai oleh 5 buah negara termasuklah Malaysia tanah air ku (tibetibe). UIDF yang bertempat di DECTAR ini sangat lah ohsem ouh bukan sangat tapi ohsem je. hehe. tapi walaupun begitu ia tetap ohsem (suka eja awesome - ohsem, nampak cool kan?).

kaki takkan melangkah ke festival ni kalau takde kerja yang kena buat. terima kasih pada kerja tersebut kerana menjadikan hari saya sangat ohsem (ehhh..sangat lagi) dan buatkan mata bertambah tahap keletihan (sebab terlampau kena aircond :)). jadinya takda apa lah yang ingin diceritakan sangat. biarlah gambar yang bercerita.

persembahan daripada Vietnam - National University of Vietnam (kalau tak silap)




persembahan daripada Indonesia - Sekolah Tinggi Seni Indonesia,Bandung Indonesia

tarian dorang superb. seni tarian gabung seni silat (diorang panggil silat ke?)


persembahan daripada Malaysia



persembahan daripada Thailand (lupa nama ipt dorang)

macam-macam ragam peserta Thailand ni. sekarang ni beliau sedang angkat gendang tu guna gigi beliau je. ye ada tali ye disitu then dia pun gigit tali tu dan angkat. amacam,hebat?

yang ni pulak beliau yang sedang main dekat belakang tu tiba-tiba hilang. ye hilang bukan dengan ilmu magik ye tapi hilang dengan menundukkan atau menyembunyikan (haa kau ayat) badan beliau. amacam hebat tak?


persembahan daripada Filipina 
filipina punya paling rancak. ini adalah gabungan moden dan tradisional. ada something alat tradisional yang dorang pegang tapi taktau nama benda alah tu. hehe.

nampak tak?beliau lah orang paling seksi sekali. the seksi man. hehe.

ada lagi persembahan sebenarnya daripada UUM, Voice of Percussion, dan team kebudayaan UKM sendiri. dalam banyak-banyak persembahan tiga yang last ni paling best. hehe. siap rekod habis bateri lagi. mungkin cerita yang itu aku akan letakkan di blog milo halia (kesian sangat dengan blog tu lama sangat terbiar)

#serius-ly sekarang mata cepat letih bila duduk dekat tempat yang ber-aircond. bila mata letih tu maksudnya terasa nak lelap je. haishhh~

Saturday, 24 November 2012

hari sabtu yang tenang

Assalamualaikum...

alhamdulillah habis sudah midterm exam. lama betul nak tunggu exam habis mana taknya timing exam untuk setiap subjek bukannya sama. nasib baik midterm aku tiga subjek je. hehehe. jeles member-member tengok aku dah habis exam. sebabnya mereka ada exam hari ahad besok haha. takpe mereka semua tu otak bijak bijak mesti boleh jawab.

walaupun midterm dah habis nak tunggu result tu buat satu penantian yang mencabar jugak tu. risau berdebar semua ada. ayat normal untuk sedapkan hati - alahh baru midterm kot. cehh~ tinggal sebulan je lagi sebelum final exam bulan januari nanti. dalam sebulan tu jugak lah esaimen menanti untuk disiapkan. kalau siapkan lepas tu hantar takpe lagi. lepas hantar kena present pulak. haishhh~ normal lah tu kan. hehe.

mengikut jadual pembelajaran aku sepatutnya penuh aktiviti aku untuk satu hari. tapi selalu tersasar daripada plan. lama-lama tak berkesudahan lah esaimen gue yang menimbun tu. haha. okey nanti kejap lagi ni aku buat. yeah! *dengan penuh keazaman*

tukang taip,
.themj

#dlm draft berhabuk cerita pulau perhentian tak tertaip =_=

Wednesday, 14 November 2012

Wordless Wednesday #5 Blogwalking

Benda yang paling aku miss sekali.....





perlu ada passion berblog semula utk blogwalking. aku kadangkadang jenis cepat bosan.

#sumber inspirasi gambar google je :)

Tuesday, 13 November 2012

Untuk Tiga Perkara

Assalamualaikum

ada beberapa perkara penting yang berlaku.

satu. sekarang lagi tengah cuti midsem untuk rakyat jelata ukm.

dua. ukm kacau bilau saat ini. paling terbaru susur gajahnya runtuh berderap dihempap pokok lalu menghempap kereta.

tiga. esaimen buat jantung kacau bilau kala ini.

*facebook*

search susur gajah ukm kat google tak jumpa. takpatut takpatut. 

nota kecik : siap ada video kejadian lagi tahu. pengacaranya faizal yang aku kenal time opkim sem lepas. hamboiii dah menari, mengacara pun kau nak. oke jom solat pastu tido! hahaha.



Tak Tidur Lagi


Assalamualaikum....
jam menunjukkan pukul 5.16 pagi. apa entah yang aku buat tak tidur lagi. ini lah bahananya bila tidur awal sikit lepas tu pasang niat bangun semata-mata nak online. ish ish ish...

dekat 5 jam lebih lah jugak aku berjaga. cuba kalau pasang niat nak bangun tu nak siapkan assignment, hmmmm memang taklah. hari ni je dah selasa. tinggal lagi 5 hari habis cuti midsem. bunyi macam lama lagi kan. tapi bila semak balik assignment yang tak berusik, fuhhh mau kecut hati perut. dengan tutorial finance yang sampai tiga bab tu.

subjek sem ni sikit je aku ambil. tapi nak mengerjakan tiaptiap satu subjek apa la punya payah sangat. kadang-kadang datang kesedaran dalam diri - aku nak dapat 4 flat sem ni!. kadang-kadang hilang balik kesedaran tu bila jumpa si internet.

tapi betul. serius. dalam hati nak dapat 4 flat sem ni. dapat untuk satu sem ni pun jadi lah. baru lah bermakna group yang aku dan geng lain buat dekat fb. ngeh ngeh ngeh.

rasanya berfoyafoya je lebih *peace*

sumber inspirasi gambar google :)

nota kecik : kalau gatalgatal tidur sekarang konpem lelap terus.

Wednesday, 7 November 2012

#PROMOSI MADU MINDA ZA'FARAN

Assalamualaikum.
Marilah mencuba satu lagi produk muslim keluaran bumiputera iaitu Madu Minda Za'faran. Setakat ini pasaran Madu Minda Za'faran ini tertumpu kepada pelajar dan kakitangan UKM, Bangi. Insya Allah akan diperluaskan diseluruh kawasan tidak lama lagi. Selamat Membeli!

MADU MINDA ZA'FARAN adalah suplemen untuk minda yang terdiri dari nisbah-nisbah makanan kesihatan sumber alam yang tidak sedikit pun mengandungi bahan kimia.

Ramuan Madu Minda Za'faran

Madu Lebah Asli - penawar untuk manusia yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Surah An-Nahl ayat 69:
 "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".

Za'faran - herba dari stigma bunga yang mempunyai kualiti tinggi untuk hafazan dan ingatan. Hadrat Ali K.W dalam berbicara mengenai za'faran ini pernah berkata, "Apabila za'faran dan madu dicampurkan dalam nisbah-nisbah yang tertentu, akan dikagumi ingatannya, sehingga ia akan dituduh melakukan sihir".

Habatus Sauda - menurut Imam Bukhari, dalam sepootongg hadith telah bersabda Nabi S.A.W, "Pada habatussauda ini mengandungi penawar pelbagai penyakit kecuali maut".

