Advertisement

Saturday, 30 November 2013

Tesis tak terhantar!

Assalamualaikum...

Hairan juga aku kenapa boleh makin lama makin tak terusik blog macam comel aku ni. Nak kata masa takde, banyak je masa kot. Ahhaaa...internet yang selalu takde kan. Takkan la dah datang fakulti semata-mata nak hadap blog je memang taklah. Mengharap dapat pasang wifi dekat rumah senang sikit hidup aku.

Kisahnya setelah dua bulan lebih tak hadap blog kejap timbul kejap tenggelam ni cerita pasal tesis aku yang super hebat tu tak siap lagi. Lumrah bertesis mestilah lambat nak siap, kan. hehe. Cuma yang menjadi beza antara aku dengan student lain yang buat tesis adalah dari segi masa. Bukan masa merancang aku yang hebat, tapi masa merancang penyelia aku yang hebat. Sepatutnya hari ni (jumaat) dah kena hantar draft full report tapi perangaiiiii tak hantar pun. ye bukan aku sorangg je tapi dengan member yang sama penyelia dengan aku pun.

Tarikh yang penyelia aku buat memang cun dah tapi kitorang yang tak cun pergi langgar dateline hantar. Patut kena hantar hari ni, tapi hantar minggu depan. Haaa bijakkkk! Lepas tu rabu depan ada presentation! Aku rasa penyelia kitorang je yang nak buat presentation lepas tu hantar kemain cepat. Sebelum study week hujung bulan 12 dah kena hantar.

Makanya aku sangat berharap dapat siap sebelum isnin depan dan sempat prepare untuk presentation. Kalau dapat hantar report akhir yang 100% siap sebelum cuti study week..fuhhh lega seribu kali lega. tak payah pening pening fikir masa study week nanti.

Nota kaki: tak dapat tempat praktikal lagi rasa nak nanges dateline hantar borang pon sebelum cuti study week huuuwaaaaaaa!!!!

Friday, 13 September 2013

Cabaran kertas ilmiah

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah nak habis belajar pun. Lepas ni kerja lepas tu kawen. Eh. Haha.

Semester akhir ni kena hadap kertas ilmiah ler. Kata senior. Heh dah tahun tiga rupenyee ye. Sambil tu kena cari tempat praktikal pulak. Mohon ler diri ni reti drive cepat. Huhu.

Tesis lah senang nak sebut, kertas ilmiah panjang sangat. Huh. Haa otak ni gatal sangat pergi pikir tajuk yang power sangat, kan dah kena cari segala maklumat yang power jugak.

Bukan power apa, tajuk ada kaitan dengan ekonomi kot! Huhu. Haa itu lah cabarannya. Suka tak suka kena lah hadap segala rumus ekonomi tu. Kenapalah finance ada kaitan dengan ekonomi. Kenapalah kau gatal sangat buat tajuk tu. Haa redha jelah.

Subjek dah tinggal sikit ni harapannya dapatlah bahagikan masa buat esaimen dengan penuh dedikasi..haa gituuhh. Nak beli diari baru buat jadual belajar. Yeahh!!

Nota kaki : jangan jadual cantik dah tiba tang nak buat tu yang tak cantik nanti..eheh.

Friday, 30 August 2013

Hadiah birthday

Trimassss bagi hadiah. Tak sangka dapat jugak..hehe. Terima kasih jugak dekat cik enon dan ayah dia bagi hadiah jubah (tiada dlm gambar). Terima kasih jugak pada pooja yg bakal bagi hadiah nanti.

Friday, 23 August 2013

Handphone Baru!

Assalamualaikum.

Kali kedua apply rebat, baru la beli juga phone. Itupun beli bila stok dah makin habis. Nasib digi di the mines ada offer lagi. Dapat la sebijik alcatel. Oke ler daripada takde ye dok. Nak beli phone lain tak cukup pulak fulus.

Bila dah ada ni makin menjadi jadi pulak rasanya. Kejap kejap nak belek telepon kejap kejap nak tengok telepon. Kesian laptop.