Di antara khasiat-khasiat Madu Minda Za'faran ini adalah :

  • Menajamkan minda dan menguatkan daya berfikir
  • Meningkatkan daya kecerdasan minda, hafazan dan ingatan
  • Mengatasi masalah pelupa
  • Memulihkan kepenatan minda
  • Menggurangkan tekanan emosi, stress, kerunsingan dan mengembalikan 'mood'
  • Melancarkan ucapan, berhujah dan bersyarah
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan dari penyakit


Sebarang maklumat lanjut bolehlah layari Facebook Madu Minda Za'faran

Friday, 19 October 2012

Couple Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua!

kisahnya nak menyudahkan entry yang berhabuk lama dalam draft.

aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan jika lelaki bawa awek dia balik rumah makbapak tandanya lelaki tu serius dengan perempuan tu. dulu aku macam percaya kenyataan ni tapi sekarang tak lagi. kepercayaan aku tu diragut oleh mereka mereka yang tak reti jaga adab bila berada di rumah pasangan tersebut.

kedatangan tanpa diundang. berkelakuan seolah-olah macam dah sah jadi laki bini. hormat dengan orang tua pun dah hilang. kini satu perkara yang aku sedar bahawa aku bukan keluarga zaman moden yang membenarkan pergaulan bebas berlaku dalam rumah. juga drama movie yang selalu menayangkan adegan kapel tidur satu rumah sangat memberi kesan buruk kepada generasi sekarang terutamanya mereka yang kurang menggunakan akal fikiran mereka. 

drama korea/jepun (sebab aku banyak habiskan masa tgk korea/jepun kan) biasanya menayangkan sang kekasih yang tidur satu rumah dan kadang-kadang tu sebelah menyebelah je tidur. kalau tak tidur satu rumah mesti jadi orang gaji takpun jadi someone yang pagi-pagi tugas dia kejutkan orang tu. okey it is fine with them. tapi sebagai penonton tegar takkan lah nak ambil tu jadi ikutan. moral dia banyak kenapa taknak ikut lagi-lagi cerita jepun. oh! aku suka cerita jepun sebab kata-kata dorang sangat memotivasikan diri even cerita tu ganas giler. *disebabkan aku kurang tgk cerita melayu english thai filipino indon etc etc takdelah aku letak sebagai contoh. tapi semua cerita tu ada adegan macam tu.

sebab tu lah pun mak selalu cakap 'tengok cerita yang bukan-bukan, takde faedah baik tgk rancangan agama' dekat kitorang. sebab kita jarang nak ambil apa yang tersirat. kalau diri tu tahu apa yang betul dan salah, tahu nak seimbangkan rancangan yang ditonton, mesti mak tak kisah (sebab kadang-kadang mak pun akan tengok juga apa yang kita tengok..haha).

so bila berlaku perkara seperti selalu bertandang ke rumah siap tidur lagi sangat sangat tidak menyelesakan tuan rumah. lagi lagi kalau datang bertandang sekadar nak duduk lepak dengan pakwe/makwe mereka sahaja. tak rasa segan ke eh orang yang macam ni? 

Sunday, 23 September 2012

aku suka......


aku suka hlovate
aku suka nurul shahida a.k.a kak shai
aku suka pingu toha
aku suka syud
aku suka aimi razman a.k.a kak aimi (blog hitamputih dia sgt memikat)
aku suka tengku puteri a.k.a kak farhah (her doodle of course)
aku suka hana ahmad (tulisan dia!)
aku suka fynn jamal (of course tulisan dia!)
aku suka zahiril adzim (and of course tulisan dia! haha)
aku suka zack zukhairi (sape yg tak suka dia kan..sampai sume quote dia aku simpan)
aku suka arc 13 (sebab suka?dia panda yg sarkastik. cuba bygkan kalau panda yg betul2 panda tu sarkastik mcm dia..??)
aku suka liyana lunia (baca blog ynn mcm dia tgh bercerita dpn kita)
aku suka mat luthfi (serius aku suka sampai (rase nak jumpa!) simpan semua video dia)
aku suka puisi (sbb bahasanya 'indah' - sbb tu aku cepat tertarik dgn mereka yg pandai menulis yg tak guna bahasa bunga tp sgt memikat)
aku suka cameron mitchell
aku suka plain white t's (sebab lirik dorang.)
aku suka jason mraz (mr. a-z, awesome kan name dia)
aku suka the lipstik (sejak dua menjak ni)
aku suka anuar zain (see..a-z again)
aku suka lee seung gi (imej die humble sgt menarik)
aku suka bront palarae (hmmm sbb dia mcm unik?maybe..haha)
aku suka shila amzah (suara dia unik!awesomeee habis)
aku suka panic! at the disco (sbb brandon uri?haha..sbb ni satu2nya lagu bingit yg aku boleh dengar)
aku suka jae suk (dia cool je wlaupun marah..and all the runningman members)
aku suka jack sparrow (time ni la aku lupa nama betul dia)
aku suka taylor swift (tapi tak pernah ada koleksi lagu2 dia)
aku suka BEAST (tp dah letih nak suka..haha.)
aku suka Big Bang (lepas tgk parody secret garden..ye aku selalu suka lps dah tgk someone tu berlakon dan opkos la TOP  kan)
aku suka shah rukh khan (dari kecik tgk dia..sbb tu suka..haha)
aku suka amir khan (sejak dlm mera mann dgn fanaa..lps tu 3 idiots)
aku suka baca (haha this is so untrue..i dont know..sometimes aku suka baca sometimes aku tak suka baca)
aku suka komik (baca online komik tanpa henti bila rajin..see bila rajin?)
aku suka quotes (baca quotes time tgh emo mmg menenangkan)
aku suka Quran (this is so TRUE! even aku kadang rajin kadang malas (ikutkn time dip dulu rajin baca) nak baca tp ia sesuatu yg betul. aku boleh pegang lama2 Quran dan bercakap dgn Dia betapa lama aku tak sentuh Dia..then I start crying..)
aku suka nabby (ye aku antara manusia yg tak boleh berenggang dgn notebook even takde line internet - sbb aku takde mp3 so nk dgr lagu kene la bkk notebook..kan)
aku suka tulis (smpai skrg aku masih mencari identiti sendiri bila menulis dlm blog. sbb tu bila baca blog kak shai,hana ahmad,pingu toha,fynn jamal dan mereka yang sewaktu dgnnya baru aku jdk smgt nak menulis :))
aku suka edit gambar (kalau tak reti sampai cari tutorial)
aku suka album gambar (kalau ada rezeki lebih aku nak cuci semua gambar yg ada then letak dalam album lepas tu boleh hari2 bukak. klasik kan)

aku suka apa lagi?hmmm..mostly apa yang aku suka tak sama dengan apa yang kawan2 aku suka mcm novel2 yg aku baca,artis yg aku minat terutamanya lee seunggi. even aku suka aku tak pernah obses or fanatik. oke well maybe aku sanggup beli tshirt artis yg aku minat walaupun mahal but thats it. tak lebih dari tu. emm, mgkin jugak aku sanggup kumpul siri komik dari gempakstarz. tp serius-ly aku bukan yg jenis kalau novel akan baca 2/3kali even tu novel yg paling sgt aku suka, kalau blog akan bukak tiap2 hari even tu blogger yg paling sgt aku suka, kalau online komik akan baca tetiap hari, yg akan stalk/baca berita2 terkini pasal artis feveret aku. aku jenis yang sekali je. sekali je aku akan buat apa yang aku suka then tak buat dah sebab aku jenis cepat bosan..haha. taktau la ada ke tak orang dalam dunia ni yang ada feveret novel artis etc etc tp cepat bosan dan yg pasti itu AKU.

AKU SUKA DIA :))
(sampai bilabila kot...)



Sunday, 16 September 2012

Matang Dah Ke?

memasuki tahun senior seharusnya menjadikan diri kita lebih matang. ouh sepatutnya takpayah tunggu nak masuk tahun senior pun sebab umur aku sendiri pun dah senior sangat. bila tengok keliling macam kagum sekejap macam mana mereka boleh jadi sebegitu matang. padahal umur mereka lagi muda. bila tengok diri sendiri rasa rendaaahhh diriii sangat sangat.

walaupun tahu kematangan seseorang dipengaruhi dengan siapa mereka bergaul yakni orang orang yang lebih tua tapi aku tetap tak memberanikan diri bergaul dengan mereka yang lebih tua. itulah apa orang kata kurang keyakinan diri. saban tahun aku dibisikkan dengan kata kata supaya yakin diri beranikan diri dan sebagainya. akhirnya keadaan sama berulang lagi. aku tetap aku. aku tetap macam ni seperti biasa. dunia aku hanyalah dihujung jari. menghadap komputer tanpa jemu.

tiba-tiba rasa nak putar balik masa zaman-zaman aku belum ada komputer. zaman dimana aku buat kerja rumah dari pagi sampai ke petang. zaman di mana buat kerja rumah pun ada checklist (kes terjumpa buku buku lama la ni). zaman di mana aku baca buku pelajaran (haa kau pelajaran tu) sebagai ganti kebosanan di waktu petang (ini aku teringat masa sekolah agama dulu, petang petang memang aku sorang je ada kat rumah. sambil study sambil tengok tv. kadang-kadang tak tgk pon. bila dengar mat kool menyanyi2 kat luar rumah terus berlari pergi beli aiskrim. best moment ever ah).

tapi sekarang dah lain. bila mak dah bersara (tu yang rasa malas nak buat kerja..ish3) semua kerja mak buat. bila adik adik yang bersekolah hanya dua orang je. bila semua adik beradik yang dah kerja kahwin tinggal satu rumah. semua tu buat aku malas nak buat kerja. dalam fikiran aku hanya terdapat satu ayat je - ramai sangat pulak manusia kat rumah ni. aku dah biasa buat kerja sorang sorang dan bila semua orang ada kat rumah aku rasa macam nak buat kerja tak syok. lagi-lagi yang buat aku sorang je. yang lain goyang kaki. sangat lah rasa tak best. maka jalan mudah adalah aku akan buat kerja bila time takde orang atau dorang tidur.

jauh aku melencong kan. daripada bab kematangan sampai ke bab malas nak buat kerja. haha. maka hal kematangan tadi aku dapat lihat pada pelajar universiti. mereka sangat matang esspecially tang muka sampai taktau beza dah bapak orang ke anak orang ni hehe. kebanyakkan daripada mereka matang dah berfikir (lagi matang daripada aku) tapi kadang-kadang tu masih ada fikiran kebudak-budakkan mereka. tapi apa-apa pun aku tetap tabik pada mereka yang matang berfikir. harapannya aku akan jadi matang dalam berfikir.

nota kecik:
#mcm sekarang ni aku dah setelkan kerja rumah seperti bagi kucing makan. :)
##aku bukan pencinta kucing tegar. pahamkan maksudnya. adioooss.

Wednesday, 12 September 2012

Untitled

Assalamualaikum dan hai uolls! (kes teringat video mat luthfi yg songkok dan kopiah tadi haha)

okey fine. aku taktau nk update apa. sekian.

#setelah tulis dan padam tu je mampu aku buat. =_=

Wednesday, 1 August 2012

Debaran Berakhir

alhamdulillah syukur sangat dengan result yang dapat. sememangnya dalam hati nak dapat result yg lagi baik daripada sem lepas. sekurang-kurangnya ada la jugak peningkatan walaupun tak banyak. syukur sekali lagi huruf huruf yang dapat pun cantikcantik jugak lah.

jujurnya tak sangka dapat result macam ni walaupun agak lari sedikit. tahniah jugak dekat member member aku yang dapat pointer bagus daripada aku (jeles ngan korang!) dan yang tak berapa bagus tu jangan kecewa okey. semuanya ada hikmah kenapa kita tak dapat apa yang diharapkan.

harapnya kita semua lebih berusaha, lagi lagi nak hadap tahun dua yang mencabar ni. tahun dua yang dah mula dengan course majoring masing-masing. dalam hati cuak jugak kot. dengan aku yang tak decide nak pilih major ape lagi nih. result dah kuar kena lah hantar borang majoring.

dalam masa yang sama aku jadi ragu ragu sama ada nak try lagi sekali apply akaun atau tak. kononnya masa tak dapat dulu dah nekad taknak apply kali kedua dah. tiba tiba result pulak okey. tapi harapan famili nak aku cepat ada kerja. kalau amek akaun tempoh study akan jdk 4 tahun dan lagi lama lah nak cari kerja. kalau tetap dengan business konpem dua tahun je lagi.

sekarang ni perasaan dah berbelah bahagi. perkara yang buat aku lagi nak ke tak amek akaun ialah aku takot tak dapat bawak akaun tu. huh macam mana nanti. aduhh, suka akaun tapi takot! pelik sungguh kan. makin lama fikir makin risau je aku rasa.

nota kecik:
*besok midterm!ehhh..kire hari nilah..boleh pulak tak berdebar kan. haha


Sunday, 22 July 2012

5 Bonus Khas Ramadan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu :

Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

Bonus 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka seghinga mereka berbuka.

Bonus 3
Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'
(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.)

Bonus 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.)
Ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

sumber: Majalah Solusi Isu No.34

Sunday, 15 July 2012

Mencari Idea Buat Duit

assalamualaikum

keadaan makin gawat sekarang. dah lah tengah sesak. kamera pulak hilang. maka aku kena cari jalan kumpul duit. kalau sekaran ni cuti lama dah aku kerja. baru ingat nak order macaroon dekat the 7th muffins, tapi mengenangkan fulusnya nggak cukop. lupakan je. wuuaargghhh.

okey maka planning aku nak buat muffins or apam polka dot tu. then suruh la adik aku jual dekat sekolah. mesti ramai beli kan. dah alang-alang aku menepek lama kat rumah ni. tapi sebelum tu aku kena la korek duit dulu untuk buat modal. duit nak bayar yuran pun dah melayang kena buat ic baru ni kan pulak nak cari duit modal. kena la pinjam dekat mak dulu. tapi kalau boleh malas nak mintak dekat mak.

maka cara macam mana lagi ye aku boleh dapat duit??haaa...tau dah. yes! aku pinjam member baik aku jelah. haha. mudah-mudahan hati dia terbukak nak bagi aku pinjam. sekarang jom mula mencari bahan dan cara-cara buat apam. ganbatte ne!

nota kecik:
*lama-lama aku makin terjebak dengan dunia bisnes..haha. tinggal nak polish skill bercakap dan keyakinan diri je.

Thursday, 5 July 2012

Aku Ada Short Sem..Kau Ado?