Best pakai benda alah ni bila dapat download enovel,baca ekomik dan seangkatan dengannya. Haaa gitu..kan senang. Tapi payah jugak sebab skrin kecik tak puas nak baca. Maka, target akan datang nak beli ipad sebijik. Eh. Hehe.

#testing update guna phone. Suka kejap rasa. Haha.

Monday, 27 May 2013

Semester yang buat kecut perut limpa dan jantung

ini kali pertama aku dan ahli kumpulan lain tak datang kelas sebab tak siap report dan slide presentation. ahli kumpulan lain tu bukan lah sape sape melainkan kawan aku jugak. nasib baiklah kitorang bertiga je satu group.

perkara yang menyebabkan kitorang taknak masuk kelas lec ni adalah kerana dia kitorang andaikan garang garang ayam (haaa mksudnya garang tapi tak pun sebenarnya). kelas inilah satu-satunya bila tak siap tutorial kitorang bertiga mesti tak datang. kadang dah rasa macam budak sekolah pun ada. tak siap tutorial terus skip kelas. padahal dia tak kisah pun. tapi time dia tak kisah tu adalah time kitorang tak datang kelas. time dia kisah bila kitorang datang kelas. dan dan lah dia nak kutip tutorial. nasib baik sempat copy member lain punya. hahaha perangaaaiiii sangat!

nasib baik individu punya kerja siap walaupun last minute tetap datang kelas kau (tapi norien takdatang! giler ah budak tu). ini pun hasil pujukan member kelas. cehhh pujuk lah sangat. member kelas kata datang je lah lec tu tak marah, dia okey lah. aku takpaham kenapa budak-budak lain boleh relaks je masuk kelas dia dan kitorang ni asyik kecut perut je. ouhh maklumlah asyik tak siap kerja dia je kan. takpaham tak nak jumpa terus pulak. haaaa rasakan kau.

dua minggu terakhir pula adalah minggu group presentation. haaaa inilah yang kitorang bertiga takdatang sebab taksiap kerja dia. dah lah taksiap lepas tu taknak jumpa dia. besoknya bila jumpa budak budak kelas dorang kata apa yang dorang buat lari habis dengan tajuk kajian tapi lec tak marah pun. dia suruh betulkan dalam report nanti je. nampak tak betapa sebenarrrrnya dia tu sangat baik. double baik bila dia tak kisah pun dah berapa kali kitorang skip kelas dia. kalau tak alamatnya tak boleh masuk final exam lah. haru kalau macam tu. tak sanggup nak ulang balik subjek ni oiiii.

hari ni dia sanggip tunggu kitorang yang tak setel lagi presentation ni datang kelas present tapi kitorang tak datang. ehhhh tapi sebenarnya kitorang memang nak datang walaupun lambat tapi tiba tiba plan bertukar. kitorang nak jumpa dia lepas habis kelas je nanti. hahaha. tepat jam dua petang kitorang jumpa dia (ouhh ini aku dengan cik enon je jumpa, norien tak) sambil tersengih tersenyum kambing. dan kitorang cerita lah apa masalah kitorang sampai menghilang daripada kelas dia. memang sangat lawak dan terharu dapat lec macam lec ni. walaupun kena tolak markah sebab tak datang presentation tapi dia still bagi masa lebih untuk hantar report. Pn.Yani terima kasih banyak banyak sebab baik sangat walaupun garang garang ayam. hehe. tapi untuk ulang lagi sekali subjek international finance ni memang taklah kan. hahaha.

#jadi group wanted tak pasal pasal. hahaha.
##tapi bukan subjek ni je kitorang skip, kelas subjek lain pun sama. eheh.