Assalamualaikum!

course aku takde cuti berbulan-bulan macam orang lain. kalau nak cuti berbulan-bulan pandai-pandai sendiri susun jadual, tarik mana-mana subjek. sebab tu ada yang boleh cuti sebab tak payah ambil short sem. tapi ada jugak yang tak ambil short sem dia nak sekalikan (atau lebih tepat nak cuti berbulan-bulan) subjek short sem tu masa tahun dua atau tiga. cuma pointer ko kena tinggi la supaya dapat ambil banyak subjek. kalau setakat pointer dua je jangan mimpi taknak ambil short sem (macam aku..haha).

hari isnin dah mula dua kuliah. memang mantap ah nak belajar banyak topik dalam dua bulan dengan ada projeknya midsem lagi. perghh..menguji tahap kebolehupayaan untuk study betul. kalau sem panjang ada gap untuk study sebelum final (even dah ade study week, msti la tak gunakan utk study kan..haha). kali ni takde gap rasanya sebab lepas seminggu cuti study week dengan raya ada final exam 4hari je. agak-agak ada gap tak untuk tiga subjek yang aku ambil. macam takde je. mesti berderet dalam 4hari tu ada exam. makanya kenalah cuba..eh bukan cuba, mesti!study time cuti study week a.k.a cuti raya tu.

subjek yang aku ambil international business (ib), perniagaan mengikut perspektif islam (pmpi) dan etika apa ntah aku lupa nama panjang dia, for short etk sudah. maka ib quite interesting yet sangat mendebarkan tiap kali masuk kelas tu. kalau boleh nak habis cepat keluar cepat. sebabnya akan ada sesi give your opinion. bab ni yang aku lemah (lec cakap student ni kurang sangat bercakap,so kita bercakap2 lah dalam kelas ni..cis~) nak bagi pandangan sendiri. aku bukan jenis outspoken so agak susah. ye praktis make perfect kan..huhu. projek dia macam mana lah nanti.

pmpi pun sama jugak. cara pembelajaran memang seronok tapi bab bila dia tanya tu yang aku tak tahan. kenapa nak tanya??huhu. part yang bagus lec pmpi dan kami dah sepakat utk menggantikan semua kuliah masa bulan puasa pada kuliah sebelum puasa ni. kitorang ada dua minggu sebelum puasa maka setiap satu hari akan ada dua sesi kuliah untuk dua topik. kelas kitorang dua kali seminggu, so jadi empat kali seminggu la kuliah kitorang tapi pada hari yang sama. kelas start pukul dua sampai pukul lima. rehat untuk solat asar lepas tu sambung balik kuliah untuk next topik pukul lima sampai la pukul lapan (mungkin akan habis sebelum maghrib). ohsem tak!haha..jadi kelas ni akan habis smpai awal bulan lapan dengan satu topik je then boleh bersuka2 kejap sebelum exam. sekurang-kurangnya kelas kitorang tinggal untuk dua subjek je lah. nasib lah projek tak payah presentation.

etk pulak aku tak sempat nak masuk kelas sebab ada meeting (oh pleasee..bajet busy). nasib baik lec bagi daftar manual untuk set dia kalau tak kena lah tunggu seminggu kemudian baru dapat daftar. aku ada program dekat melaka start sabtu 7hb ni sampai rabu 11julai. kiranya aku tak pergi kelas lah dan susahlah nak daftar manual nanti. alhamdulillah dapat lec yang memahami, boleh lah aku daftar..hehe. kelas etk pon ada projek gak, kena buat kajian kes dan ada presentation. kelas ni mungkin tak stress sangat sebab dah biasa dengan lec ni masa sem satu dulu. setakat kena bincang2 dalam kumpulan lepas tu present takde hal lah..haha (berlagak!padahal aku tak suke jugak..) apa ntah yang aku suka..ish3.

okey lah lepas ni ada meeting untuk program kat melaka. sambil tunggu budak2 ni bangun, baik habiskan men-download cerita.

Saturday, 23 June 2012

Update! Dah Habis Exam Duduk Rumah Saja

seronok gilak dapat duduk rumah. lama kot tak jejak kaki kat rumah sejak final exam hari tu. haha. dan lama jugak tak jejak kaki kat borhan sebab dok lepak amin sampai la ke saat akhir final exam. aku pergi dekat borhan balik pun sebab nak ambil barangbarang bawa balik rumah je. haha. bukan tak setia kat borhan, aku sayang gilak kat borhan tapi ramai member dekat amin kan. kena la menepek kat situ. ye dak. even kalau disuruh tukar duduk amin ke kajai ke aku tak sedap hati sebab aku suka borhan punya asrama (tapi tahun dua nnt dok flatlet,taktau la best ke tak..huhu) punya tandas..haha. ish3. tau dek kwn aku mati kene bahan.

alasan lain aku takut nak apply kolej lain sebab takut tak dapat. nak patah balik kolej sendiri ingat dorang terima senang2?tak kan. so, sejak semua kolej kat ukm (mungkin semua kot) dah guna sistem baru iaitu semua pelajar terus diserap duduk kolej, takde la aku risau kene buang ke ape. tinggal nak buat pengesahan je. sape yang tak sahkan dikira taknak duduk kolej tu. senang je kan. sape yang nak duduk kolej lain pulak kena la buat surat mohon tukar kolej. semalam mak cakap kalau nak tukar kolej boleh kawtim dengan member dia kat ukm tu. almaklum lah, mak kan pesara ukm..haha.

maka dengan sukacitanya untuk short sem ni aku duduk dekat rumah. dan dukacitanya aku takdak cuti berbulanbulan macam bdk lain. tahun satu ada short sem, tahun dua ada short sem. maka takde la cuti 2bulan lebih tu, takde la aku dapat buat part time, takde la income aku macam tu..huhu. satu lagi berita dukacita (mengikut surat tu) aku takdapat tukar course ke akaun. serius aku taktau nak respon apa. sedih ke lega ke gembira ke. jujurnya aku ragu-ragu nak tukar ke tak ke program akaun tapi aku buat jelah surat tukar program (itu pun dah lamabt sgt aku buat). even ragu-ragu dalam hati kecikkk aku harap jugak dapat tukar ke akaun dengan result aku yang tak berapa nak cantik tu..hehe. kira macam bangga la kot kalau dapat tukar dengan result yang ehemehem cantiks tu (see, niat takbaik..haha).

maka, dengan leganya dapatlah aku fikir majoring apa aku nak buat lepas ni. dah tentu majoring HR..haha. at first aku nak ambil finance tapi terlampau takutkan maths (dgn maths pun aku takut..haha) terus tukar pilihan. HR pilihan pertama, pilihan kedua ketiga aku taktau nak letak majoring apa. maka doanya harap result sem 2 ni agak..? em, sangat memberangsangkan berbanding sem 1.Amin~

nota kecik :
*mintak2 duduk rumah ni dapat la study elok2 sikit, sbb kat rumah takde wireless kan. kurangkan berinternet lebihkan belajar. ecehh..boleh buat tagline iklan. Sayonara!!

Thursday, 14 June 2012

Besok Exam Kot

exam tinggal lagi 3paper je. besok ada exam english tapi masing-masing sibuk buat kerja lain. macam tak kisah langsung nak exam besok. bukan sebab dah terer english ye, tapi memang taktau nak study apa pun. ahahaha...nampak sangat taknak improve kan english. sebenarnya kitorang tak planning nak dapat A sangat pun sebab...ada la sebabnya, haha.