Friday, 15 March 2013

Kisah minggu ke 4 : keputusan drastik!

setelah mengharungi penyakit malas yang berganda ganda beratnya tiba tiba aku mengambil langkah kanan dengan drop satu subjek major. langkah kanan ye sebab itulah yang paling baik orang kata.

inilah yang orang kata taknak hadapi masalah. bukan taknak hadapi tapi itu je aku rasa jalan terbaik untuk menghilangkan beban yang dah tak larat nak pikul ni. tapi aku drop di saat saat akhir budak budak ni nak present esoknya. sorry korang!

aku drop. rasa beban terus hilang. nikmat gila rasa.

malam tu tolong norien siapkan esaimen subjek yang aku dah drop ni. ehh macam aku kena present pulakkan aku reti je nak buat segala bagai. tapi tolong buat dengan kena buat untuk present lain perasaannya. tolong buat tak payah risau nak kena present nak kena prepare backup data ke apa ke. tapi kena buat sebab nak present tu yang berdebor orang kata.

tiba je norien pun nak drop. laahhh budak ni. bertambah kesian kot dekat member lain. aku kurang-kurang drop awal la jugak lepas tu dah bagi tau dorang awal awal. si norien ni boleh kata nak drop lepas dah siapkan bahagian dia. katanya kurang kurang dia dah tolong la member tu bahagian dia.

haru betul semester kali ni. lagi kau nak dekat grad lagi banyak masalah kau buat kan. ye ini peringatan untuk aku. apa apa pun mungkin ini jalan terbaik untuk aku.

#aku nak grad dengan kepujian kot. huhu.
##akhirnya norien tak dapat habiskan study dua tahun setengah.

Friday, 8 March 2013

Minggu ketiga kelas : penyakit malas muncul

dah tak ingat hari ni hari ke berapa kelas. tapi hari ni dah masuk minggu ketiga lepas tu minggu depan minggu keempat minggu keenam minggu ketujuh (over pulak kan nak tulis segala minggu bagai). pergghhh minggu mid-term exam dah dekat!

bukan exam je dah dekat, presentation esaimen pun dah dekat oii! minggu depan je kot. semester ni esaimen memang hebak hebak belaka. haaa dulu konon la kata - "alah sama je la macam amek diploma dulu, banyak je subjek tough kita bawa satu sem", bunyi je macam kalau diploma boleh kenapa degree tak boleh. haaa gituu. tapi memang tak boleh! sekarang baru tahu langit tinggi rendah orang kata.

tiga subjek major yang super power ni mengalahkan lima subjek tough masa diploma. buktinya?satu subjek bukan main banyak lagi esaimen. mana dengan tugasan individunya. mana dengan tugasan berkumpulannya. mana dengan tugasan tiap tiap minggunya. mana dengan nak kena ready dengan pop kuiznya. huihhhh banyak sangat mana ni. dan yang paling power?!aku boleh buat rileks je dengan semua ni. haaa power tak power?haha

jawabnya memang tak power lah. pagi ni je aku tak pegi kelas. lepas tu hidup rasa serba tak kena. baring salah. duduk salah. berdiri salah. nak mandi pun salah! sambil menggolek golekkan diri akibat tak pergi kelas sambil tu otak memikir kenapa semua benda jadi serba tak kena serba salah serba serbi *ehhh*. perkara utama yang terus melintas di kepala - "apsal aku tak buat semua esaimen ni??padahal masa aku banyak kelas aku habis awal.arghhhh..!" *sambil tariktarik rambut*

yang pasti kesedaran tu datang sekejap je. lepas tu hilang. lepas tu datang balik. lepas tu tak datang datang balik dah *ehhh.. mohon aku jangan ponteng kelas lagi. minggu ni je dua kelas aku tak pergi.

#sem ni dah kena fikir tajuk dan segala macam hal pasal kertas ilmiah *sambil pandang sepi skrin notebook*
##pagi tadi semua benda aku malas nak buat. nak pergi discussion group malas. nak jalan ke library malas. nak mesej orang pun malas. kalau boleh nak guna telepati je.

Thursday, 28 February 2013

Hari KeSebelas Kelas

rajin aku mengira hari ke berapa kelas semata mata nak buat tajuk. mengarut sehh..

ouh berbalik kepada kelas hari ni memang sangat sangat haiii taktau nak cakap best ke tak tapi mungkin best mungkin tak juga kot. sebab definisi kelas tu best bila kita rasa seronok rasa tak bosan tak mengantukk oke. tapi jadi best bila kelas tu habis awal. haaa sape tak suka kan. 

kelas research best sebab pn.ros yang baik tu. tapi lama lama jadi macam 'ehh apahal mata aku tertutup ni' haaa mula ah start mengantuk. petang pulak kelas titas masuk masuk je mata terus rasa nak tertutup taknak bukak bukak dah. part paling best bila kelas habis awal haha. keluar pergi surau kejap (kejap???) tup tup tengok budak kelas semua dah keluar.

cerita daftar gugur kursus tak habis lagi. bila aku dgn cik enon masuk kelas titas yang dah takde sape tu tengok tengok member kitorang yang lain tak balik lagi. dorang diskus pasal subjek pb (pilihan bebas) yang sampai sekarang taktau nak ambil apa. daripada subjek falsafah alam sekitar, pelancongan produk budaya, isu-isu wilayah, bahasa jepun, bahasa arab, subjek subjek fpi...akhirnya daftar pengurusan kualiti setelah hantar borang sorang sorang. ini tak kitorang pergi hantar segedebuk borang tu mau tak terkejut pensyarah tu.

apa yang pasti aku tetap tak banyak subjek semester kali ni pun. jam kredit pun sikit. macam tak best je tengok jam kredit sikit sikit ni. haihhh~

#bukan salah aku kalau dapat examption subjek 2nd & 3rd year! :))

Friday, 22 February 2013

Hari Kelima Kelas


bangun pagi awal dah. tapi lepas subuh terus tidur. konon kejap jelah siap set alarm lagi. alih alih macam taknak bangun pulak rasa. nasib onie kejut bangun. nasib baju kurung dah siap iron. bersiap dalam keadaan gelabah adalah sangat tak seronok. penat! 

siap lambat ada hati nak tunggu bas lagi. kononnya dapat memendekkan tempoh berjalan kaki. ehh tapi memang betul pun. tapi haaa ni yang orang kata bila nak takde, bila taknak melambak lambak ada. jalan kaki jelah pergi kolej. jalan laju laju pulak tu.

lecturer subjek portfolio ni aku bajet macam agak tegas sebab dalam ifolio gaya beliau bagi announcement bukan banyak lagi. dah siap upload tugasan projek nota. siap suruh print awal, kalau tak datang terus tolak markah. haaa mana kau tak rasa macam 'ehh seram kot lec ni'.

alih alih sampai kelas lec tak masuk lagi daaa. persepsi salah habisss! dia mungkin tegas tapi takde lah jenis yang serius sepanjang masa. sekarang ni aku dah keliru nama lec aku. terbayang nama lain keluar muka orang lain. parah parah. 

tapi ini baru permulaan je. kelas ni best tapi aku ni jenis lambat sikit pick-up. kadang cepat pick-up kadang lambat pick-up. haaa gituu. selamat belajar pelaburan dan portfolio! kena hadap saham sampai paham!

#bunyi main saham macam best tapi...nak memahamkan punyalahh aku ambil masa dan sampai sekarang blurrrr...
##baucar buku dah habis 150 buat beli buku belajar. siap kena tambah 3hengget lagi.
###3 kali aku edit entry yg ni..haha..

Wednesday, 20 February 2013

Wordless Wednesday #6 Snorkeling Time




#wordless wednesday yang sangatttt lama nak update. dan pasal pulau perhentian yang tak ter'hupdate-hupdate' lagi. dan mungkin tak akan di'update'.

Hari Ketiga Kelas

assalamualaikum blog ku! heh...

terasa beban degree sebagai budak finance bila dah masuk tahun dua. fuhhh memang kena ingat balik subjek asas finance. subjek lain takpe lah nak terlupa sikit sikit ke banyak banyak ke. tapi kalau subjek ni kau lupa terus memang gila namanya.

hari ni je bila dengar pasal esaimen dah rasa luluh jantungg hati limpa perut semua. itu baru dengar belum buat lagi. esaimen yang kelas pun tak masuk lagi ni pun mencabar juga. baca je pun dah rasa kecut perut. tapi Insya Allah takde rasa menyesal hendaknya pilih major finance. bagus belajar finance ni kita tahu bank menipu ke tak. haha. (cehhhh...)