Monday, 28 May 2012

Kerja Banyak Buat Aku Serabut

Assalamualaikum

minggu terakhir ni sangat mencabar mental aku. laporan akhir assignment kena hantar. minggu presentation lagi. exam lagi dua minggu. study week yang patutnya cuti ada pulak kelas tambahan..huhu. rasa nak menangis je. lepas tu dalam masa yang berjalan ni kena handle satu program yang membabitkan masyarakat. otak dah rasa macam berat sangat je ni. bila kena benda benda macam ni aku mula lah mengabaikan segala kerja kerja aku dan layan movie, edit gambar, edit tulisan dan segala macam benda yang takde kaitan dengan study. nak masuk kelas pun macam malassss je..huhu =_='

mental lagi tercabar bila result midterm sangat 'ohsem!' =_=' dan bila mereka yang pandai selalu kata - tak boleh buat, aku tak jawab soalan ni, aku tak reti yang itu - akhirnya dapat result sangat superb ohsem. bertambah tertekan aku dibuatnya. sepatutnya aku dah start baca buku ikut apa yang aku plan tapi bila otak aku dah serabut mula semua benda haru biru. dengan bilik aku sekali haru biru. bak kata onie - macam kapal karam..haha. dah lama tak balik rumah dengan harapan (kononnya) dapat study dengan aman. memang aman la layan movie sorang-sorang, layan internet sorang-sorang..parahhh =_='

bertambah parah bila blog aku terabai begitu saja..huhu
oke bai!

Monday, 30 April 2012

You Are A Faithful Analyst.

Assalamu'alaikum

terima kasih kak aimi sebab tag mj. lama betul ambil masa nak buat ini tag, hehe. sebab macam pelik kenapa mj punya tak dapat macam kak aimi punya. lepas tu terfikir, ahah mesti lah kak aimi buat sendiri lepas dah dapat result tu, kan.

maka, ini hasilnya lepas buat personalities test tu.

About you : You are an Analyst

  • Your attention to detail, confidence, sense of order, and focus on functionality combine to make you an ANALYST.
  • You are very curious about how things work, delving into the mechanics behind things.
  • Along those lines, how well something works is usually more important to you than what it looks like.
  • You find beauty and wonder mainly in concrete, functional, earthly things.
  • You are very aware of your own abilities, and you believe that you will find the best way of doing things.
  • Accordingly, problems do not intimidate you, as you believe in yourself.
  • You trust yourself to find solutions within the boundaries of your knowledge.
  • You don't spend a lot of time imagining how things could be different—you're well-grounded in the here-and-now.
  • It is important for you to follow a routine, and you prefer the familiar to the unknown.
  • You're not one to force your positions on a group, and you tend to be fair in evaluating different options.
  • You are balanced in your approach to problem-solving, not letting your emotions hold you up.
  • You prefer to have time to plan for things, feeling better with a schedule than with keeping plans up in the air until the last minute.
  • You do your own thing when it comes to clothing, guided more by practical concerns than by other people's notions of style.
  • You tend to believe that things happen for a reason, and that not everything is under our control.
 If you want to be different:

Try to embrace the imaginative, creative part of your personality more often.
Try moving beyond the things that you find comfortable—open yourself up to a broader range of experiences.

How you relate to others : You are Faithful
  • Your trust in others, respect for tradition, and caring nature make you FAITHFUL.
  • Maintaining a few intimate relationships is more important to you than knowing a lot of people, and you share a lot with your close friends.
  • Those who have managed to get close to you value your camaraderie, and they know that they can trust you with anything; you're a good listener.
  • While you can usually see several sides of an argument, you often have a strong opinion as to which side is correct—the order of things is usually clear to you.
  • Your perspective on the world is based on careful observation, and you know a lot about how people feel in—and react to—many situations.
  • Your exploration of others' feelings has led you to believe that although people generally act appropriately, having clear social rules is very important to a functional society.
  • Time alone for reflection is important to you—you are introspective and aware of your own feelings.
  • Faithful is as faithful does—you expect those with whom you are close to be loyal to you, and you take betrayal of your trust very seriously.

If you want to be different:

Some of the alternate perspectives that you understand may have more value than you give them credit for—keep in mind that right and wrong aren't always so clear-cut.

While you are able to reap the benefits of your time alone, and may see interacting with a lot of people as more tiring than exciting, remember that there is a lot to be learned from experiencing things and not just reflecting on them.

#terperap lama dalam draft. sangat sangat sangat lama. link personality test ni pun dah lupe. T__T

Thursday, 26 April 2012

Kesunyian Di Sini



keseorangan di sini. kadang kadang rasa seronok bila berada di wilayah sendiri. rasa seronok sebab hanya di sini aku punya semua benda yang aku perlukan. tapi saat aku berada di sini aku tidak punya teman. teman yang boleh buat aku rasa terhibur. hingga bila rasa sunyi mencengkam terasa diri ini perlukan seseorang untuk bergelak ketawa. dan akhirnya aku sanggup jadi pendiam di tengah tengah ramainya manusia. kerna aku tak suka rasa sunyi itu.

Friday, 20 April 2012

Print Colour 20 sen..!!!

aku tak pernah nak suka dengan bisnes. tapi bila dah lama-lama belajar bisnes sedikit sebanyak tempias semangat orang nak berniaga tu ada. kadang-kadang rasa je nak mulakan bisnes kecil-kecilan, sambil-sambil belajar kan. tengok orang lain berbisnes macam syok je. cuma aku tak pandai nak uruskan masa aku tu je.

tapi ada yang tak syoknya bisnes ni bila kita mudah sangat kesian ataupun termakan kata dengan pelanggan kita. orang yang macam ni boleh je nak berniaga tapi dia kena ada pembantu yang boleh sama-sama buat keputusan dengan dia. hari ni (iaitu semalam la kan sebab aku menaip ni pun dah masuk hari esoknya) berlaku benda yang aku dengan kawan-kawan aku rasa sakit hati je.


takde la sakit hati apa (tapi memang sakit pun), kawan aku, mel ni buat service printing kat bilik dia. dia letak la iklan yang macam biasa orang selalu buat tu, 50sen untuk colour 10 sen untuk black. lepas tu ada jiran bilik dia ni nak print. tapi dia taknak dengan harga 50 sen tu (nak print colour ni), nak harga 20sen sebab dia kata sikit je. mel pun okey jelah kan sebab memang ingat sikit.

masa tu aku dengan lima orang kawan lagi ni study dekat luar bilik, ada tempat macam bilik tv la dekat kolej dorang ni. kitorang study jelah macam biasa sampai la mel datang dekat kitorang (jiran bilik dia p edit benda yang di print tu kat bilik dorang sat) cerita la budak tu print lebih kurang 40 lebih helai kertas sijil..diulangi sijil ye. bukan kertas A4 putih tu. tang mana yang sikit ntah sampai mintak 20sen. colour pulak tu! okey ada juga yang blackwhite tapi logik tak mintak 20sen untuk colour? taktau la kot-kot ada yang buat 20sen ke kan..tu memang nak bersedekah la kot.

habis kitorang pun cakap la mana boleh macam tu mel. kalau taknak mahal sangat pun 70sen pun jadilah. kalau dekat luar takde orang print colour sijil tu 20sen. mel ni pulak takut nak cakap kat budak tu sebab yelah dia dah okey kan je dengan 20 sen orang tu. sebelum tu ana (roomate mel) dah bisik bisik letak seringgit mel sambil tunjuk2 satu jari tapi mel tak perasan pulak. lepas tu kitorang suruh je dia mesej budak tu. nak hantar mesej pun dia takut juga. hailaa..budak mel ni. habis oni yang tukang taip mesej tu. dah siap taip tak send juga.

sampailah tiba-tiba budak tu datang cari mel mintak kunci bilik mel sebab nak buat apa ntah aku dah lupa. lepas tu mel datang balik, suruh send jelah mesej tu. yang kitorang ni dah kalau orang tu baru je jumpa kita takkan la nak hantar mesej, baik cakap depan depan. dah si mel pun taktau nak cakap macam mana kat depan budak tu, hantar jelah mesej tu. lepas beberapa minit budak tu reply. dia kata, depan pintu bilik tulis 50sen, nape nak 70 sen pulak. macam tulah lebih kurang. tiba-tiba pandai pulak budak ni, tau pun 50 sen tapi p mintak 20sen pasai apa. mel pun okey kan je lah.

lepas tu dia reply balik nak bayar dah. dia bayar setakat yang dia print tadi. kalau ikutkan budak tu nak print lagi lepas dah edit sijil tu. mungkin sebab 50sen kan terus dia tak jadi. masa kat bilik tu ana ikut sekali, buat peneman mel nak menjawab-jawab dengan budak tu. sekali budak tu bawa geng 4 orang termasuk dia sekali. dorang pun fight la nak juga 20sen sebab yang kes mel dah janji tadi tu lah. dia kata la dekat kedai kolej 30sen je kot tapi sebab print rosak tu dia datang bilik mel. tapi dia dah nampak depan pintu bilik tulis 50sen dan kertas dorang kertas sijil sibuk minta 20sen juga. lama lama mel kata 30sen jelah, ana tak sempat nak kata apa-apa sebab ana nak mintak 40sen. benda dah jadi kan.

ye mungkin silapnya mel setuju terus dengan harga 20sen. dan mungkin silap kitorang juga tak pergi sekali ramai ramai fight budak tu. kalau tak dah confirm dia kena bayar 70sen. bajet dia senior sangat lah!

#budak tu bukan budak bisnes. so, bukan senior kitorang la.

Saturday, 24 March 2012

Makanan Yang Paling Senang DiMasak

Assalamualaikum

minggu ni aku balik rumah (lagi!?). memang taknak balik rumah, tapi tiba tiba rasa macam rumah tu memanggil-manggil aku je suruh balik..haha. kali ni balik aku siap bawa buku lagi. nak siapkan tutorial la katakan. tapi sampai ke saat aku tulis post ni pun tak terusik lagi tutorial tu..hehe. malam nanti aku usik tutorial, petang ni kita bersukaria dulu. maka, aku dah lama tak cerita pasal makanan yang mak aku masak, ye diulangi mak aku masak tapiiii dengan aku jadi pembantu tukang masak. kira macam aku pun tukang masak jugak la, takde la jadi tukang kacau je..cewaahhh..haha.

hidangan yang paling cepat senang dan mudah dimasak sudah tentu lah...

Sup Sayur Cendawan Bakso

tengok gambar pun tau dah senang nak masak kan. tak payah cerita la bahan-bahannya apa kan. kalau nak lagi mabelesss tambah makaroni. perghhh, gerenti meletup. ada sekali tu mak masak sup sayur makaroni, habis makaroninya tinggal kuah dengan sayur la sikit. lepas tu topup jelah makaroni dalam sup tu bila nak makan. see, senang je kan.

makanan seterusnya yang memang paling senang dimasak adalah...

Ikan Masin !!!

siapa taktau masak ikan masin memang la taktau nak cakap apa kan. kau beli ikan masin, basuh basuh sikit lepas tu campak je goreng. dah boleh makan. simple kan. 

seterusnya lauk utama kita adalahhh....

Ikan Cencaru Masak Asam Pedas

haaa..masak asam pedas ni tak susah sebenarnya tapi kadang kadang aku selalu lupa bahan-bahannya. padahal tumis cili mesin tu je. mak aku kalau masak asam pedas memang suka letak labu air sejak tahu labu air tu sedap bila dimasak buat asam pedas. 

lauk yang terakhir paling mabeeelesss and deliciossss adalahh...

Sambal Ikan Bilis

sambal bilis pun sonanngg je eh nak masaknya. tumis cili sampai garing (sampai sekarang aku tak dapat nak bajet bila cili tu nak garing..=_=) lepas tu masukkan je ikan bilis yang telah digoreng garing dan siap!! mak kata ada jenis ikan bilis yang macam sesuai dibuat goreng sambal. baru lah meletuppp bila makan..haha. maka pendek kata semua yang dimasak hari ni senang je lah tinggal nak praktikkan kan sorang sorang tu je yang aku tak berapa nak confident. satu masakan yang paling aku yakin nak masak ialah nasikkk! okbai! selamat memasak.

nota kecik:
*aku memang tak reti nak cerita resepi tu satu satu..haha.

Tuesday, 6 March 2012

Lepas Tengok Wayang Terus Sakit




Assalamualaikum

minggu lepas aku sakit lagi. masuk ni dah dua kali aku sakit selama dua bulan berturut-turut. tiba-tiba je antibodi tak kuat..hukhuk. minggu lepas disyaki keracunan makanan sebabnya aku muntah-muntah dari jam 2 pagi sampai la 6 pagi! asal keracunan makanan je terus syak kafe..haha.

masa kejadian tu aku memang dah mula rasa sakit macam tekak kering, asyik tersedu-sedu lah bagai. ini akibat makan nasi lemak dekat kiosk fakulti (tiba-tiba hari tu pedas giler sambal dia). satu je masalah aku kalau dah tersedu-sedu memang confirm lah lambat nak elok. kejap-kejap tersedu. baru nak okey dah tersedu balik. kemudian balik kolej pergi lah makan dulu sebab aku memang ada bawak lauk dari rumah sikit dan beli la nasi, sambal ayam dengan telur sambal kafe. masa tu memang banyak la aku curah sambal ayam. telur tu memang aku dah rasa semacam tapi aku jenis makan je apa-apa pun (konon-konon kebal lah). masa tu memang tak fikir la pasal makanan tu elok ke tak apa ke, habis makan terus tunggu kawan-kawan lain datang jemput aku dengan onie pulak. kitorang semua berlapan - aku, onie, jiha, enol, norien, ana, pia, mel.

bila dah masuk kereta masing masing taktau mana hala tuju nak pergi sebenarnya, almaklumlah kitorang tengah takde bajet kan masa tu. alih-alih pergi lah putrajaya sampai habis putrajaya tu kitorang pusing sebab aku mana reti jalan putrajaya (jalan bangi pon!haha). tempat utama dituju Masjid Putrajaya (time tu memang dah maghrib) dan lepas tu baru pergi alamanda. sakit-sakit pun ada hati nak jalan lagi. mula-mula ingatkan tak kronik sangat setakat tersedu-sedu je. tiba-tibaaa....masa tengah tengok wayang la aku mula tersedu-sedu, masa tu memang malas ah nak fikir orang sebelah. habis je wayang aku bangun terus blah takde nak toleh toleh kiri kanan de..haha.

ouh, untuk makluman ini first time aku pergi tengok wayang (ikutkan kali kedua sejak aku tingkatan 4 dulu) dan sumpah lepas ni aku taknak pergi dah. bukan sebab kes aku tersedu-sedu tu..ni atas sebab-sebab peribadi sendiri..hehe. maka, habis wayang dalam jam 12 terus balik kolej. masa ni lah segalanya-galanya bermula. pagi-pagi buta tu la aku muntah. memang dahsyat la kan habis aku muntahkan apa yang aku makan masa dekat alamanda. paling best aku tak sempat lari pergi tandas, terus termuntah depan bilik (sebenarnya dah termuntah atas katil lagi..huhu..tapi tu sempat tahan la sikit). start situ lah aku terus muntah-muntah sampai tak larat dah nak pergi tandas.

roomate aku, syaz dan sorang lagi member, su memang tak sedar la aku keluar masuk bilik. kitorang memang jenis tidur mati punya. esok pagi tu masa kak intan datang pulangkan buku baru la dorang sedar. kak intan siap suruh aku siap-siap pergi klinik. ikutkan aku taknak!! kena makan ubat kan nanti. ubat ubat pil ni lah aku lemah sikit. nak menelannya pun macam satu azab. waktu demam masa final exam pun aku takmakan ubat. puas member member pujuk makan ubat siap suruh aku tangguh exam lagi! tapi lepas tu aku makan jugak sebijik panadol bila balik rumah. muntah-muntah kali ni pun aku telan jugak lah ubat tu. memang dalam sejarah betul lah aku makan ubat.