#malam ni forever alone~

Thursday, 3 January 2013

Saya dan Roommate

assalamualaikum dan ah-hai blog ku! wah lama benar tak jumpa kan. biasalah takde perkara baru jadi maka tiadalah cerita. tiada benda baru berlaku maka tiadalah cerita. eh-heh macam lebih kurang je bunyinye.

okay apa khabar tahun baru korang sekalian?ohsem?ke terlebih ohsem. aku punya tahun baru bermula tahun lepas lagi (ye awal muharam kan..poyo je) haha. tahun lepas kan aku dah masuk fasa senior setingkat iaitu tahun 2 dan aku dapat duduk dekat kolej. oh secara asasnya memang sekarang dah takde sistem buang student daripada kolej. semorang dapat duduk kolej dan mungkinlah ada yang takdapat duduk kot tapi kecil jelah peratusannya.

mula-mula aku agak gembira duduk sorang (aku dapat duduk asrama kan yang satu bilik dua orang tu) seolah-olah dunia ni aku yang punya haha. tapi tiba-tiba je lepas balik dari bercuti hujung minggu dirumah ada roommate pulak! oh-kay dah ada roommate takde lah bosan sangat nanti kan. tapi lama-kelamaan makin bosan pulak jadinya. secara asasnya lagi aku bukan jenis yang mulakan salam perkenalan almaklumlah i kan pemalu campur pendiam tegar. tapi  sejak masuk sini aku dah set minda nak mulakan dulu cakap hai!student matriks eh?! haha gitu lah. (ye aku buat macam tu masa tahun 1 dekat roommate aku dan kitorang okay sampai sekarang).

sepatutnya roommate sama tapi disebabkan roommate aku pilih tinggal rumah je, aku dapatlah roommate baru. maka berkenalanlah dengan roommate baru - tanya nama dia tinggal mana budak matriks ke diploma kenapa masuk lambat (sebab sesi daftar tahun 1 dah lama habis). ouhh second intake rupanya. tapi roommate pon jenis yang macam aku jugak ala2 pendiam tapi sebenarnya tak. maksudnya dengan kawan2 dia wahhh bukan main lagi dia berborak. haaa gitu.

maka kehidupan ber-roommate aku hanya sekadar tanya dan jawab noktah! aku akan jadi banyak cakap sikit bila kawan-kawan dia datang study. itu jelah. lepas tu senyap seribu bahasa. orang kata senyap boleh membunuh kan. haaa macam tu lah aku rasa boleh membunuh jiwa!

selalu aku rasa nak stay dekat bilik sendiri je malas nak balik rumah. tapi sem ni dalam sejarah kot tiap-tiap minggu je mesti balik ataupun lepak bilik member. first, sebab tak bercakap dengan roommate sangat second sebab roommate pon rumah dekat je oii. haaa memang la takde masa nak beramah mesra kan. susah kan macam ni. ish ish ish susah3x.

jadinya kisah saya dan roommate hanya setakat itu sahaja.

tetapi..! haaa sekarang ni kira dah maju sikit la. kalau selalu tu dia selalu buat hal dia aku buat hal aku. dia tengok cerita dia aku tengok cerita aku. disebabkan benda ni jadi hari ni maka tadi aku tengok cerita sama-sama dengan dia. hebat tak! hahaha...sebabnya selalu tengok guna earphone, tapi tadi dia tak guna earphone kan, lepas tu cerita tu macam memanggil-memanggil je suruh tengok. lepas dah tengok transfer la cerita apa yang dia ada borak lagi sikit-sikit. kira okey apa daripada sebelum ni.

jadinya saya berharap kisah saya dan roommate akan terus maju ke hadapan. *hahaha*

#oni selalu kalau datang bilik terus je tegur roommate aku contoh kalau roommate tengah tengok cerita "eh, cerita apa ni?oohh best kan cerita tu", kalau roommate tengah study "senang tak belajar?" roommate pun hanya jawab je. kalau aku?takde maknanya lah. hahaha.