#lepas makan ubat terus baik. tu tandanya perut aku takut dengan ubat terus sembuh cepat-cepat
#kitorang tengok adnan sempit 2. jiha dgn mel tgk cerita omputis sebab dorang tak layan cerita melayu
#disebabkan adnan sempit tu memang lawak maka aku konon konon boleh cover tersedu-sedu aku tu dengan gelak-gelak 

Monday, 20 February 2012

Semester 2 UKM

Assalamualaikum

selamat hari isnin semua! selamat memulakan semester baru tahun baru dan semangat baru. yeahh..!mudah mudahan aku tak terpedaya dengan hasutan dunia..haha..gitu.

alhamdulillah..result exam semester lepas sangat melegakan hati jantung otak semua la. dan memang betul la apa yang aku target dekat subjek akaun, mesti dapat B. konpius aku, tak pernah la aku nak dapat A dekat subjek akaun ni. masa dip macam tu. masa spm pun macam tu jugak. padahal akaun basic je pon. (mungkin sebab aku cakap 'akaun je pon' tu yang tak dapat A kot..haha)

apa apa pun semester lepas aku tak kena repeat. semester ni aku mesti buat lagi bagus daripada semester lepas. kena susun strategi betul betul ni. kadang kadang aku ni lah dah elok elok plan lepas tu mesti terbabas plan tu. tapi yang pasti aku kena kurangkan berinternet. sehari buka sekali je tu pun sebab nak tengok update pasal study. sekarang semua benda pakai upload je takpon post dekat fb. itulah antara punca-punca aku yang kaki internet ni terbabas..hehe. Insya Allah aku akan cuba buat yang terbaik untuk semester ni.

kelas pertama dah mula pagi tadi. kalau ikutkan aku dah mula dua kelas hari ni tapi disebabkan aku lupa yang aku dah daftar kelas pukul 8, tak pergi lah..haha. lepas habis kelas mula lah aku dengan member member susun balik jadual yang dah tunggang langgang. part ni yang aku lemah ni. kita dah elok elok susun jadual, mesti ada je yang tak kena. clash sana lah, clash sini lah. sekarang ni pun aku tak daftar betul betul lagi. besok aku masuk je kelas lepas tu daftar secara manual (benda ni jadi bila kelas yang nak daftar secara online tu dah penuh, maka dengan rasa tak puas hati dan nak jugak kelas tu kena la pergi jumpa lec. tu sendiri). mudah mudahan subjek yang aku nak daftar manual semua diterima.

total subjek aku ada tujuh dan konon-kononnya nak tambah lagi satu subjek la untuk cukupkan 20jam kredit..(tak sedar diri betul) haha. tapi tujuh subjek pun dah semput sibuk nak tambah lagi. satu hari je yang aku kelas sampai 3 subjek berderet deret. lain lain semua 2 kelas dan jumaat macam biasalah hari bebas sedunia..haha. satu je sebab yang buat budak budak ni pening kepala-aku tak nak kelas jumaat! memang lah serabut kepala kan nak susun jadual sampai habis padat. aku okey je nak kelas jumaat asalkan pagi bukan petang petang buta..hehe.

hal jadual macam dah nak hampir setel. hal ko-k je tak setel lagi ni. kelab apa nak masuk eh?besok la fikir kelab pulak. hari ni rehatkan minda dulu..hehe. okey?! sayonara~~

jangan study sampai macam nak mati sudahhh

Monday, 13 February 2012

I'm Back

Aku main game balik!haha..


Konon-konon taknak main game la sangat dekat fb sebabnya lama sangat nak tunggu dia loading lepas tu asyik nak kena refresh je. fedup aku. tapi tiba-tiba aku terpengaruh dengan game the smurfs yang member aku main dekat iphone terus rasa nak cuba..haha. nasib baik dia cepat loading, suka la hati kan. main sorang-sorang pomboleyyy...kbai!

Monday, 6 February 2012

Kerja Part Time yang Menyeronokkan..?

Assalamualaikum dan selamat menyambut Maulidur Rasul!

selamat hari isnin dan selamat memulakan kerja MJ! orang lain sibuk cuti aku bekerja keras mencari sesuap topup (boleh ke sesuap topup?haha). yup, dekat seminggu jugak la aku kerja dekat warta. perasaannya macam terkejut pun ade jugak hehe. semua nak terkejut je kan. sambung study terkejut, buat part time pun terkejut jugak! hari pertama masuk kerja rasa gelabah jugak lah sebab takut tak ingat semua benda yang pernah jual dulu. serius, ade je benda yang aku lupa haha. kejap kejap kang aku tanya kak fara harga barang ni berapa barang tu berapa. tambah tambah lagi banyak produk baru kedai tu jual. maka, prosesnya macam aku mula mula masuk kerja tahun lepas. kena belajar semua benda hehe. cuma aku takde la nak belek satu satu barang dalam kedai macam dulu. rileks je buat kerja (sebenarnya tak jugak bilamana ade customer tanya barang yang memang dari dulu aku tak pro..mau gelabah nak terangkan hehe).

satu benda yang aku perasan, kedai tu tak macam dulu. pekerja baru tak jaga kedai betul betul. maksudnya dorang tak kemas balik kedai bila dah kacau bilau kan keadaan dalam kedai tu. dah la kedai tu kecik, lepas tu sepah sepah pulak. haiishh, ditegur kang terasa hati (yelah kite ni kan dikira macam budak baru jugak la kan) maka, suke hati korang lah asalkan korang bahagia. tapi satu benda yang tak pernah berubah ialah aku dengan kak fara mesti akan hilang dari kedai..haha. bila masuk je time solat, apalagi pergi solat lepas tu merayau lah ke sana ke mari. takpon kitorang mesti akan berborak-borak dulu dekat kedai bos yang dah ditutup dekat tingkat atas sebelum solat (kedai ni memang untuk solat). borak je dah makan masa, memang lambat la kitorang turun hehe. tapi benda ini kitorang berdua buat bila kene jaga kedai asing asing la (bos kitorang memang banyak kedai, so ada giliran jaga kedai).

tapi sejujur-jujurnya aku taknak dah kerja yang ala-ala macam tu lagi. tiba tiba aku rasa macam penat sangat pulak kerja dekat situ, walhal sebelum ni ok je siap tak cuti bagai. mungkin sebab aku dah rehat dulu dalam seminggu lebih dekat rumah, maka jadi macam 'aduhhh,malasnya nak pergi kerja' haha. sebabnya aku dah biasa bangun bangun je lepak dulu tengok tv, pergi sarapan apa semua tapi ni tiba tiba nak pergi kerja pulak. adohai, bertahan jelah. diri sendiri yang nak sangat kerja kan. ingat nak berhenti awal tapi kak fara dah beritahu bos pulak aku nak kerja sampai bila. tapi takde masalah kot kalau aku nak berhenti awal, kata part time hehe. maka?menyeronokkan ke tak?sikit je yang seronok. yang lain tak berapa nak seronok.




*sebenarnya kerja dah tak melekat di jiwa. orang kata bila hati tak minat nak buat pun macam malas je tak kira la kerja tu best macam mana pun, kan.

Monday, 30 January 2012

Cameron Mitchell!!!

Assalamualaikum

selamat hari isnin semua!!yes cuti sekolah dah habis. adik adik aku pun takde kat rumah pagi tadi. emmm,sebenarnya dorang ade ke tak same je..haha. okey bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.

tapi pasal ni....tadaaaaaa!!!


tumblr ^_^

cameron mitchell!!!sejak tengok the glee project tu terus tangkap cintan..haha. sejak ade star world aku jadi gile kejap tengok reality show dorang. paling feveret glee project dgn junior master chef. budak budak kecik ni giler ah memasak macam profesional kot. aku?jangan harap lah..haha. maka, sejak suka tengok glee project aku jadi teruja nak tengok glee season 3 ni sebab ada pemenang pemenang glee project la (padahal dorang muncul berape episod je). kalau tak mesti aku tak tengok..kot. walaupun cameron tak jadi finalis tapi dia feveret juri kot (suke suke aku je kan nilai gitu). cameronnn!!dah macam sebut cameron highland je.

tiba tiba aku rasa macam aku dah lama tak tengok korea. tidakkk!!haha..tapi sekarang cerita yang tak pernah miss lagi running man. memang tengok asyik gelak gelak je kot. aku suka tengok jae suk sebab dia macam bijak tapi bila dia bukak spek mata muka dia pelik habis..hahaha. kesian 2 days 1 night aku, asyik miss je sebab clash dengan raja lawak!!huuhuuu...okay sayonara~~

nota kecik :
*glee 3 pon clash dengan cerita tv3 yang coklat vanila tu (adik aku punya cerita, apa yang best ntah)..stress aku!

Monday, 23 January 2012

Mood Semester 1

Assalamualaikum!

wahahahaha...dah nak masuk hujung bulan satu baru kau nak cakap selamat tahun baru ye. kejap ada ke aku macam nak wish hepi new year??takde kot...haha.

okey apa apa pun aku cuma nak share satu cerita dimana aku dah habis semester 1!yeay!!hey, tu satu pencapaian yang bagus tahu bilamana sepanjang hidup menjadi seorang pelajar ukm semester 1 ia sangat mencabar hokay. masa tu la macam-macam perasaan timbul. rasa seronok (ni mula mula je), rasa sepi, rasa takut(?), rasa nak berhenti belajar!!(ni paling dirasai).

kenapa aku rasa nak berhenti belajar sangat-sangat walhal dulu bukan main lagi melonjak lonjak nak sambung belajar. mula mula sekali aku rasa macam tak boleh nak serap dunia belajar (walhal dah pernah ada experience belajar masa diploma, kau bukan budak matrik la yang kerjanya panggil lecturer cikgu dan baru pertama kali rasa dunia belajar di ipt). okay itu betul aku pernah rasa macam mana belajar dekat ipt..s bukan ipt..a. mood belajar dia lain. lagi lagi dekat ukm (u lain aku taktau) yang semuanya very fast forward. bukan setakat belajar je laju, kokurikulum pun laju. di sini aku sangat kagum dengan budak matriks sebab diorang memang sangat sangat pandai hal menganjurkan event hal jadi ahli majlis tertinggi apa apa ntah. mereka diajar jadi begitu. tapi kadang kadang dorang ni sangat rajin akademik juga. tu yang buat aku tambah stresss. ye di akui di sini bahawa aku bukan seorang yang aktif -_-''

tiba-tiba satu saat dalam hidup aku, aku terfikir yang aku ni takde la pandai sangat pun rupanya. dekan setiap sem konon..masa diploma boleh lah kau nak dapat dekan. bolehlah kau tak repeat subjek. masa dekat universiti jangan mimpi lah kalau kau tak gandakan usaha kau masa diploma dulu,kau takkan dapat pointer tinggi melangit. tapi serius aku sekarang dah tak fikir sangat pasal pointer..dekan and what so ever tu tapi aku akan ubah corak belajar aku untuk semester yang akan datang ni supaya jadi lebih bertangungjawab dalam hal pembelajaran (perghh..bertanggungjawab tu..). pengalaman sem 1 mengajar aku supaya jangan leka ataupun jangan terlampau leka. oleh kerana itulah masa sem 1 ni aku nak rasa repeat subjek sebab time diploma tak pernah rasakan so kenalah rasa masa degree ni. tapi aku akan pastikan yang sem 1 je jadi macam ni, dan sem akan datang aku takkan repeat paper lagi. biarlah tak dapat pointer tinggi melangit asalkan tak kena repeat.

hati aku masa tu memang sangat sangat rasa nak berhenti belajar. mula-mula aku just main main je cakap dekat member aku 'jom ah kita berhenti belajar besok, ambil surat berhenti ramai-ramai'..hahaha. dorang masa ni geram je dengan aku sebab boleh buat main-main pulak pasal ni. tapi geram geram pun dorang layankan aje sebab dorang pun rasa tertekan je belajar. cuma aku malas nak layan sangat rasa stress tu sampailah aku rasa betul betul taktahan nak belajar kat sini lagi. masa tu aku cakap dekat member aku yang aku rasa nak berhenti belajar. kali ni betul betul sampai nak menangis la aku cakap..haha. aku memang sensitif tapi tak tunjuk (poyo la konon). dorang dah rasa macam terkejut sebab tak sangka aku boleh cakap macam tu. aku siap cakap dekat mak aku lagi tapi dalam nada bergurau la. aku ingatkan mak aku tak amek port sangat rupa-rupanya dia memang ambil kisah sebab lepas tu dia cerita dekat makcik aku..haha.

walaupun asyik cakap nak berhenti la bagai, last last habis jugak semester 1. biasalah tertekan over sangat..hehe. masa final exam lagi mencabar. satu ukm takde air sampai lori syabas kena hantar air la. sebenarnya aku tak kisah sangat pasal tu. aku boleh je hidup dengan air kejap ada kejap takde tu tapi yang menjadi masalahnya bila aku punya baldi kecikkk je. maka, kalau simpan air pun dapat tahan satu hari je. disebabkan itulah time air takde aku pun apalagi balik rumah la..haha. tapi lepas tu aku balik semula kolej, bukan kolej aku tapi kolej member aku. memang sampai paper 2nd last lah aku menapak kolej lain. dan satu lagi cabaran masa exam ni bila aku kena demam panas seminggu!gila lah. memang semua paper masa tu aku buat ala kadar je. paper akaun pun aku tak dapat nak buat betul-betul. terpaksa la aku tukar target aku dari A ke B. entah apa la nasib result aku sem ni.

hmmm...rasanya samapi situ je aku nak cerita. perasaan nak bercerita tu ada tapi aku macam tak boleh nak susun ayat tu jadi satu cerita yang teratur..haahahaa. sampai ketemu lagi! sayonara~~